Wartawan Ini Dedah Bahaya Tulis Sebarangan Di Media Sosial

0
142
Walaupun media sosial adalah tempat di mana kita boleh tulis atau beri pendapat tentang sesuatu perkara namun ianya masih tertakluk kepada undang-undang. Banyak kes di mana pengguna media sosial didakwa kerana melanggar undang-undang. 


Kenapa bahaya tulis sebarangan di media sosial? Wartawan Bernama Ali Imran berkongsi sebabnya. 


Bahaya tulis sebarangan di FB.

Aku ambil peluang dari kes Imam Muda yang dah tukar  nama FBnya jadi Hxxxxx Bxxxxxx sebagai benchmark.

Kau tahu, dalam dunia ini kita semua ada pilihan. Kau boleh percaya dengan apa jua fahaman yang kau mahu dan tak siapa boleh menghalang. 

Itu hak asasi kau.

Masalah timbul bila kau, berdasarkan apa yang kau percaya itu – meletakkan diri kau sebagai maha mulia dan memandang orang tak sefahaman sebagai hina.

Yang akhirnya membawa kepada penghinaan terhadap mereka.

Kes yang melanda self-proclaimed imam ini lebih teruk,  kerana 

a. Menjadikan duka orang lain sebagai landasan menghina
b. Menyalah gunakan Tuhan sebagai lesen melakukan (a)

Beliau ini sebenarnya, kalau salah nasib tak kena gaya – hanya tunggu masa untuk kena angkut dengan Polis dan siasatan SKMM.

Kau mungkin tanya…

i. Kan dia dah padam post-post dia?
ii. Bukankah dia dah minta maaf?

Oh kawan, dalam undang-undang semua itu tak dikira.

Jejak digital kau masih ada. Orang screenshot status kau, itu sudah jadi jejak digital.

Macam mana dengan orang yang share status itu? Kan niatnya hanya nak menyebarkan tentang betapa teruknya statement si imam?

SKMM kata – kau pun boleh didakwa juga kerana terlibat bersubahat berkongsi.

Begini,

SKMM akan bertindak bila ada aduan dibuat. Tak kisahlah aduan ke Polis atau melalui SKMM sendiri, bila ada aduan baru mereka akan bertindak. (Aduan ke FB tak dikira tau)

Rule of thumb pada aduan : Jika ada pihak yang terasa/ offended dengan kandungan sesuatu post. 

Makna kata sebagai contoh kalaulah kata ada mana-mana antara 30 juta orang Malaysia ini terasa hati dengan post oleh imam muda itu, dia boleh buat laporan. Walaupun dia bukan ahli keluarga yang dihina dalam post itu.

Aduan yang SKMM ambil berat:

i. Lucah
ii. Jelik (Berbentuk penghinaan)
iii. Mengancam keselamatan negara

Siasatan akan dibuat. Tim SKMM akan akan gali segala maklumat.

Cukup bukti, serbuan bersama polis akan dibuat. Kalau dia dapat info kata kau di rumah, dia serbu rumah. Kalau di pejabat, mereka panjat pejabat kau.

Di lokasi kejadian antara benda yang mereka akan buat:

i. Sita SEMUA alat elektronik kau. Ia akan dikira sebagai barang kes dan tidak akan dipulangkan sehingga selesai kes.

ii. Di lokasi kejadian, akan copy segala isi kandungan smartphone kau guna mesin khas. Mesin ini boleh salin segala benda dalam telefon kau termasuk segala chat, dan segala benda yang kau dah padam pun ia akan dapat cari semula.

iii. Kau sendiri akan diminta untuk hadir ke sesi siasatan.

Lepas itu dah jadi cerita panjanglah. Pendakwaan, perbicaraan, kau kenalah hadap.

Aku sampaikan ini bukan nak bagi kau orang takut, tapi aku nak kau orang faham situasi.

Tiada istilah ‘wall aku, aku punya sukalah’, no..no…no…

Kalau post ini bermanfaat, SHARE. Kesian pada adik beradik, kawan-kawan kita yang terdedah lada bahaya kerana kurang kesedaran tentang hal-hal ini.

Sekian.

Ali Imran
Masih belajar untuk Klik Dengan Bijak


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here