Cucu Penggal Kepala, Kerat Tangan Nenek Usia 76 Tahun

0
305
Seorang warga emas maut dipenggal cucunya yang dipercayai mengalami gangguan mental dalam kejadian di Felda Penggeli Timur di sini semalam.


Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata dalam kejadian 6.30 petang itu, Maimon Abdul Samad, 76, bukan sahaja dipenggal, malah tangan dan kedua-dua kakinya dikerat suspek lelaki yang berusia 19 tahun itu.

Beliau berkata kepala mangsa yang dipenggal itu diletakkan di hadapan pintu masuk rumah, manakala tubuh mangsa dijumpai di bawah singki.
“Kedua-dua kaki mangsa dikerat di bahagian paha tetapi tidak putus, manakala kedua-dua tangan dipotong dan hanya tangan kiri yang kelihatan di sisi mangsa,” katanya malam semalam.

Rahmat berkata hasil siasatan mendapati suspek menggunakan sebilah pisau berukuran antara empat hingga tujuh inci panjang, yang ditemui di dalam pasu bunga di luar rumah mangsa.

Beliau berkata selepas kejadian, suspek cuba melarikan diri memasuki kawasan ladang sawit berhampiran, bagaimanapun berjaya ditangkap polis dengan bantuan penduduk kampung pada 8.30 malam.

“Suspek dipercayai mengalami gangguan mental akibat tidak makan ubat sejak beberapa bulan lepas,” katanya.

Rahmat berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here