Kejatuhan Harga Minyak dan Kesan Kepada Malaysia

0
314

Kejatuhan Harga Minyak dan Kesan Kepada Malaysia


Seperti yang kita semua sudah ketahui harga minyak mentah antarabangsa telah jatuh sekurang-kurangnya 45% tahun ini.

Antara kesan positif kejatuhan harga minyak adalah:

1. Kerajaan tidak lagi menanggung subsidi bahan api seperti petrol dan diesel.
Setiap tahun kerajaan membelanjakan berpuluh billion untuk subsidi petrol dan diesel. Walaupun angka sebenarnya mungkin lebih rendah daripada yang diwarwarkan kerana bayaran BR1M, baucer buku dan bantuan persekolahan juga dikategorikan dibawah subsidi bahan api seperti yang diterangkan didalam Laporan Ekonomi Tahunan Malaysia dan Anggaran Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan:
Seperti yang diumum kerajaan baru-baru ini mekanisme apungan terkawal harga minyak di mana harga minyak akan berubah-ubah setiap bulan mengikut purata harga bulan sebelumnya dimana kerajaan tidak lagi akan menanggung subsidi petrol dan diesel pada masa akan datang dibantu dengan harga minyak mentah dan harga produk diproses yang semakin menurun.

Selepas 2014, tahun hadapan kerajaan tidak lagi akan menanggung berbillion ringgit subsidi minyak dan sepatutnya penjimatan ini disalurkan kepada rakyat semula dalam bentuk lain seperti tambahan bayaran BR1M atau projek-projek pembangunan sosial ataupun kerajaan boleh menurunkan defisit serta merta dalam tempoh setahun menurut kata timbalan menteri Ahmad Maslan baru-baru ini:
Sumber: Utusan Malaysia

2. Harga runcit petrol dan diesel di stesen minyak yang dijangka akan turun selepas pelaksanaan mekanisne apungan terkawal oleh kerajaan. (Masih di peringkat awal).

Pada awal bulan Disember kerajaan mengumumkan penurunan harga RON95 sebanyak 4 sen dan kenaikan harga Diesel sebanyak 3 sen.

Kononnya kenaikan harga diesel tidak dapat dielak kerana sebelum ini kerajaan menanggung subsidi diesel yang banyak. 

DIjangka harga RON95 dan diesel akan terus turun pada bulan hadapan cumanya tidak pasti berapakah nilai penurunannya nanti.

Jika mengikut trend penurunan 15 hari pertama pada bulan Disember, kerajaan sepatutnya menurunkan 15 hingga 20 sen bagi kedua-dua RON95 dan Diesel.
3. Penjimatan dari penurunan harga petrol dan diesel akan meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income) rakyat Malaysia.

Mengikut Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah, setiap isi rumah secara puratanya membelanjakan RM216.30 setiap bulan untuk petrol dan diesel (termasuk minyak pelincir untuk servis kereta) 
Jika harga runcit petrol dan diesel di stesen minyak semakin menurun untuk bulan-bulan yang akan datang perbelanjaan untuk petrol dan diesel juga sepatutnya menurun dan ini akan menambah lebihan wang didalam poket isi rumah dan boleh disalurkan untuk perbelanjaan lain atau menambahkan simpanan seisi rumah.

Secara teorinya ia sepatutnya ia mengurangkan perbelanjaan petrol dan diesel bulanan sesetengah daripada rakyat Malaysia tetapi apabila harga minyak turun belum tentu harga barangan dan perkhidmatan yang lain akan turun seperti kebiasaannya yang sentiasa meningkat.

Realitinya pula sudah tentu kebanyakan isi rumah terutamanya yang duduk di bandar membelanjakan sejumlah wang yang lebih besar daripada RM216.30 untuk Petrol atau Diesel setiap bulan.

Jika ada kesan positif sudah tentu ada kesan negatif kejatuhan harga minyak seperti:


1. Penurunan pendapatan kerajaan daripada hasil cukai, royalti, dividen dan sebagainya yang akan mengurangkan kebolehan berbelanja kerajaan khususnya belanja mengurus (operating expenditure) juga tekanan untuk mencapai sasaran defisit kepada KDNK 3% pada tahun 2015.
Cukai pendapatan petroleum dengan kadar 38% dikenakan keatas syarikat minyak dan gas yang menjalankan aktiviti huluan (upstream production) yang melibatkan cari gali, pembangunan dan pengeluaran sumber minyak dan gas.
Pada pembentagan Bajet 2015 kerajaan menganggarkan hasil cukai petroleum yang akan dikutip kerajaan adalah sebanyak RM25.6 billion seperti yang tertera diatas bersandarkan harga minyak mentah Tapis crude USD105 setong.

