Heboh Kanak-Kanak Mati Hidup Semula Adalah Palsu

0
241
Keluarga murid tahun satu yang dipatuk ular di sekolahnya pagi semalam menafikan kanak-kanak itu hidup semula. Berita Harian Online melaporkan, perkara yang diviralkan sejak jam 9 malam tadi mendakwa Nuri Nadirah Ruslan tersedar dan memegang tangan ibunya adalah tidak benar sama sekali.


Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad, 28, bagaimanapun mengakui anaknya kelihatan seolah-olah tersedak ketika proses memandikannya petang semalam.

“Namun, bagi memuaskan hati keluarga, jenazah Nuri Nadirah yang sepatutnya dikebumikan malam tadi ditangguh kepada pagi esok (pagi ini). “Saya minta semua pihak hentikan sebar maklumat yang tidak betul,” katanya.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Hashim 1 itu dipercayai dipatuk ular ketika waktu rehat kira-kira jam 9.30 pagi semalam. Mangsa bagaimanapun dikatakan sempat meneruskan pembelajaran lebih satu jam sebelum guru melihat kanak-kanak itu pengsan di tempat duduknya kira-kira jam 11 pagi.

Mangsa yang dibawa ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan jam 12.30 tengahari, sebelum pengesahan kedua kematian mangsa dibuat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, pihaknya memandang serius maklumat yang disebarkan dan akan menyiasat sekiranya keluarga membuat laporan polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here