Kaki Pancing Tangkap Ikan ‘Pontianak’

0
279
Menjadi seorang kaki pancing sudah pasti banyak pengalaman “seram” yang pernah dilalui. Kalau tidak percaya tanya sahaja kaki-kaki pancing yang anda kenal. Pasti mereka ada satu dua cerita yang pernah mereka lalui. 

Bagi seorang bapa dan anaknya, Mike dan Lochlainn Kelly perkara terakhir yang mereka sangka ialah untuk menangkap seekor ikan yang jarang ditemui. Mereka berjaya menangkap seekor ikan jerung “vampire”. Ikan jenis ini amat jarang ditangkap oleh manusia. Ini kerana spesis ikan ini tidak menyukai pancaran matahari dan biasanya akan berada 4000 kaki di dasar lautan dimana cahaya matahari tidak dapat ditembusi. Sama seperti makhluk “vampire” bukan? 

Ikan ini dipercayai ditangkap sekitar 2000 kaki dari permukaan laut dan para saintis menganggarkan usia ikan ini sekitar 2-3 tahun. Spesis ikan ini juga dikenali sebagai dinosour hidup disebabkan tiada evolusi yang dialami oleh ikan tersebut selama 125 juta tahun. 
Lochlainn ketika ditemu ramah berkata beliau tidak terkejut apabila berjaya menangkap ikan tersebut kerana pernah melihat gambar spesis ikan terbabit namun beliau tidak pernah menjumpai ikan jerung tersebut secara dekat. Namun ikan ini telah dihantar ke sebuah muzium di Sydney, Australia untuk pemeriksaan lanjut oleh para saintis tempatan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here