Nahas Helikopter: Mayat Wanita Ditemui Di Tebing Sungai

0
22
Mayat seorang wanita disahkan ditemui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak sewaktu operasi mencari dan menyelamat di kawasan tumpuan pencarian sebuah helikopter yang dipercayai hilang di tebing sungai Batang Lupar.

Menurut Pengarahnya, Nor Hisham Mohammad, mayat wanita yang ditemui tersangkut di tebing sungai itu dalam proses dibawa balik ke hospital untuk pengecaman.
“Pencarian dilakukan di sekitar kawasan SAR di mana seprihan ditemui.
“Selepas penemuan mayat pertama, kami telah mengehadkan radius kawasan pencarian iaitu sekitar empat kilometer daripada kawasan mayat ditemui,” kata Nor Hisham dalam satu temubual langsung dengan saluran televisyen Astro Awani sebentar tadi.
Nor Hisham juga menafikan mana-mana viral tentang insiden terbabit dan mengesahkan hanya satu mayat sahaja yang ditemui setakat ini. Mayat tersebut dijumpai kira-kira 15 kilometer dari pekan Sembuyau.
JBPM telah menggerakkan 50 kekuatan anggota dan pegawai daripada unit Multi Skill Team (MUST) dan Pasukan Khas Operasi Taktikal dan Menyelamat (Storm) serta lain-lain pegawai dalam pencarian itu.
Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang semalam dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here