Harga Terkini Petrol & Diesel Mulai 1 Februari 2016

0
187
Februari 2016 bakal menjelma dan seperti biasa, setiap permulaan bulan baru, pengguna jalan raya akan berdebar-debar menunggu harga baru petrol dan diesel.

Menerusi laporan dari paultan.org dan juga beberapa portal lain, berikut adalah harga terkini minyak petrol dan diesel bermula 1 Februari 2016 :

Harga Terkini (1 Februari 2016):

RON 95 : RM1.75 seliter (turun 10 sen)
RON 97 : RM2.05 seliter (turun 20 sen)
Diesel : RM 1.35 seliter (turun 25 sen)

RON95


Harga purata MOPS95 bagi Januari 2016 adalah USD50.465/bbl berbanding USD59.117/bbl pada Disember 2015. Harga purata produk akhir RON95 (dicampur kos yang ditetapkan dalam mekanisme pengiraan) adalah RM1.70/liter bagi Januari 2016 berbanding RM1.85 harga runcit yang ditetapkan kerajaan bagi bulan yang sama.
DIESEL

Harga purata Gasoil bagi Januari 2016 adalah USD37.917/bbl berbanding USD48.202/bbl pada Disember 2015. Harga purata produk akhir Diesel adalah RM1.27 dibandingkan dengan RM1.60 harga runcti yang ditetapkan kerajaan bagi bulan yang sama.

TUKARAN MATAWANG (USD/MYR)
USD/MYR pada awal Januari 2016 meningkat sehingga setinggi 4.40 akibat daripada kejatuhan harga minyak mentah dunia, ketidakstabilan pasaran kewangan yang berpunca daripada bank pusat China (PBoC) yang melemahkan penetapan matawang Yuan Renmibi. Pada pertengahan bulan pasaran kewangan yang stabil semula dan kenaikan harga minyak mentah pada minggu terakhir Januari 2016 menyaksikan USD/MYR mula menyusut sehingga kepada paras 4.15 pada hari terakhir dagangan bulan ini. Walaubagaimanapun secara purata USD/MYR pada Januari 2016 (4.3430) adalah lebih tinggi daripada purata pada Disember 2015 (4.2810).


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here