Mahathir Keluar UMNO Sekali Lagi

0
204
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar UMNO sebagai tanda protes terhadap Datuk Seri Najib Razak. Dr Mahathir berkata demikian dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, sebentar tadi.


Katanya, beliau membuat keputusan itu selepas merasakan UMNO hanya melindungi Perdana Menteri sahaja. “Saya mahu meninggalkan UMNO sebab ia bukan UMNO lagi. Ia adalah parti yang tujuannya hanya untuk melindungi Najib. Saya tidak boleh menjadi ahli parti macam ini,” katanya.


Pada sidang media itu, Dr Mahathir turut mengumumkan bahawa isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali keluar daripada UMNO atas sebab yang sama sepertinya.

Ini merupakan kali ketiga tokoh politik Kedah itu lucut keahlian UMNO. Menyertai UMNO pada 1946, Mahathir dipecat keahliannya pada 26 September 1969 selepas pengedaran umum suratnya yang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra.

Beliau hanya diterima masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dibawah pentadbiran Tun Abdul Razak.

Kira-kira 36 tahun kemudiannya, pada 19 Mei 2008, Dr Mahathir isytihar keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pada 4 April 2009, iaitu sehari selepas perlantikan rasmi Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir bersama-sama isteri, Dr Siti Hasmah telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO semula.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here