Walaubagaimanapun selepas bulan Oktober harga minyak mentah telah pun menurun secara mendadak menjadikan anggaran hasil kerajaan ini akan tersasar dan kutipan sebenar cukai pendapatan petroleum mungkin akan lebih rendah.

Pada harga purata minyak mentah Tapis USD80 setong cukai pendapatan petroleum yang dikutip adalah RM18.3 billion berbanding turun 33% berbanding kutipan cukai petroleum tahun sebelumnya:
Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2011

Jika harga minyak mentah purata tahun hadapan berada pada paras sekarang USD60 setong maka kita boleh menjangkakan kutipan cukai yang lebih rendah daripada yang dianggarkan malah mungkin lebih rendah daripada kutipan cukai petroleum pada tahun 2010.
Hasil melalui dividen yang dibayar Petronas kepada kerajaan pula kebiasaanya adalah lebih stabil berbanding hasil cukai kerana ia tertakluk kepada perbincangan antara kerajaan persekutuan selaku pemegang saham tunggal dan pemilik Petronas dan juga pihak Petronas sendiri:

Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2015
Walaupun kerajaan menjangkakan Petronas akan membayar dividen sejumnlah RM27 billion tahun hadapan, CEO Petronas telah pun memberi ‘amaran’ kepada kerajaan bahawa sumbangan Petronas kepada kerajaan akan menurun sebanyak 37% jika harga minyak mentah kekal rendah tahun hadapan:

Source: The Star

Jangkaan Petronas tetap akan ‘terpaksa’ membayar dividen pada jumlah RM27 billion seperti yang dianggar kerajaan kerana ini bukanlah kali pertama CEO Petronas memberi amaran yang sama.

Tahun sebelum-sebelumnya beliau juga telah memaklumkan kepada kerajaan bahawa Petronas tidak mampu untuk terus membayar dividen yang tinggi kepada kerajaan kerana pengeluaran yang semakin menurun, rizab minyak mentah yang semakin berkurang dan keperluan Petronas untuk mengeluarkan perbelanjaan modal (capital expenditure) yang lebih untuk menjalankan aktiviti ekplorasi dan cari gali di lapangan minyak marginal (marginal oilfield) untuk meningkatkan pengeluaran minyak.

Hasil seterusnya adalah duti eksport yang dikenakan ke atas minyak mentah yang dieksport ke luar negara di mana kerajaan menjangkakan kutipan duti eksport sebanyak RM2.05 billion juga bersandarkan harga purata minyak mentah pada USD105 setong.
Kutipan sebenar duti eksport tahun hadapan juga pasti akan menurun sepertimana pada tahun 2009 dimana harga minyak mentah turun kepada purata USD65 setong berbanding anggaran asal USD103 setong: 
Dan hasil terakhir adalah royalti sebanyak 5% masing-masing kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dimana royalti dikira berdasarkan jumlah pengeluaran minyak mentah:
Royalti 5% Kepada Kerajaan Persekutuan
Royalti Petroleum Sabah: Penyata Kewangan Sabah
Royalti Petroleum Sarawak: Penyata Kewangan Sarawak

Dana Khas/Royalti Minyak Terengganu: Penyata Kewangan Negeri Terengganu

Terimaan royalti juga akan menurun dengan penurunan harga minyak mentah antarabangsa seperti mana bayaran dividen, kutipan cukai petroleum dan duti eksport minyak mentah.
Pengurangan hasil kerajaan akan menyebabkan kerajaan terpaksa mengurangkan perbelanjaan mengurus kerana perbelanjaan mengurus kerajaan dibiaya daripada hasil manakala perbelanjaan pembangunan kerajaan pula dibiaya daripada pinjaman atau hutang.
Ini juga akan menyebabkan sasaran defisit 3% berbanding KDNK pada tahun hadapan mungkin akan tersasar.
Apabila sasaran defisit ini tersasar, agensi penarafan (rating agencies) seperti Fitch, Moody’s, Standard & Poor’s akan mula meletakkan prospek atau outlook Malaysia daripada stabil kepada negatif dan seterusnya berisiko untuk penurunan taraf bon kerajaan Malaysia daripada A- dan A3 kepada taraf yang lebih rendah.
Apabila bon kerajaan dituruntaraf oleh agensi penarafan tersebut sedikit sebanyak pasaran wang seperti saham, bon dan sebagainya akan terkesan dengan jualan pelabur-pelabur yang memberi reaksi terhadap downgrade tersebut.

2. Penurunan pendapatan syarikat minyak milik negara Petronas yang akan memberi kesan kepada perniagaan berkaitan minyak dan gas di Malaysia.


