Dua Lagi Ditahan SPRM, Rampasan Wang Tunai Kini Cecah Lebih RM20 Juta

0
237
Wang tunai dianggarkan lebih RM20 juta dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penahanan dua pegawai kanan agensi kerajaan di Kota Kinabalu, Sabah kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam pemberian projek jabatan awam.


Terkini, dua lagi ditahan suruhanjaya itu dan semua empat individu terlibat akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, wang tunai berjumlah RM3 juta yang dirampas sebelum ini hanya sebahagian daripada keseluruhan rampasan.

RM3 juta sebahagian daripadanya. Sebenarnya lebih daripada itu. Saya fikir lebih RM20 juta,” Mengulas lanjut, Azam berkata, rampasan wang tunai jutaan ringgit itu melibatkan beberapa lokasi seperti di rumah, bank dan pejabat suspek.

“Setiap daripada sasaran yang kita tahan itu, setidak-tidaknya tiga lokasi. Termasuk peti besi, rumah, pejabat dan ada juga melibatkan peti besi di bank,” katanya.


Pada Selasa dilaporkan dua suspek berusia 51 dan 54 tahun ditahan di pejabat masing-masing kira-kira 9.15 pagi Selasa kerana disyaki memonopoli dan memberikan projek-projek yang dikendalikan jabatan itu kepada sanak saudara mereka.

Azam berkata, sidang media berhubung kes berkenaan akan diadakan di Kota Kinabalu petang ini.

Menurutnya, SPRM akan meneruskan siasatan dengan lebih agresif dan menjangkakan lebih ramai lagi ditahan.

Kedua-dua pegawai kanan berjawatan pengarah dan timbalan pengarah itu mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion sejak 2010 dan telah memonopoli kesemua projek untuk diserahkan kepada adik-beradik mereka.

Jumlah harta kekayaan yang dikumpul mencecah RM50 juta hasil penyalahgunaan kuasa yang dipercayai bermula sejak 2010.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here