Ringgit Jatuh dan Kemelesetan Ekonomi?

1
104

Ringgit Jatuh dan Kemelesetan Ekonomi?

Sejak dua tiga hari kebelakangan ini ramai yang risau dengan kejatuhan matawang Ringgit Malaysia (RM) yang dikatakan mendadak dan paling teruk sejak krisis matawang Asia tahun 1998. 


Menurut sesetengah orang, berita kejatuhan RM dilaporkan di media negara jiran seperti Brunei dan Singapura dan tidak dilaporkan di Malaysia. Walaubagaimanapun sebenarnya media tempatan ada juga melaporkan kejatuhan RM dua tiga hari yang lepas seperti diBerita Harian, New Straits Time dan juga The Star.

Ramai yang menjangkakan kononnya ekonomi Malaysia akan terjerumus ke dalam kegawatan seawal tahun depan akibat daripada kelemahan RM berbanding matawang asing yang lain terutamanya US Dollar (USD).

Berita kejatuhan RM seiring dengan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa di mana Malaysia sebagai pengeksport bersih minyak akan terkesan dengan penurunan harga minyak kerana pendapatan daripada hasil eksport minyak ke luar negara dan juga pendapatan melalui dividen, cukai dan royalti daripada syarikat minyak negara Petronas akan merosot seterusnya meningkatkan risiko sasaran defisit 3% berbanding KDNK tidak akan tercapai.

Akibat daripada sasaran defisit fiskal yang mungkin tersasar itu, pelabur mula menarik keluar modal pelaburan (portfolio) daripada pasaran modal Malaysia seperti pasaran saham dan bon dan mengalihkan modal mereka kepada pasaran negara yang risikonya lebih rendah secara relatif berbanding Malaysia seperti Amerika Syarikat (US). 

Pengumuman Petronas yang mahu memotong perbelanjaan modal atau capital expenditure (CAPEX) tahun depan juga menyebabkan pelabur-pelabur menarik keluar wang mereka dari pasaran tempatan kerana jika Petronas memotong CAPEX mereka, pendapatan syarikat-syarikat perkhidmatan minyak dan gas (O&G) akan terjejas dan harga saham berkaitan akan jatuh.

Perkara ini sudah pun berlaku apabila pada Isnin yang lepas 1 Disember indeks Bursa Saham Malaysia FBM KLCI jatuh lebih 40 mata atau 2.5% didorong kejatuhan harga kaunter mewah (blue chips) dan kaunter berkaitan minyak dan gas serta syarikat subsidiari Petronas seperti Petronas Dagangan, Petronas Chemical dan Petronas Gas. 

Pelabur-pelabur asing mula menarik keluar pelaburan portfolio (saham, bon, matawang) dari Malaysia contohnya seperti yang dilaporkan MIDF Research menyebakan RM jatuh pada paras terendah sejak 2009 BERBANDING US Dollar:

USD mengukuh berbanding MYR sejak awal Julai

Negara-negara pengeluar minyak yang lain seperti Canada, Mexico dan Norway juga matawang mereka mengalami penurunan mendadak sejak 6 bulan yang lepas bila harga minyak mentah mula jatuh pada bulan Julai:

Harga Minyak Mentah Brent yang turun bermula Julai 


Sejak bulan Julai sehingga hari ini Mexican Peso mengalami kejatuhan sebanyak 9.9%, Norweign Krone jatuh 14.75%, Russian Rouble jatuh 55% dan Canadian Dollar jatuh 5.6%. Mereka adalah negara pengeluar minyak yang besar di pasaran antarabangsa dan ekonomi negara-negara tersebut bergantung kepada hasil petroleum melalui eksport. 

Matawang Russia iaitu Rouble jatuh lebih teruk akibat sekatan ekonomi yang dikenakan oleh US dan Kesatuan Eropah (EU) sebagai tindakbalas ke atas Russia yang menyebabkan krisis geopolitik di Ukraine berlarutan sampai sekarang.

Selain daripada matawang negara pengeksport minyak, matawang negara membangun juga mengalami penurunan yang ketara sejak awal tahun 2014. Ini kerana ekonomi US yang semakin pulih di mana pelabur-pelabur mula meninggalkan pasaran negara membangun (emerging markets) dan mengalihkan modal mereka ke sana.

