Qari Dari Malaysia Ini Adalah Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa. Tahniah!

0
216
Peserta tilawah, Abdullah Fahmi Che Nor Shukri mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa apabila menjadi johan Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-17 yang berlangsung di Moscow, Rusia, baru-baru ini.


Apa yang menarik perhatian dunia, kejayaan Abdullah Fahmi mengatasi peserta dari 30 negara di seluruh dunia yang bertanding seperti Arab Saudi, Iraq, Iran, Bahrain dan Indonesia. Kehebatan qari berusia 32 tahun ini cukup membanggakan kerana ini adalah pencapaian tertinggi diraih peserta negara sejak pertandingan peringkat antarabangsa itu diadakan.

Atas kemenangan itu, dia membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$5,000 (RM20,621) bersama plak dan sijil penyertaan, seperti dilaporkan Bernama. Tempat kedua dimenangi Yusuf Abdullah dari Yaman manakala peserta Bahrain, Solah Ali Umar di tempat ketiga.

Abdullah Fahmi yang juga pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan pernah mendapat tempat kelima pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2016 yang lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here