Pemuda Ini Bantu Beri Petrol Percuma Akibat Kenaikan Harga Minyak

Ada apa dengan RM3? Namun, berbeza pula dengan orang lain. Jangan sesekali kita menyamakan keadaan diri sendiri dengan orang lain. Mungkin bagi mereka RM5.00 bahkan RM3.00 sangat berharga dan membantu.
Itulah yang dilakukan oleh sekumpulan pemuda atau sukarelawan yang dikenali dengan nama Freevo, mereka bertindak memberi petrol percuma kepada para penunggang motosikal.
Percuma RM3.00, itulah dana yang disalurkan buat para penunggang motorsikal di kawasan terpilih di sekitar Lembah Klang.
Menerusi status di laman sosial, dapat dilihat beberapa orang ahli kumpulan Freevo itu menguar-uarkan bantuan untuk petrol percuma itu.
Begitulah antara maklumat yang diberikan oleh ahli kumpulan sukarelawan terbabit yang bernama Bubu Fitrie.
Difahamkan, Freevo mula bergerak aktif minggu ini selepas pengumuman kenaikan harga petrol untuk bulan November. 
Menurut ketua kumpulan atau pengasasnya, Zurianty Sudin, 34 kumpulannya itu tidak terikat dengan mana-mana parti kerana ia merupakan wang mereka sendiri. 
Apa yang penting ialah keinginan untuk membantu meringankan beban orang lain, dan usaha ini seharusnya dipuji dan memberi inspirasi kepada orang lain. Jumlahnya yang kecil bukan satu ukuran atau masalah, bukankah ada pepatah mengatakan “Sikit-sikit lama-lama menjadi bukit”?


Adakah Nasi Lemak Cik Ah Bakal Jadi Viral Seperti Nasi Lemak Anak Dara?

Nasi Lemak Anak Dara jadi viral sebab dia cantik? Mungkin ini persoalan yang boleh diutarakan kepada para netizen yang beriya benar menyebarkan cerita tentang satu perkara itu kerana semata-mata ia dilakukan wanita cantik, pendidikan tinggi dan juga nampak bersungguh dalam perniagaannya. 
Bagaimana pula dengan peniaga lain, seperti budak membantu ibunya menjual nasi lemak, anak yatim berniaga bagai kais pagi dan petang serta sebagainya. 
Seorang netizen yang dikenali dengan nama Zaty Khan nampaknya telah mencuit hati ramai orang bila dia berkongsi kisah rakannya yang bernama Cik Ah. 

Sama seperti Nasi Lemak Anak Dara, Cik Ah juga merupakan penjual nasi lemak yang masih muda dan yang pastinya bertungkus lumus meningkatkan taraf kehidupannya. 
Bukan mudah sebenarnya meniaga makanan yang diusahakan seorang diri, tanpa pembantu atau pekerja. Itu tidak termasuk dengan situasi yang perlu dia menebalkan muka dan buat tak malu bekerja bagaikan ‘jantan’. 
Begitulah antara yang dikongsikan oleh netizen ini. Tujuannya hanya satu iaitu meminta orang ramai untuk sama-sama berkongsi dan viralkan kisah perniagaan rakannya itu. 
Nampaknya, usaha ini makin membuahkan hasil apabila ramai netizen lain turut memberikan respon positif. Namun persoalannya adakah gerai Cik Ah bakal popular seperti Nasi Lemak Anak Dara? Tinggalkan komen anda dibawah.




Orang Ramai Bengang Nama P Ramly Diguna Untuk Burger Babi

Sebuah restoran non-halal popular yang terkenal dengan hidangan burger babi mencetus kontroversi apabila menamakan burger keluaran mereka ‘P. Ramly’. 
Nama ‘P. Ramly’ ini dianggap tidak sesuai digunakan untuk sebuah hidangan burger babi kerana begitu sama bunyinya dengan seniman agung tanah air P Ramlee, yang mana merupakan seorang Melayu dan Muslim.

