Selamat Pulang MH17

0
93
Kepada Mangsa Tragedi MH17, Selamat Pulang


Pada Hari Jumaat 22 Ogos 2014, warga Malaysia bangun dengan hati yang berat dan pilu. Ianya adalah hari Malaysia Berkabung untuk mangsa nahas MH17. Jenazah mangsa MH17 dibawa dari Lapangan Antarabangsa Schipol di Belanda untuk pulang ke tanah air, Malaysia.

Di seluruh Negara, bendera dikibar separuh tiang untuk menunjukkan tanda hormat. Di luar kompleks Bunga Raya di KLIA, keluarga dan rakan kepada mangsa nahas menunggu jenazah dan abu  orang kesayangan mereka.
Pesawat yang membawa kumpulan pertama 20 jenazah mangsa MH17 tiba di KLIA pada pukul 10 pagi. Tentera Diraja Malaysia ditugaskan untuk menyambut keranda yang dibaluti bendera Malaysia. 
Keranda pertama yang dibawa keluar adalah Matsura Mustafa, kru penerbangan Malaysia Airlines. Keranda tersebut dibawa masuk ke 20 buat van jenazah yang bersedia membawa jenazah pulang ke kampung halaman. 
Suasana sugul dan sedih oleh waris mangsa nahas MH17 yang menyaksikan upacara menghormati mangsa MH17. Berpakaian serba hitam, Perdana Menteri Najib Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin membaca doa untuk jenazah. 

Menteri Pertahanan dilihat berkongsi kesedihan dengan memeluk salah seorang waris manga nahas tersebut. Siaran televisyen dan radio dihentikan buat sementara waktu untuk menyiarkan upacara ini secara langsung.
Keranda ke-9 dan ke-10 yang dibawa keluar adalah Mabel Anthony Samy dan Paul Rajasingam/Sivagnanam. Mayat anak lelaki mereka, Matthew masih belum dikenalpasti. Setelah keranda terakhir dibawa masuk kedalam van jenazah, Malaysia berkabung tepat jam 10.52 pagi.
Seluruh negara juga turut berkabung. Keadaan di jambatan Pulau Pinang. Kenderaan yang menyusuri Lebuhraya Persekutuan juga berhenti di tepi jalan sebagai tanda hormat.


20 buah van jenazah berlepas dari kompleks Bunga Raya pada pukul 10.56pm. Ketika konvoi van jenazah melintasi barisan kru penerbangan Malaysia Airlines, mereka mengucapkan selamat tinggal untuk kali terakhir dengan melemparkan bunga putih sebagai tanda hormat.



Van jenazah membawa pulang mangsa MH17 ke kampong halaman masing-masing. Samada dihantar ke Shah Alam atau Kuching, Tentera Diraja Malaysia turut bersama di setiap perjalanan. Rakyat Malaysia seluruh nya mengucapkan takziah kepada waris anak kapal dan penumpang MH17. “Selamat Pulang”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here