Pelajar Bermasalah Maki Cikgu Punca Ditampar

0
213
Antara cerita gempar yang terviral semalam kisah seorang cikgu yang menampar anak muridnya sehingga didakwa masuk hospital. Dan seperti biasa pelbagai komen-komen yang “suci murni”. Tanggapan dan spekulasi timbul hanya kerana mendengar cerita dari sebelah pihak sahaja. Dalam grup Kami Guru Malaysia – Md Sukhairi Osman berkongsi cerita dari pihak cikgu tersebut. Anda nilaikan sendiri. 
Assalamualaikum. Semalam, gempar cerita cikgu tampar budak di Batu Gajah. Ramai yang memberikan komen menyalahkan guru semata-mata. Jadi, saya mendiamkan diri saja dan membaca komen-komen yang diberikan. 

Sebenarnya, cerita ini bermula pada hari Selasa lagi. Pelajar tersebut memakai baju yang dikecilkan mengikut body, tudung kecil, dan alis mata diukir. 

Cikgu Huslin yang membuat spot check pada masa itu, menahannya dan mengarahkan baju ditetas/dibuka jahitan dan membebel serta kata-kata kesat keluar dari mulutnya. Cikgu Huslin naik marah dan beri penampar yang taklah kuat sangat. 

Hari Rabu, dia tidak hadir ke sekolah. Hari Khamis, pelajar itu datang kembali ke sekolah dan berjumpa dengan Pengetua. Maka dia banyak menjawab dengan Pengetua, tidak seperti budak-budak lain. 

Gambar yang diviralkan itu adalah gambar lama pelajar ini dimasukkan ke wad kerana terjatuh di bilik air di rumahnya dan mendapatkan rawatan doktor. 

Kenyataan mendakwa pelajar itu konon ditampar oleh ustazah Huslin itu adalah tidak benar. Ibu bapanya viralkan kerana tidak berpuas hati dengan Cikgu Huslin dan Pengetua tentang permasalahan disiplin anaknya. Itu ceritanya, tolong forward cerita sebenar. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here