Walaupun ejaannya berbeza, nama yang digunakan itu tetap menimbulkan kemarahan orang ramai, terutamanya dikalangan umat Islam.
Isu ini turut mendapat perhatian Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Menurut mereka, nama ‘P. Ramly’ telah sama sekali menimbulkan kekeliruan dan tidak sepatutnya digunakan.
Tinjauan dari Berita Harian mendapati ada sesetengah Muslim yang mengakui keliru dengan menu berkenaan. Malah, ada juga yang hampir terbeli selepas melihat poster burger ‘P. Ramly’ di luar restoran.
Restoran non-halal tersebut, Ninja Joe telah melancarkan burger ini pada 31 Ogos lalu bagi memperingati dan memberi kehormatan kepada jenama burger no. 1 di Malaysia ‘Ramly Burger’
Menurut Ninja Joe, ‘P’ yang terdapat pada menu tersebut merujuk kepada ‘pork’ ataupun daging babi yang digunakan dalam bahan utama burger tersebut.


Manakala ‘Ramly’ pula digunakan kerana mendakwa nama tersebut sudah begitu sinonim dengan rakyat Malaysia.

Walaubagaimanapun, di bawah poster burger ‘P. Ramly’ telah tercatat dengan jelas bahawa burger itu sememangnya hidangan burger babi dengan tulisan’juicy pork patty wrapped in an omelette’.

Dalam pada itu, pemilik Ramly Burger, Datuk Ramly Mokni juga tidak senang dengan penggunaan label tersebut walaupun sebagai “penghargaan”
Dan disebabkan kekecohan yang timbul, Ninja Joe mengambil langkah untuk menamakan semula burger ‘P. Ramly’ berdasarkan undian tertinggi di laman Facebook mereka

Menu “Pretzel Dog” Punca Auntie Anne Tak Dapat Sijil Halal

Untuk makluman, pengeluar pretzel terbesar Malaysia, Auntie Anne’s telah pun bertapak di negara ini selama 20 tahun sejak 1996. Dan sehingga Jun 2016, Auntie Anne’s mempunyai 45 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia (kecuali KLIA 2) dengan kira-kira 200 pekerja, dan menghidang sejumlah 2 juta pretzel dalam masa setahun.

 


Namun begitu, walaupun sudah 20 tahun beroperasi, Auntie Anne’s masih lagi belum memperoleh sijil Halal daripada JAKIM

Isu Halal sememangnya sesuatu yang perlu dititikberatkan bagi mana-mana pengusaha restoran atau pembekal makanan/minuman di Malaysia. Disebabkan 70% penduduk adalah beragama Islam, pengesahan Halal oleh JAKIM dianggap begitu penting sekali.

Ini bertujuan bagi mengelakkan kekeliruan dan keraguan dikalangan pengguna umat Islam yang ingin mendapatkan sesuatu produk.

Jadi, kenapa Auntie Anne’s masih belum memperoleh sijil Halal? Seorang pengguna FB, Farhatul Kamilah merangkap Halal Executive di Auntie Anne’s Malaysia tampil memberi penerangan.

Saya bekerja sebagai QA Executive merangkap Halal Executive di Auntie Anne’s Malaysia. Saya merupakan pemegang Ijazah Kejuruteraan Teknologi Kimia (Makanan) dan adalah seorang ‘certified’ Halal Executive dibawah badan Halal Development Corporation (HDC). Penyataan ini bukanlah untuk meninggi diri, tetapi bertujuan untuk mempertahankan kreadibiliti saya bagi menjawab isu status halal di tempat saya bekerja.

“Permohonan halal Auntie Anne’s (HALAL-20160627) ditolak JAKIM”

Ya betul, permohonan kami telah ditolak atas beberapa isu. Isu-isunya adalah seperti berikut:-

1) JAKIM meminta kami untuk memohon sijil halal bagi Central Kitchen (CK) dahulu dimana proses re-packing dilakukan sebelum meneruskan permohonan bagi outlet.

