Harga Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Bulan April 2016

0
349
Harga Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Terkini Bermula 1 April 2016. Bulan Mac 2016 akan berakhir pada hari Khamis depan dan pada malam 31 Mac 2016, harga runcit rasmi/ terkini Petrol RON95 RON97 Diesel untuk bulan April 2016 akan diumumkan. Ianya adalah hasil daripada pengumuman kerajaan pada 21 November 2014 yang lalu yang antara lain memaklumkan mengenai pelaksanaan sistem apungan terurus, subsidi bahan api untuk RON95 dan diesel akan dikeluarkan pada 1 Disember 2014.

Di bawah sistem ini, purata bulanan harga minyak mentah dunia serta nilai tukaran wang akan menentukan harga runcit bahan api pada bulan berikutnya. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memaklumkan bahawa notis pemberitahuan perubahan harga petrol dan diesel hanya akan dimaklumkan kepada pengusaha minyak pada setiap hujung bulan.
Mengikut sumber (KPDNKK) dijangka mengumumkan harga baharu minyak bermula 12 tengah malam ini. Harga minyak dijangka naik sebanyak 10 sen – 20sen.  

UPDATE TERKINI

Harga minyak bermula 1 April 2016 :
RON 95 : RM 1.70 seliter
RON 97 : RM 2.05 seliter
Diesel : RM 1.55 seliter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here