Dow Jones Pertahan Laporan WSJ. Najib Bakal Saman WSJ?

0
199
Dow Jones, penerbit Wall Street Journal, mempertahankan laporan mengenai pemindahan dana 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. “Kami mempertahan laporan yang dibuat secara adil dan tepat mengenai berita yang sedang berkembang ini ,” kata seorang jurucakap Dow Jones. 


Akhbar tersebut pada minggu lalu menerbitkan satu artikel yang memetik sumber “penyiasat yang tidak dinamakan ” , dengan mendakwa bahawa hampir US $ 700mil ( RM2.6bil ) dana 1MDB telah disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum ke-13 .
Akhbar harian perniagaan antarabangsa mengatakan mereka mempunyai dokumen-dokumen yang kukuh untuk menyokong dakwaan tersebut.  Pada Selasa lalu, WSJ telah memuat naik sembilan muka surat dokumen yang menunjukkn pemindahan bank yang didakwa ke akaun peribadi Najib. Namun, Perdana Menteri menegaskan bahawa beliau tidak mengambil apa-apa wang 1MDB untuk kepentingan peribadi. 
“Tujuan WSJ adalah untuk menghasut dan kebencian dan disokong oleh pihak tertentu yang bertujuan untuk membuat saya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Najib juga telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar surat kepada WSJ untuk meminta pengesahan mengenai artikel berkenaan sebelum mengambil tindakan undang-undang. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here