Penurunan harga minyak akan memberi kesan kepada pendapatan syarikat minyak negara Petronas.

Walaupun hasil (revenue) boleh meningkat sekiranya jumlah pengeluaran meningkat ia tetap akan memberi kesan kepada keuntungan Petronas seperti pada tahun 2008 di mana harga minyak mentah jatuh daripada USD120 setong kepada USD53 setong berbanding tahun 2007:
Pada tahun kewangan berakhir 2008 hasil Petronas meningkat sebanyak 18.4% walaubagaimanapun keuntungan bersih turun sebanyak 13.9% semasa kejatuhan harga minyak daripada USD120 setong kepada USD53 setong dan keuntungan Petronas akan menurun sama seperti pada 2008 pada tahun hadapan jika harga minyak mentah terus turun seperti yang diujarkan CEO Petronas baru-baru ini:
Petronas juga seperti yang diterangkan sebelumnya menyumbang kepada kerajaan persekutuan melalui dividen, cukai dan royalti.
Tahun lepas sahaja Petronas menyumbang sejumlah RM73 billion kepada kerajaan melalui bayaran-bayaran yang disebut diatas:

Petronas juga menanggung subsidi gas kepada sektor kuasa TNB dan IPP dan juga sektor bukan kuasa untuk industri dan komersial dimana Petronas terpaksa melepaskan potensi hasil berjumlah RM207 billion sejak 1997 kerana terpaksa menjual harga gas lebih murah daripada harga pasaran:
3. Kesan negatif kepada pasaran saham, matawang tempatan Ringgit Malaysia dan sentimen pelaburan secara umumnya.

Petronas yang telah membayangkan akan memotong perbelanjaan modal (capital expenditure) sejumlah 15 hingga 20 peratus tahun akan memberi kesan besar kepada industri petroleum Malaysia yang melibatkan syarikat-syarikat perkhidmatan petroleum. 
Saham syarikat-syarikat berkaitan petroleum juga jatuh akibat kesan penurunan harga minyak dan pengumuman pemotongan CAPEX oleh Petronas.

Seperti yang kita sudah pun ketahui Ringgit Malaysia juga jatuh mendadak akibat kejatuhan harga minyak yang mana ianya tidaklah eksklusif kepada Ringgit sahaja tetapi juga memberi kesan kepada matawang negara pengeksport minyak yang lain seperti Canadian Dollar, Norweign Krone, Mexican Peso dan lain-lain.

Kejatuhan Ringgit ada juga sedikit sebanyak membantu mengurangkan kesan kejatuhan harga minyak kepada Petronas kerana apabila Ringgit jatuh, nilai eksport Petronas ke negara luar juga akan meningkat.

Untuk bacaan lanjut berkenaan kejatuhan RInggit Malaysia boleh merujuk kepada artikel ini

Selain daripada kesan-kesan negatif kepada fiskal kerajaan dan juga pertumbuhan ekonomi negara, kejatuhan harga minyak juga memberi kesan negatif terhadap alam sekitar apabila harga minyak yang rendah menyebabkan kebiasaannya insentif untuk bertukar kepada tenaga hijau yang lebih bersih dan mesra alam sekitar juga menurun.

Penurunan harga minyak ada pro dan cons nya kepada negara khususnya kepada ekonomi dan juga pendapatan negara. Kerajaan buat masa ini nampak masih selesa atau complacent di mana menteri-menteri berkaitan memberi jaminan bahawa sasaran pertumbuhan ekonomi dan sasaran defisit fiskal masih boleh dicapai. 


Walaupun keadaan sekarang jauh berbeza dengan keadaan semasa krisis ekonomi dan kewangan 1997-1998 di mana hutang luar Malaysia (kerajaan dan swasta) rendah dan rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia yang lebih besar tetapi kerajaan tidak sepatutnya terlalu selesa dan mengabaikan kesan penurunan harga minyak. 


Risiko untuk ekonomi Malaysia terjerumus ke dalam kegawatan (recession) akibat penurunan harga minyak mentah mungkin masih rendah tetapi banyak faktor lain seperti kelembapan penggunaan swasta (isi rumah) akibat pelaksanaan GST tahun hadapan, ekonomi China yang dijangka perlahan akan memberi kesan kepada ekonomi Malaysia melalui dagangan eksport dan import dan juga beberapa faktor-faktor lain.


Kerajaan perlu menerangkan kepada rakyat adakah rakyat perlu bersedia dengan kelembapan ekonomi yang mendatang atau kerajaan mahu terus positif dan optimis ekonomi Malaysia akan terus berkembang pesat seperti tahun kebelakangan ini?

Nota Rujukan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here