Israel Sambung Serang Gaza

0
201
Rejim Israel menyambung semula serangan udara ke atas Gaza pada tenghari Selasa, selepas roket yang dilancarkan oleh Hamas terkena sasaran di selatan Israel sepanjang pagi Selasa. 

Gencatan senjata, yang dimeterai pukul 9 pagi waktu tempatan berakhir enam jam kemudian, dimana Israel dan Hamas berbalas kenyataan siapa yang melanggar gencatan senjata tersebut. 

Israel telah menerima cadangan Mesir untuk gencatan senjata untuk menghentikan keganasan yang hampir meragut 200 nyawa rakyat Palestin di Gaza

Tetapi Hamas telah menolak inisiatif tersebut dengan melaporkan bahawa cadangan itu tidak diawasi oleh pegawai Mesir yang merangka gencatan senjata tersebut. Pagi Selasa, bahagian ketenteraan Hamas dalam tweet berkata mereka tidak akan mengikut gencatan senjata tersebut kerana ianya tidak memenuhi tuntutan dari kumpulan tersebut. 

Jurucakap Hamas, Osama Hamden memberitahu agensi berita BBC, mereka hanya tahu cadangan gencatan senjata tersebut melalui media. 

Bekas Timbalan Menteri Luar Israel, Danny Ayalon mengandaikan prospek pencerobohan melalui jalan darat ke Gaza dengan menyalahkan Hamas kerana tidak menerima gencatan senjata tersebut. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here