Shopping Raya

0
441

Amboi seronoknya, baru nak masuk 2 minggu puasa dah pasang lagu raya…

Seronok-seronok dengar lagu raya ni nak pergi mana? Kalau setakat pergi balik kerja je tapi persiapan raya apa pun tak buat lagi baik tak payah. Ambik feel dulu takpe, nanti waktu beli keperluan raya banyak lah idea dan ilham harapnya ya!

So, macam mana persiapan raya korang? Dah beli apa je? Baju raya, kuih raya, kasut raya, langsir raya dah beli? Hmm, kalau lelaki mesti nak hias atau modified kereta bagi cantik-cantik tunjuk kat member bila balik kampung nanti. Perempuan pulak macam mana? Baju 2-3 pasang tak cukup.. Hehehe…

 

Kalau belum beli apa-apa, baik korang start beli dari sekarang supaya nanti tak kelam kabut, tak sesak, tak berebut dan banyak pilihan untuk korang! Dah lah puasa, penat nak ke sana sini cari barang. Dah tau ke nak beli apa? Ini admin kongsikan 5 checklist keperluan korang perlu ada sempena raya ni. Check it out

1. Baju raya

Koleksi Petra

Koleksi RTW Bohari KL, Tom Abang Saufi dan Salikin Sidek

Ini yang paling wajib. Kalau takde baju raya, mesti tak syok kan raya korang. Sebab apa, paling tidak setahun sekali mesti korang beli baju baru iaitu masa raya la! Sekarang macam-macam design ada, kalau lelaki baju Melayu, kurta, jubah, perempuan pulak baju kurung, kebaya, kebarung, peplum dan banyak lagi.

Surga Mom Collections

Admin nasihatkan korang beli ikut bajet dan jangan ikut orang. Kata pepatah, ‘ukur baju di kain sendiri’, kalau tak poket korang yang menangis nanti. Kalau mampu ikut trend, silakan sebab banyak baju lawa-lawa sekarang ni! Pilih la warna kegemaran korang atau kalau ada tema family lagi best, meriah raya korang!

2. Biskut raya

Cookies by Yusa

Bila datang rumah orang, biskut raya la yang tetamu cari! Jadi, korang beli siap-siap biskut raya 2-3 jenis tapi jangan sampai membazir. Silap haribulan tak makan, alamatnya raya tahun depan ada lagi. Cukup lah dengan niat nak menjamu tetamu yang datang supaya diorang rasa dihargai.

Kalau korang rajin, ada banyak masa atau pun lepas terawih boleh cuba buat biskut raya. Lagi jimat! Pakat dengan mak atau adik-beradik buat 4-5 jenis biskut raya simple tak perlu yang rumit. Kenyang perut tetamu yang datang sebab makan biskut dari air tangan korang sendiri. Dapat pahala bersedekah!

3. Pokok bunga

Tau tak dengan adanya pokok bunga atau tanaman hijau, mampu menyegarkan udara sekeliling korang. Jadi, sempena raya ni beli atau tanam pokok bunga di kawasan rumah. Asalkan nampak hijau sikit-sikit dah okay, tetamu yang datang pun tenang dan seronok je tengok sekeliling rumah korang tu..

Fleurs

Aktiviti menanam ni bagus sebenarnya untuk keluarga sebab boleh mengeratkan hubungan. Nak lagi best, tanam pokok bunga yang ada bau misalnya ros dan lavender. Warna-warni bunga juga menaikkan seri rumah korang tau! Tapi, jangan tanam pokok berduri banyak sangat takut membahayakan kanak-kanak pula!

4. Dekorasi rumah

Coreo Hida-Takayama

Nak bagi warna-warni dan berseri lagi rumah korang, hias dalaman rumah korang tu dengan kusyen, langsir dan alas meja yang sepadan warnanya supaya sedap mata memandang. Elakkan corak yang melampau sebab nanti serabut mata yang melihat. Pilih warna yang lembut, mesti penghuninya rasa aman harmoni gitu.

