Penganjur Kempen Sentuh Anjing Minta Maaf

0
83

Penganjur Kempen Sentuh Anjing Minta Maaf

Syed Azmi Albashi telah meminta maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia diatas kontroversi kempen sentuh anjing yang dianjurkan pihaknya. 



Beliau memohan maaf dalam satu sidang akhbar pada 25 Oktober. Azmi menjelaskan tujuan kempen itu adalah untuk menghilangkan rasa takut kepada anjing dan cara untuk berinteraksi dengan haiwan tersebut mengikut syariat Islam. Beliau mengaku bahawa kempen itu terdapat kelemahan dan meminta maaf atas segala kesukaran dan ketidak prihatinan ke atas umat Islam di Malaysia. 


Beliau menegaskan bahawa kempen itu bertujuan untuk mendidik dan bukan menggalakkan umat Islam di Malaysia untuk membela anjing. Selepas sidang akhbar tersebut, Azmi terus pulang kerana masih lagi diugut kerana menganjurkan kempen tersebut. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here