2) Saya telah memohon sijil halal bagi kesemua 45 outlet Auntie Anne’s dibawah satu permohonan. JAKIM telah menolak permohonan dan meminta saya untuk mengasingkan permohonan mengikut zon untuk memudahkan proses audit. Situasi ini juga pernah berlaku kepada jenama Sushi King. Pada mulanya, hanya beberapa outlet sahaja yang disahkan halal kerana proses ini dijalankan secara berperingkat dan mengikut zon walaupun semua produknya adalah daripada CK yang sama.

3) Nama menu ‘Pretzel Dog’ haruslah ditukar kepada nama yang lebih sesuai. Saya telah mencadangkan beberapa nama baru dan masih menunggu keputusan mesyuarat panel dari pihak JAKIM. Setelah kami mendapat keputusannya, kami harus menukar kesemua menuboard sebelum proceed kepada permohonan baru.

Untuk pengetahuan semua, saya telah menghantar permohonan bagi CK. Kami telah melepasi peringkat pertama dan sudah pun menjelaskan bayaran dan sedang menunggu proses audit dari JAKIM. Saya sertakan surat dan resit bayaran dalam post ini.

Ingin saya tegaskan, Auntie Anne’s BUKAN pemegang sijil halal JAKIM tetapi kami sedang BERUSAHA kearah itu. JAKIM mempunyai standard yang sangat tinggi yang harus diikuti oleh semua pemegang sijil halal JAKIM. Pihak JAKIM bukan hanya memfokuskan kepada status halal bahan makanan, tetapi juga kebersihan outlet dan pengendali makanan. Saya juga seorang Muslim dan ini adalah salah satu tanggungjawab fardhu kifayah saya untuk umat Islam. Doakan saya berjaya 🙂

Bagi yang was-was tapi mahu juga mencuba pretzel Auntie Anne’s, saya cadangkan anda menunggu sehingga kami disahkan halal terlebih dahulu kerana perkara yang syubhah sudah jatuh haram untuk kita memakannya. Jika Auntie Anne’s sudah disahkan halal oleh JAKIM, saya cadangkan anda beli Éclair Stix dan Jalapeno Cheese, kerana kedua-duanya favourite saya 🙂

Ikhlas,

Anak dara Makcik Anne

Krim Muka Dijual Secara Timbang Kilo, Penjual Tamak Pembeli Kemaruk?

Bagi anda yang gemar membeli barangan kosmetik terutamanya menerusi internet seperti Instagram dan juga Facebook, dinasihatkan jangan sesekali mudah terpedaya dengan jenama yang terlalu murah di pasaran.


Tak dinafikan bukan semua barangan kosmetik mahal memberi efek yang baik dan sempurna. Namun, bagi krim wajah, pemutih dan juga serum misalnya semakin banyak yang dijual secara timbang atau kilo.

Sebab itu, ia boleh didapati dengan harga jauh lebih murah berbanding jenama terkenal. Pengguna pula sudah tentu memilih sesuatu yang lebih mampu milik, terutamanya pada zaman ekonomi yang sangat mencabar.

Menerusi status Facebook netizen ini, dia mendedahkan kini sememangnya terlalu banyak kosmetik yang dijual secara pukal dalam bentuk timbang atau kilo.

“Kosmetik timbang kilo, cuba check produk yang anda pakai sekarang, adakah ciri-cirinya seperti gambar di bawah, jika ya sila hati-hati..” ujar netizen bernama Norhayati. 

 

Dia berkongsi beberapa gambar krim kecantikan pelbagai jenis warna dan tekstur yang dijual pukal dalam plastik yang pastinya tidak terjamin kebersihan dan juga kualiti.

Bagaikan jualan pasar malam, kosmetik ini dimasukkan dalam plastik dan bekas agar si ‘pengusaha’ atau penjual boleh menukarkannya ke dalam bekas lebih kecil.

