K-Pop Vs Tudung: Apa Kesudahan Kepada Kontroversi Konsert B1A4?

0
98

K-Pop Vs Tudung: Apa Kesudahan Kepada Kontroversi Konsert B1A4?



Ramai yang geleng kepala, ramai yang menyalahkan K-Pop, ramai yang menyalahkan ketaksuban gadis-gadis terhadap idola mereka dan ramai juga yang bersikap rasional.

Rasanya, semua pun sudah sedia maklum mengenai isu hangat di mana gadis-gadis bertudung dipeluk dan dicium artis K-Pop, B1A4 bukan?



Video yang dimuat naik oleh Sukan Star TV pada 11 Januari 2015 mendapat liputan meluas di Facebook sehingga mendapat lebih 45,000 ‘Share’ dan lebih 1.7 juta tontonan dalam masa 24 jam
Isu ini terlalu kontroversi sehingga munculnya hashtag #MenentangKejahatanKpop di Twitter sekali gus mendapat tempat pertama dalam ‘Worldwide Trends’


Susulan daripada itu, orang ramai mula menuding jari kepada pelbagai pihak. Tetapi ada juga yang mempersoalkan mengapa isu ini perlu diperbesar sedangkan anak muda zaman sekarang turut melakukan perkara yang serupa di tempat awam.


Saksi kejadian yang hadir turut mengutarakan pendapat. Menurut mereka, kumpulan B1A4 sudah bertanyakan kepada gadis-gadis tersebut sama ada mereka selesa atau tidak dengan aktiviti yang bakal dilakukan. Namun, kesemuanya didapati memberi “restu”.



Dalam pada itu, Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin tidak melepaskan peluang dalam memberi “nasihat” kepada para gadis yang meminati K-Pop



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pula berpendapat gila atau minat mendalam terhadap K-Pop umpama pemujaan guru ajaran sesat yang melanggar batas-batas agama. Oleh itu, sesiapa yang terlibat wajib bertaubat.
Pihak Penganjur, TGM Events telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi di samping memohon maaf berhubung isu hangat yang menular sepanjang berlangsungnya konsert berkenaan. 


Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim pula menganggap bahawa K-pop pula membawa agenda kristianisasi. Beliau berkata Kajian rambang yang dilakukan mendapati hampir 80% daripada artis K-pop beragama Kristian. Selebihnya terdiri daripada golongan atheis, Buddha dan kepercayaan animisme. 


Manakala Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur konsert persembahan artis K-Pop, B1A4, berikutan perbuatan sumbang sewaktu acara hiburan itu berlangsung. Dan untuk berlaku adil Jawi juga hendaklah mengambil tindakan terhadap gadis melayu tersebut kerana berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai sebagai pengajaran. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here