Flashmob Selamatkan Selangor Tidak Dapat Sambutan

0
231
‘Flashmob’ selamatkan Negeri Selangor daripada Kerajaan Pakatan anjuran UMNO Bahagian Ampang mendapat sambutan yang amat mengecewakan. Tidak seperti yang diwar-warkan, sekitar 30 orang sahaja yang hadir.


Ketiadaan sambutan itu menimbulkan persoalan terhadap tujuan ia diadakan kerana sebelum ini Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo menjelaskan ia dibuat untuk memberi kesedaran kepada rakyat untuk menolak pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor kerana gagal membela nasib mereka.

“Ketua UMNO Bahagian jangan tidur, kita mesti lakukan program penerangan kepada rakyat supaya menolak kepimpinan kerajaan yang ada sekarang dengan memberi mandat baru kepada BN,” katanya.

Menurut Ismail, pelbagai kemelut yang berlaku dalam kerajaan Selangor menyebabkan rakyat jadi mangsa.


“Kerajaan yang ada sekarang ini ialah kerajaan cacar merba, DAP bergaduh dengn Pas dan masalah PKR.

“Isu perumah kos rendah tidak dilaksanakan kerajaan, ditambah pula dengan isu DEIG dimana Menteri Besar sehingga kini tidak memberi penjelasan secara khusus kepada rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengetuai ‘flashmob’ pada Ahad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here