Tak Janji Akan Kekal Bertudung Ketika Berlakon

0
60
Pelakon Zarina Zainuddin yang sudah tampil dengan imej bertudung sebelum ini mengejutkan para peminat apabila menyatakan yang dia sanggup membuka tudungnya demi lakonan.
 
Dia juga tidak akan berjanji akan kekal dengan imej muslimah kerana mahu memenuhi kriteria watak lakonan walaupun pernah menolak dua tawaran yang perlu menampakkan rambut sebelum ini.
“Untuk drama akan datang, saya tidak tahu macam mana. Saya tidak janji apa-apa. Saya minta orang ramai doakan semoga saya kuat. Buat masa ini, masih lagi selamat. Alhamdulillah masih terjaga dan terpelihara. Doakanlah saya,”katanya 
Tambahnya, sebagai seorang pelakon sukar baginya untuk mengenakan tudung terutama apabila perlu memenuhi permintaan watak.
“Contohnya melakonkan watak wanita 1950-an. Pakai selendang, rambut terkeluar juga. Macam mana hendak buat? Pengarah tentu hendak jadikan babak itu logik.”
Tambahan pula, suaminya iaitu Datuk Seri Dr Abdul Raihan Wan Jaafar tidak kisah samada dia memakai tudung atau pun tidak.
“Jangan kata orang pakai tudung itu baik. Luaran saja yang kita nampak tetapi sebenarnya hati kena bersih.”
Alahai Zarina, kalau tuan empunya badan sudah berkata begitu, apa lagi yang peminat boleh katakan. Sama-samalah kita doakan sahaja supaya dia istiqamah ya?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here