“Maxis Bankrap Lah Kau”

0
214
Sejak kes Maxis menipu pelanggan banyak kita dengar cerita buruk mengenai Maxis. Beberapa kes dimana Maxis telah mengenakan caj berlebihan apabila ingin menamatkan perkhidmatan mereka. Dilaporkan dalam media yang Maxis kehilangan hampir sejuta pelanggan sepanjang 12 bulan yang lalu. Ramai pelanggan Maxis merasakan diri mereka tertipu dan beralih ke telco lain yang menawarkan pelan yang lebih bagus. Inilah yang terjadi kepada seorang pengguna Maxis, Liz Ghazale  ketika ingin menamatkan pelan Maxis beliau.

MAXIS SI PENTIPU- 25/3/16 haritu aku decide nak tukar dari MAXIS ke Celcom sbb data yang Celcom offer mmg sgt bombastic. Since aku ni mmg keje stream video je, 5gb adalah tak cukup. dah register kt celcom tinggal nak activate kan simcard je dalam 24 hours. pastu 26/3/16, MAXIS call aku nak offer aku package RM188 (unlimited call+8gb data+spotify) with NO CONTRACT dengan harga rm88. since aku mmg da 18 tahun ke lebih dengan MAXIS, aku agree sebab malas sbenarnya nak tukar service provider lain. setia la konon PUIII1

but what happened today, bil aku due 24/4/16..pagi tadi dapat gaji ingat nak settlekan segala bil.check bil MAXIS kat MAXIS apps, tudiaaa sampai RM781.40!! tatau mana datang nye. try to call MAXIS HOTLINE (123) operator semua busy. tiap kali aku call, aku tunggu like 5-10 minutes tapi sampai ke sudah takde orang pon yg layan. try jugak livechat, pon no answer. try twitter, pon sama jugak.reply macam hape je.macam tak pandang plak customer ni.

then aku teros pegi MAXIS center. check punya check, rupanya, MAXIS dah game aku. awal-awal memang dia cakap RM88 utk pakej RM188. then baru-baru ni dia buat plan baru sbb ramai customer da lari. untuk case aku, MAXIS tukarkan pakej aku dari yang dia janji (RM88-8gb internet data+unlimited call+spotify premium) kepada pakej RM98 yang hanya ada 7gb data and no spotify premium. 


no wonder pagi tadi aku dapat msg dr MAXIS kata spotify premium renewed at RM9.99. aku heran la jugak sbb yang dia janji FREE. tup2 nak charge bil aku. and pasal bil aku tu sampai RM781.40 tu, sebab tetiba aku ade contract 2 tahun dengan MAXIS. RM30 X 24 bulan. contract bedah ape pon aku tatau la. ehh seriously MELAMPAU!!

MAXIS center kat Seberang Jaya katanya tadi dah buat report KOT ke KL. but sampai saat aku tulis mendealah ni, nombor report pon aku tak dapat . sangat-sangat frust sampai aku rasa menyesal tak berambus je gi kt Celcom aritu biar bankrupt teros MAXIS ni. kesimpulannya, Service MAXIS dari segala bentuk memang aku kategorikan sebagai terok gila la. so kalo korang lepas ni berhati-hati la dengan pentipu MAXIS ni..

**updated- aku dah call maxis sbb nak confirmation. Tak hingin aku bayar smpai beratus tu. Lepas 20minit tunggu?, akhirnyaaaaa ade la pegawai dia jawab. Aku tanya la kes aku ni, diorang cakap aku takyah bayar smpai rm781 tu and diorg bagi aku pakej maxis one 98 yg ada internet data 7gb tp dgn harga rm88. Maknanya rebate rm10. Bukan rebate rm100 dari pakej 188 tu. Stil tak ikot ape yg dia janji masa aku nak port out. Bila aku tanya kenapa tak buat ape yg dijanji sbb aku rasa da short 1gb data (yes as a customer wajar aku demand!!) , dia kata dia tak boleh buat 2 offer skali gus. Gitu pulak? Aritu kalau aku mintak data 80gb pon ko bagi gaknya kan?

Kesimpulan dia.. Masih rasa tertipu dengan janji2 ni.. Haih la maxis. Bengkrap jela kau.



LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here