Matawang negara membangun seperti Brazilian Real, Indonesian Rupiah, Indian Rupee, Philippine Peso dan Thai Baht juga menurun berbanding US Dollar sejak awal tahun dan juga ketara sejak pertengahan tahun ini seperti carta dibawah:

Memang ada faktor matawang tersebut jatuh selain USD yang semakin menguat seperti ekonomi Brazil yang tidak menentu, krisis politik tidak berkesudahan di Thailand, bencana alam di Filipina dan sebagainya.
Tetapi penurunan matawang negara-negara membangun di atas selari dengan penurunan RM yang juga dikategorikan sebagai emerging markets yang terkesan dengan aliran modal keluar (capital outflows) oleh pelabur-pelabur.
Jadi berita seolah-olah hanya matawang Malaysia sahaja yang mengalami kejatuhan adalah tidak tepat. Ringgit seperti mana matawang emerging markets yang lain terdedah kepada risiko penarikan keluar modal, iklim ekonomi global dan juga pencapaian ekonomi semasa domestik.
Ramai yang mengeluh apabila RM jatuh mereka terpaksa menangguhkan percutian ke luar negara dan sebagainya. Yang sebenarnya RM jatuh mendadak secara relatifnya hanya berbanding USD dan jika dibandingkan dengan matawang seperti Euro, Pound, Yen dan Aussie Dollar, RM tidaklah mengalami penurunan ketara malah mengukuh berbanding kesemuanya sejak awal tahun.

Ini kerana bank pusat seperti European Central Bank (ECB), Bank of Japan (BOJ), Bank of England (BOE) dan Reserve Bank of Australia (RBA) mengamalkan polisi kewangan yang longgar di mana matawang yang rendah akan merancakkan ekonomi negara mereka dengan penambahan pendapatan hasil eksport. 
Jadi pergilah bercuti di negara-negara tersebut, jika anda risau tentang RM yang lemah berbanding USD. Eropah dan Jepun lebih menarik berbanding US dan saya pasti ramai yang akan setuju dengan saya.
Tetapi selain kerisauan anda tidak dapat bercuti atau perlu menangguhkan percutian perlu juga diketahui matawang yang lemah berpotensi meningkatkan kadar inflasi tempatan dan juga harga barangan import akan semakin mahal.
Ini boleh menyebabkan sedikit penurunan permintaan domestik atau perbelanjaan (consumption) kerana barangan dan perkhidmatan tempatan dan juga yang diimport semakin mahal seterusnya menyumbang kepada kelembapan ekonomi.
Kelebihan RM yang lemah pula adalah seperti yang diterangkan di atas di negara-negara maju yang mahu merancakkan sektor eksport mereka dengan melemahkan matawang negara masing-masing.
RM yang lemah sendiri sedikit sebanyak akan merancakkan dagangan keluar atau eksport di mana produk-produk Malaysia akan lebih murah di pasaran antarabangsa dan pengeksport di Malaysia akan menerima pendapatan lebih daripada kerancakan sektor dagangan luar.
Setakat ini RM yang jatuh tidaklah dikategorikan sebagai terlalu berlebihan sehingga akan menyebabkan krisis kewangan dan ekonomi pada akhir 90-an yang dahulu.
Harga minyak yang jatuh mendadak walaupun akan mengurangkan pendapatan kerajaan akan diimbangkan dengan penjimatan daripada subsidi petrol dan diesel yang dianggar berpuluh billion setiap tahun seperti selalu dicanang-canang menteri berkenaan.
Saya tidaklah membuat kesimpulan bahawa semua tentang ekonomi Malaysia baik belaka, sudah tentu ada cabaran-cabaran yang akan dihadapi Malaysia di tahun yang mendatang.
Pengunaan swasta (private consumption) dijangka akan menurun disebabkan pelaksanaan GST tahun hadapan, sektor perdagangan eksport dan import juga tidak terlalu stabil dengan ekonomi China yang dijangka perlahan dan ekonomi Eropah dan Jepun yang masih tunggang langgang.
Petunjuk ekonomi bukan semuanya memberangsangkan seperti setahun dua kebelakangan ini ditambah dengan perbelanjaan awam (public/government expenditure) yang semakin perlahan saban tahun, kadar pertumbuhan ekonomi semestinya akan juga perlahan.
Selain itu isu seperti ketidaksaksamaan pendapatan dan kekayaan (income and wealth inequality) juga menjadi salah satu cabaran ekonomi negara kita.
Termasuk juga hutang seisi rumah yang tinggi, kekurangan atau tiada simpanan rakyat Malaysia seperti yang dilaporkan Malaysia Human Development Report 2013.
Ringgit yang lemah tidak akan menjadi faktor utama kelembapan ekonomi Malaysia seperti yang digembar-gembur ramai orang.
Walaubagaimanapun masih banyak cabaran ekonomi Malaysia yang lain seperti yang diterangkan diatas tetapi kelemahan Ringgit Malaysia bukanlah salah satu yang utama.
Tiada yang unik Ringgit Malaysia jatuh apabila matawang negara emerging markets dan pengeksport minyak yang lain juga turut jatuh.


p/s: Susah nak salahkan BN atau UMNO bila Ringgit jatuh, Banyak lagi benda lain kita boleh salahkan UMNO. Rasuah, penyelewengan dan salahgunakuasa contohnya.


