Video Edit Najib, Rosmah & Altantuya Menari Dikecam

0
370
Sebuah video tarian yang disunting menggunakan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan juga bekas model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu menjadi viral di laman sosial sejak semalam.


Video berdurasi 40 saat itu memperlihatkan Najib, Rosmah dan Altantuya menari mengikut rentak lagu rancak dalam bahasa Tamil.

Berdasarkan pemerhatian video itu mula dimuat naik oleh pengguna facebook, Kalai Vanan pada 4 Mac lalu tetapi mula dikongsi ramai sejak malam semalam.

Dalam video itu, Najib dilihat memakai kot berwarna hitam dan bersongkok manakala Rosmah dan Altantuya, masing-masing memakai pakaian sendat berwarna hitam serta putih.

Menerusi video itu, mereka dilihat menari bersama wang yang banyak dan juga kereta mewah berwarna perak.
Rata-rata pengguna mengecam video itu kerana menjatuhkan air muka pemimpin negara dan disifatkan sebagai tidak bertamadun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here