“Tudung Tutup Aib” Dikecam Hebat, Nora Danish Tak Cepat Melatah

0
41
Industri fesyen Muslimah atau senang dipanggil sebagai fesyen hijabista memang sedang meningkat naik dari sehari ke sehari. Tuntutan dari permintaan wanita berhijab yang mahukan gaya moden namun masih menutup aurat membuatkan ramai pengusaha tampil dengan rekaan dan gaya yang unik.
Tidak mahu ketinggalan, pelakon cantik Nora Danish turut mengeluarkan tudung jenamanya sendiri iaitu OwlbyND.
Namun menurut laporan dari Astro Awani, tudung keluaran barunya yang dikenali sebagai OWl Ezip itu telah dikecam ramai pihak kerana disifat sebagai pelik dan ada juga yang memanggilnya sebagai ‘tudung menutup aib’.
Rekaannya mempunyai zip di bahagian tengah wajah dan fungsinya dipersoal orang ramai kerana disifatkan sangat pelik.
Kapsyen Nora di Instagram, ia direka bagi mereka yang mahukan kelainan, selain memudahkan mereka tidur di dalam kenderaan atau penerbangan.
Mengulas mengenai isu ini, Nora tampil membuat penjelasan. Tidak cepat melatah, pelakon ini malah berterima kasih kepada mereka yang menyebarkan video tersebut kerana secara tidak langsung membuatkan tempahan tudung itu meningkat.
Biasalah, akan ada sahaja yang akan mengutuk dan bercakap buruk tentang sesuatu perkara yang baru. Nora tetap selamba dan paling penting duit dan keuntungan tetap masuk kan, tak begitu? 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here