1 COMMENT

  1. Passive Financial Investment. Sekali Invest, Profit RM600,000.Duduk Diam-Diam Dapat Duit. Terbukti. 

    Assalamualaikum, 

    Channel dicipta untuk sesiapa yg berminat untuk Short Term Investment ( Min. 3 Tahun) atau kurang. 

    Pelaburan adalah berasaskan Forex Trading Platform. 
    Bagi sesiapa yang selalu LOSS dalam berdagang FOREX, Ini peluang terbaik untuk anda. 

    Dengan Follow Trader Profesional ,anda meminimumkan LOSS dalam berdagang dan Profit 15% ke 25% Sebulan. 

    Trader ini adalah Professional Trader dari Rusia yang telah trade dengan profit keuntungan 15% ke 25% sebulan sejak tahun 2014 lagi. Ramai yang telah jadi jutawan dengan hanya melakukan Copy Trade bersama trader ini. 

    Berikut adalah catatan keuntungan trader ini sejak 2014. Beliau berjaya kembangkan Modal USD5,000 ke USD255,000 dengan pengetahuan Teknikal Trading yang dimiliki oleh beliau :- 

    Feb 2014 : 21.35% 
    Mar 2014 : 18.47% 
    Apr 2014 : 18.18% 
    Mei 2014 : 20.01% 
    Jun 2014 : 16.38% 
    Jul 2014 : 21.35% 
    Aug 2014 : 19.31% 
    Sept 2014 : 18.78% 
    Okt 2014 : 21.19% 
    Nov 2014 : 30.00% 
    Dec 2014 : 25.13% 

    Jan 2015 : 22.98% 
    Feb 2015 : 23.53% 
    Mar 2015 : 31.13% 
    Apr 2015 : 29.94% 
    Mei 2015 : 27.27% 
    Jun 2015 : 22.53% 
    Jul 2015 : 26.12% 
    Aug 2015 : 19.83% 
    Sept 2015 : 24.80% 
    Okt 2015 : 19.79% 
    Nov 2015 : 19.79% 
    Dec 2015 : 14.50% 

    Profit 2016 : Sila whatsapp saya untuk details. 

    Anda tidak perlu buat apa2. Just Deposit dan tengok akaun anda GROW setiap hari. 

    Bagaimanakah RM 460 boleh menjadi sehingga RM 60,000 dalam 3 tahun? 

    ATAU 

    Bagaimanakah RM 4,600 boleh menjadi sehingga RM 600,000 dalam 3 tahun? 

    Unjuran Keuntungan Modal RM 460= USD100 (15% Profit Est Setiap Bulan) 
    ============================= 

    Bulan 0 = RM 460 
    Bulan 1 = RM 529.00 
    Bulan 2 = RM 608.35 
    Bulan 3 = RM 699.60 
    Bulan 4 = RM 804.54 

    Bulan 12 = RM 2,461.12 
    BULAN 13 = RM 2,830.28 
    Bulan 14 = RM 3,254.82 
    Bulan 24 : RM 13,167.58 
    Bulan 25 : RM 15,142.72 

    ===================== 
    Bulan 36 : RM 61,260.74 
    ===================== 

    Unjuran Keuntungan Modal RM 4,600 = USD 1000 (15% Profit Est Setiap Bulan) 
    ============================= 

    Bulan 0 = RM 4,600.00 
    Bulan 1 = RM 5,290.00 
    Bulan 2 = RM 6,083.50 
    Bulan 3 = RM 6,996.00 
    Bulan 4 = RM 8,045.40 

    Bulan 12 = RM 24,611.20 
    BULAN 13 = RM 28,302.80 
    Bulan 14 = RM 32,548.20 
    Bulan 24 : RM 131,675.80 
    Bulan 25 : RM 151,427.20 

    ===================== 
    Bulan 36 : RM 612,607.40 
    ===================== 
    Ini formula berdasarkan Profit 15% setiap bulan yang dicatatkan oleh Trader Profesional ini:- 

    Bayangkan jika anda Gandakan Investment anda kepada RM 46,000 . Ia akan membawa pulangan sehingga RM 6 JUTA. 

    Saya akan whatsapp Details Akaun Leader untuk copytrade. Saya juga akan forward Slide Presentation untuk maklumat details. 

    Whatsapp ke 013-8866725 (MJ ABDULLAH)
    Whatsapp ke 013-8866725 (MJ ABDULLAH) 
    Whatsapp ke 013-8866725 (MJ ABDULLAH) 

    DAFTAR PERCUMA

    IGOFX KL 
    http://igofx.com/?code=357423
     

    Ramai orang Malaysia yang telah join dan mula profit setiap bulan. Join sekarang untuk masuk ke dalam Grup WhatsApp IgoFx Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here