MAS Nafi Tuduhan Dedah Maklumat Pengkebumian

0
220

MAS Nafi Dedah Maklumat Pengebumian Mangsa Nahas MH17


MAS dalam kenyataannya kepada ASTRO AWANI pada Rabu telah menafikan bahawa pihak MAS telah mendedahkan maklumat pengebumian salah seorang waris mangsa nahas MH17. 


Susulan kejadian itu, salah seorang waris mangsa nahas MH17 telah menumbuk petugas media semalam. MAS dalam kenyataan tersebut memberitahu bahawa maklumat mengenai majlis pengkebumian itu datangnya dari pihak ketiga. 


Menambah dalam kenyataan tersebut, pihak MAS mempunyai kapasiti untuk menasihatkan pihak media untuk tidak mendedahkan sebarang butiran berhubung penumpang dan anak kapal MH17, tetapi adalah hak editor pihak media untuk menyiarkan maklumat berkenaan. 

Pihak MAS juga telah meyakinkan ahli keluarga mangsa nahas MH17 bahawa maklumat peribadi orang tersayang sentiasa dilindungi oleh MAS. 

Semalam, seorang ahli keluarga waris mangsa MH17 secara tiba-tiba menyerang petugas media yang sedang membuat liputan di Taman Peringatan Nirvana. Beliau juga menuduh MAS mendedahkan maklumat pengkebumian walaupun telah diminta untuk tidak berbuat demikan oleh ahli keluarga berkenaan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here