Antara krim dan serum yang dijual termasuklah vitamin C, losyen badan sakura, losyen kurus panas, sarang burung, aloe vera dan sebagainya. Memang mengerikan kerana tahap keselamatan pengguna sangat tidak terjamin melalui bahan yang tak tentu asalnya itu.

Berikut merupakan ciri-ciri krim berbahaya, seperti yang dikongsikan seorang blogger di laman Baju Warna Coklat:

Ciri-ciri krim yang berbahaya:

1. Tidak Ada KKM dan sebarang hasil ujian makmal.
2. Warna Krim ala-ala “shining” dan warna terlalu pekat.
3. Tekstur tak rata dan melekit-lekit dan tekstur kadang-kadang terpisah, ada bahagian yang berminyak atau padat dalam satu kemasan.
4. Bau menyengat, bau ala-la logam dan selalunya berbau sangat wangi sebab nak sembunyikan bau logam dan bau pun tajam je.
5. Panas, pedih dan perit semasa pakai produk tersebut. Mula-mula pakai kulit akan menjadi merah-merah dan gatal-gatal.
6. Kulit kemerah-merahan bila kena sinar matahari. Macam udang kena bakar.
7. Kulit putih pucat dan tak nampak semulajadi. Bukan putih kemerah-merahan tapi putih yang terlalu putih, pucat (pucat mayat) dan putih kelabu.
8. Hasil sangat cepat.
9. Kena terus bergantung pakai produk tersebut.

Dalam pada itu, selain menunjukkan rasa risau, netizen lain menerusi laman sosial turut berkongsi pengalaman menggunakan kosmetik jenis timbang kilo.

Kesimpulannya, dalam apa juga produk yang ingin digunakan untuk kecantikan dan juga kesihatan, pilihan yang telah mendapat kelulusan adalah faktor utama.

Jangankan hanya kerana ia murah dan menjadi trending di laman sosial, maka produk itu yang anda rembat tanpa memikirkan faktor keselamatannya.

 

 

Mereka Bukan Pengemis, Mereka #UstazKopi

Tatkala warga kota bingkas bangun daripada lena, seorang pemuda yang bekerja sebagai guru agama memulakan langkah berniaga di pembahagi jalan.


Razin Abdul Rahman, 24, menganggap perniagaannya sebagai perkhidmatan membekalkan sarapan kepada orang ramai sebelum memulakan kerja.

Beliau dan 5 sahabat, 3 daripada mereka rakan sekerja di sekolah agama, membawa sandwich telur dan sardin serta air kopi di sekitar Jalan Subang dan Lebuh Raya Guthrie (GCE). Razin berkata idea berniaga di pembahagi jalan diilhamkan abangnya selepas melihat gelagat pengemis yang menjual tisu dan meminta sedekah.

“Dari situlah idea ini timbul. Apa kata kita jual sesuatu daripada kita meminta-minta,” katanya. Perkhidmatan menjual sarapan ringkas itu digelar UstazKopi, disebabkan 4 daripada mereka bertugas sebagai guru agama sesi petang di sebuah sekolah agama.

“Selepas kami jual, kami ke sekolah mengajar. Kami semua cikgu, mengajar dalam bidang agama. Di sekolah semua panggil kami ustaz dan di situlah kami cetuskan UstazKopi,” katanya.

Bangun awal

 

Razin juga berkata, beliau dan rakan-rakannya akan memulakan perniagaan seawal jam 6.30 pagi pada setiap hari Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.

Malah, sebelum memulakan perniagaan, mereka akan bangun seawal jam 4 pagi menunaikan solat sunat sebelum memulakan persiapan jualan.

“Rahsianya hanya satu sahaja, kita bangun sebelum keluar berniaga, sebelum solat subuh kita buat solat tahajud dahulu.

“Balik sahaja rumah, jangan lupa buat solat sunat dhuha. Ini rahsia kami untuk memurahkan rezeki,” katanya lagi.

Jelas Razin, tidak dinafikan dengan hanya melakukan satu kerja sahaja memang tidak akan cukup, jadi inisiatif untuk menambah sumber pendapatan harus dilakukan.

