Warga Emas DiBelasah Ketika Dalam Perjalanan Ke Masjid

0
209

Warga Emas dipukul ketika hendak solat subuh

Warga emas berumur 67 tahun berkemungkinan akan hilang penglihatan selepas dibelasah oleh seorang pemuda. 

Warga emas tersebut dalam perjalanan untuk menunaikan solat subuh bila kereta yang dipandu beliau berhenti di persimpangan jalan. Mangsa kemudian didatangi oleh seorang lelaki dan perempuan yang kemudian dilihat seperti bertengkar. 


Dilaporkan bahawa lelaki tersebut berang apabila warga emas itu dikatakan menoleh ke arah lelaki tu. Warga emas itu kemudiannya menafikan perbuatan tersebut dan memberitahu beliau cuma memandang ke arah jalanraya. 

Tidak puas hati dengan  jawapan mangsa, lelaki berkenaan membelasah warga emas itu. Sebelum beredar, lelaki itu kemudia menendang pintu kenderaan mangsa yang mengenai kepala warga emas itu

Mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian mata dan berkemungkinan akan kehilangan mata dan menjadi buta. Polis sehingga kini sedan mencari identiti lelaki berkenaan bersama wanita tersebut. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here