Satu Kad Untuk Semua Pengangkutan Awam Bakal Dilaksanakan 2018

0
201
Malaysia bakal melaksanakan penggunaan ‘satu kad untuk semua pengangkutan awam’!
Menurut Datuk Seri Najib Razak ketika majlis pelancaran laporan Perjalanan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (PTPAD) 2010-2015, pada tahun ini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memperkenalkan aplikasi telefon bimbit untuk pengguna pengangkutan awam merancang perjalanannya, kemudian pada tahun 2018 sistem pembayaran umum bersepadu (ICPS) akan diperkenalkan. 
ICPS merupakan sistem tiket bersepadu yang diuruskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang bertujuan untuk membolehkan perjalanan membabitkan kesemua rangkaian bas, rel, metro dan monorel dengan menggunakan satu kad pintar.
Menurut maklumat di laman web SPAD, pengguna yang menggunakan ICPS dapat menjimatkan wang, terutama diskaun istimewa yang akan diberikan kepada produk tertentu, yang bersesuaian dengan kumpulan pengguna pengangkutan masing-masing.
Suruhanjaya itu menjangkakan anggaran sejuta penumpang menggunakan ICPS setiap hari pada tahun pertama ia beroperasi.
Selain itu, aplikasi merancang perjalanan yang tersebut juga dikatakan dapat membantu penggunanya mengelakkan diri daripada kesesakan jalanraya supaya perjalanan yang dilalui lebih lancar dan selamat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here