Hubungan PAS – DAP Berakhir. Selamat Tinggal PR?

0
38
Dewan Ulama PAS Pusat sebulat suara meluluskan tanpa bahas usul supaya parti Islam itu memutuskan hubungan dengan DAP. Bagaimanapun Dewan itu mahu PAS kekal dalam Pakatan Rakyat bersama Parti Keadilan Rakyat.


“Menyedari DAP secara berterusan dan konsisten melakukan pelbagai provokasi terhadap kedudukan PAS dan Pakatan Rakyat, Dewan Ulama PAS ke-54 mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat,” kata Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS, Mokhtar Senik.

Beliau yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pahang berkata demikian ketika menyampaikan usul tergempar Dewan Ulama PAS Pusat.
Usul berkenaan kemudian diterima tanpa bahas apabila 644 perwakilan bangun sebagai tanda bersetuju dengan laungan takbir.

Terdahulu perwakilan Perak, Nor Azli Musa ketika tampil untuk membahaskan usul berkenaan bagaimanapun berkata: “Saya tidak mahu berucap, tapi saya menyeru semua perwakilan dan pemerhati bangun sebagai tanda kita semua bersetuju dengan usul ini, takbir!”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here