Perkembangan Insiden Kren Runtuh Di Mekah

0
217
Angka korban tidak rasmi akibat kren tumbang di Masjidil Haram meningkat melebihi 107 nyawa dan jumlah itu dijangka meningkat memandangkan terdapat mangsa yang cedera parah.


Dalam kejadian pada jam 5.30 petang waktu tempatan, ia turut mencederakan lebih 238 yang lain.

Dalam laporannya, agensi berita antarabangsa Al Jazeera mengaitkan insiden yang berlaku dengan cuaca buruk akibat ribut pasir yang berlaku. Pihak berkuasa Arab Saudi juga telah memulakan siasatan berhubung insiden tersebut. 

Wartawannya Hasan Patel yang berada di lokasi ketika kejadian, memaklumkan ketika kejadian Masjidil Haram sedang dipenuhi jemaah haji yang berpusu-pusu untuk menunaikan solat Maghrib.

Sebuah projek besar-besaran sedang berjalan sekarang ini di sekeliling Masjidilharam untuk membesarkan keluasan tempat ibadah itu kepada 400,000 meter persegi bagi menyediakan kemudahan untuk 2.2 juta jemaah pada satu-satu masa. Sehingga Jumaat, hampir 800,000 jemaah haji dari seluruh dunia telah tiba di Tanah Suci.

Sementara itu, Lembaga Tabung Haji mengesahkan enam jemaah haji Malaysia mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

Ketua Rombongan Haji 1436h, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dalam sidang akhbarnya menjelaskan terdapat mangsa yang patah kaki dan identiti mereka telahpun dikenalpasti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here