Maut Kerana Leher Sangkut Cermin Nako

0
1101
Maut Leher Tersangkut Cermin Nako

Menyayat hati apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut dalam keadaan tergantung selepas lehernya tersangkut pada besi tingkap cermin nako rumahnya di Kampung Losong Feri di sini, semalam.

 
 Kejadian berlaku ketika mangsa Nurliana Nabila Mazlan yang berada dalam bilik tidurnya berusaha keluar menerusi tingkap berkenaan selepas mendapati pintu bilik terkunci dari luar dan dalam, jam 3.30 petang.

Ketika kejadian, mangsa yang juga anak bongsu daripada lima beradik dikatakan bersendirian dalam bilik berkenaan manakala seorang daripada empat abangnya, Mohd Faiz, 18, tidur dalam bilik berasingan dan ibunya, Rohaizan Zain, 42, tiada di rumah kerana bekerja sebagai tukang sapu di Muzium Negeri, 300 meter dari rumah.
 
 Menurut Mohd Faiz, dia menyedari kejadian itu selepas diberitahu jiran sebelum menendang pintu bilik bagi melihat keadaan yang berlaku. 

 Katanya, selepas memecahkan pintu bilik berkenaan, dia terkejut melihat adiknya dalam keadaan longlai tergantung pada besi tingkap cermin nako yang tersangkut pada lehernya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here