Keluarga Mangsa Dera Didakwa Membunuh

0
185
Empat beranak iaitu bapa, ibu tiri dan dua anak mereka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan membunuh seorang gadis berusia 22 tahun yang hanya seberat 18 kilogram (kg) ketika meninggal du­nia dalam kejadian di Cukai dekat sini akhir bulan lalu.


Tertuduh-tertuduh itu ialah Anuar Jusoh, 49, isterinya, Murni Ahmad, 35, dan dua anak pasangan itu iaitu Siti Sarah, 21, dan seorang remaja lelaki ber­umur 14 tahun.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Anuar, Murni dan dua adik-beradik itu atas pertuduhan membunuh gadis malang Siti Hajar, 22, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy.

Anuar merupakan bapa kandung kepada Siti Hajar dengan bekas isteri terdahulu manakala Murni merupakan ibu tiri kepada Siti Hajar. Siti Sarah dan seorang remaja lelaki itu pula merupakan adik-adik kepada Siti Hajar tetapi berlainan ibu.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan. Tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.

Kematian Siti Hajar menjadi tanda tanya apabila pihak polis mendedahkan bahawa laporan bedah siasat menunjukkan beliau kebuluran hingga hanya seberat 18kg dan terdapat kesan gigitan manusia pada tubuhnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here