Haron Din Kritikal, Alami “Brain Death”

0
27
Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din masih dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford San Francisco, California, selepas menghadapi masalah jantung.


Beliau sebelum ini, dilaporkan menghadapi masalah kompilasi jantung dan dimasukkan ke ICU hospital berkenaan untuk rawatan lanjut.

Sehingga berita ini ditulis jam 7.16 pagi ini, dimaklumkan bahawa Haron Din dalam keadaan ‘brain death’, namun masih memakai alat bantuan pernafasan.

Difahamkan, berlaku pendarahan dalam pembuluh darah jantung selepas kegagalan pihak hospital melakukan angiogram.

Kira-kira jam 5 pagi waktu California, pihak hospital menghubungi keluarga Allahyarham untuk datang ke ICU, berikutan keadaannya yang semakin kritikal dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Pada April 2012 lalu, Haron Din pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di hospital sama.

Mac lalu, Haron Din turut mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here