Penduduk Taman Keramat Dakwa Disabotaj

0
66
Seorang wakil penduduk Taman Keramat hari ini membuat laporan polis, atas dakwaan disabotaj sekumpulan pemuda, dengan mencetuskan provokasi, ketika mereka mengadakan perhimpunan di tapak projek Datum Jelatek, Isnin lalu, bagi membantah projek tersebut.

Ariffin Abu Bakar berkata, laporan itu dibuat bagi membela diri mereka, susulan laporan polis yang dibuat pemaju, dengan mendakwa penduduk merusuh dan merempuh pagar kawasan tapak pembinaan.


“Sebenarnya, itu merupakan perhimpunan aman. Tetapi, 10 pemuda telah mencetuskan provokasi, dengan membuat bising sehingga keadaan menjadi tegang.

“Kami turut diajak memasuki kawasan tapak pembinaan, tetapi kami enggan dan dihalang pihak polis,” katanya kepada pemberita, selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.
Beliau berkata, sebelum ini, sudah 10 kali penduduk membuat bantahan, sejak tiga tahun lalu, tanpa pernah mencetuskan sebarang provokasi.

Projek tersebut yang terletak bersebelahan Stesen LRT Jelatek, melibatkan pembangunan empat blok bangunan kondominium mewah, hotel, pejabat dan pusat beli-belah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here