Nak lagi cantik, hias dengan perhiasan contohnya lampu meja, jam dinding, frame gambar, lukisan dan sebagainya supaya nampak lengkap. Kata orang, lukisan ni ada makna seni yang tersirat bagi pengumpulnya. Kalau ada bajet lebih, beli kad raya atau sampul duit raya dan gantung di dalam rumah, baru nampak suasana raya!

5. Aksesori

Koleksi Swarovski

Tell me, perempuan mana yang tak suka aksesori seperti anting-anting, gelang dan rantai tangan, cincin, rantai leher dan sebagainya? Waktu raya la banyak orang jual di ekspo raya dan jualan murah. Kalau perempuan singgah booth yang jual aksesori, tak cukup sejam dan sebakul diorang borong! Haha..

Tapi, memang sifat wanita suka berhias dan memakai aksesori, kita tak boleh halang mereka cuma boleh minta mereka kurangkan sedikit. Pilih la aksesori sekadar yang perlu dan elakkan pembaziran, ada baiknya korang laburkan duit tu untuk berbelanja perkara lain yang lebih penting. Waktu ini lah nafsu manusia diuji, kan?

Beli semua keperluan di bawah satu bumbung. Tak percaya?

Sekarang korang dah ada checklist apa yang perlu dibeli sempena raya. Mana nak beli? Haa, korang boleh dapatkan semua tu di Pesona Raya sehingga 2 Julai depan bertempat di Sunway Putra Mall. Dengan inspirasi dan dekorasi flora, mesti korang seronok shopping kat sana!

Salikin Sidek

Lebih 50 booth mengumpulkan jenama tempatan, pelbagai tawaran istimewa boleh didapati pada harga berpatutan dari rangkaian baju raya, aneka kuih raya, koleksi kraftangan, aksesori menawan hinggalah dekorasi rumah. Banyaknya!

Tom Abang Saufi

Jenama apa yang ada? Antaranya koleksi fesyen dari jenama bukan calang-calang lagi iaitu Salikin Sidek, Tom Abang Saufi dan Bohari KL. Nak biskut raya sedap-sedap, Cookies by Yusa ada jual. Kalau nak deko rumah korang supaya nampak menarik, boleh dapatkan di Coreo Hida-Takayama. Eh, banyak lagi la!

Shopping lebih dapat mangkuk tingkat eksklusif? Wah nak!

Lagi best untuk korang, kalau berbelanja minimum RM250 dalam 1 resit, boleh dapat sampul raya Sunway Putra Mall. Kalau lebih RM400 dalam 3 resit pula, boleh tebus Mangkuk Tingkat eksklusif. Sape tak nak kan?

Bukan tu je, untuk korang yang berhajat nak serikan rumah sempena raya ni dengan pokok bunga, Sunway Putra Mall akan bagi pek biji benih secara PERCUMA untuk korang kalau tebus mangkuk tingkat dan sampul raya. Boleh tambah seri rumah korang nanti, tetamu yang datang pun mesti enjoy kan?

Nak tau apa aktiviti yang ada? Check out kat bawah ni

Sunway Putra Mall tawar lebih 100 jenama antarabangsa dan tempatan. Yeke?

Pusat beli-belah yang terletak bersebelahan PWTC dan hanya 2km dari Jalan TAR ini juga menawarkan pelbagai jenama fesyen antarabangsa dan tempatan antaranya H&M, EGG, Padini, Uniqlo, Good2U, Gerobok Kalsom, Noi Fashion, Aldo dan banyak lagi. Nak rasa biskut yang sedap belaka ada kat Cold Storage dan Marks and Spencer. Nak beli bunga segar boleh pergi ke Ambienze Florist. Nak dekorasi lawa? Kaison ada banyak pilihan!

Tapi, kalau nak tau apa jenama lain yang ada, update dan promosi terkini diorang, ikuti page Facebook Sunway Putra Mall.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here