Eric Paulsen Mengaku Tidak Bersalah

0
208
Pengarah Eksekutif Lawyer For Liberty, Eric Paulsen mengaku tak bersalah atas tuduhan menghasut di laman Twitter berhubung dakwaan Jakim galakkan ekstremism pada setiap Jumaat, awal Januari lalu.


Eric Paulsen, 42, didakwa menerbitkan penerbitan menghasut di Twitternya, @ericpaulsen101 pada 10 Januari lalu jam 8 malam. Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin mengendalikan kes itu mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15).

Wan Shaharuddin mencadangkan RM5,000 sebagai jaminan namun peguam, Gobind Singh Deo memaklumkan anak guamnya seorang peguam dan tiada sebab untuk tidak hadir. Hakim Abdul Rashid Daud membenarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April depan untuk sebutan semula.
Paulsen sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mengatakan bahawa Jakim merupakan sebuah badan yang mempromosi atau menggalakkan ekstremisme dalam khutbah pada hari Jumaat. Namun begitu, setelah menerima kecaman pelbagai pihak, beliau tampil menjelaskan bahawa beliau tidak bermaksud untuk menghina Islam dengan mengaitkan Jakim dengan penyebaran fahaman ekstrem.

Malah kata Paulsen, beliau merujuk kepada Jakim sebagai sebuah agensi kerajaan. Pada 12 Januari lalu, Paulsen ditahan polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. Beliau kemudiannya dibebaskan pada 14 Januari dengan jaminan polis selepas direman selama dua hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here