“Kalau lihat, modal kami pun tinggi, kalau dapat keuntungan, separuh daripanya adalah modal. Sebab itu kita kena buat dua kerja,” katanya.

Rakan Razin, Mohammad Akil Ibrahim, 25, berkata memang sukar bangun seawal jam 4 pagi.

“Mahu atau tidak kena bangun juga. Memang hari pertama, kedua dan ketiga memang susah sikit. Lama-lama, bak kata orang tak perlu pakai jam loceng, 4.30 pagi automatik terus terbangun,” katanya.

Razin dan rakannya kini menjual antara 200 hingga 300 bungkusan sandwich setiap pagi.

Jelas Akil, dengan menjual sandwich ini juga, mereka berpeluang melakukan senaman.

“Biasanya pagi lepas subuh saya akan joging, kalau joging hanya dapat penat. Tetapi ini macam joging juga, dapat tambah hasil dan turut dapat naikkan perniagaan.

“Kami berharap, kalau sesiapa yang lalu jika tidak membeli, berikanlah senyuman kepada kami. Itu pun dah kira okay dan menaikkan semangat kami,” katanya.

Tak Puas Hati Isu “PHD” Azizan Osman, Netizen Hubungi Uni Di UK. Hasilnya?

Wow! Nampaknya isu kelayakan Azizan Osman masih lagi hangat walaupun syarikat beliau telah mengeluarkan kenyataan rasmi semalam. 


Tidak puas hati dengan jawapan dari syarikat Richworks, netizen kemudian mengambil langkah sendiri dengan bertanyakan terus kepada universiti yang disebut dalam kenyataan rasmi itu. Netizen juga sempat memeriksa laman web Gordon University dan hasilnya sangat menarik. 

Sehingga kini tiada kenyataan rasmi dari diri Azizan Osman. Semoga kekacauan ini dapat diselesaikan secara baik. 


Azizan Osman Masih Lagi “Dr”, Kenyataan Rasmi Oleh Syarikat Richworks

Sejak kes kelayakan Azizan Osman mendapat liputan luas di media sosial, akhirnya kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh syarikat beliau sendiri. Sekarang anda boleh nilaikan sendiri kes kelayakan beliau.


KENYATAAN RASMI

PENJELASAN MENGENAI KELAYAKAN DR. AZIZAN OSMAN

Kuala Lumpur, 6 Oktober 2016 – Kami kesal dengan kekeliruan dan kesulitan yang telah timbul berkaitan dengan status kelayakan Dr. Azizan Osman. Dr. Azizan Osman dan semua ahli Kumpulan Syarikat Richworks percaya dengan pendidikan seumur hidup dan pencapaian pengetahuan yang dikongsi dengan begitu bersemangat bersama rakyat Malaysia.

Memandangkan perkembangan baru-baru ini, kami ingin mengambil kesempatan untuk memperjelaskan kemusykilan yang telah timbul dan menyingkirkan apa-apa ketidakpastian.

Dr. Azizan Osman memegang kelulusan Doktor Sains (Metafizik) dari Gordon University, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat sejak 2009.

Sepanjang 4 tahun yang lalu. Dr. Azizan telah memenuhi semua syarat-syarat untuk Doktor Falsafah (Psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom. Konvokesyen beliau di Universiti Hertfordshire dijangka berlangsung dalam masa yang terdekat.

Berkenaan dengan Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Malaya, kami telah dimaklumkan bahawa Dr. Azizan Osman telah malangnya disasarkan dan diperdayakan oleh pihak-pihak yang bukan wakil universiti tersebut. Kami telah pun membuat laporan polis dan perkara ini sedang disiasat.

Semasa proses siasatan dalaman yang kami telah jalankan baru-baru ini, kami telah menjumpai beberapa kelemahan serius berkenaan prosedur-prosedur operasi kami. Malangnya, kelemahan ini telah menyebabkan penggunaan ijazah kedoktoran dari Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur dan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai rujukan kepada Dr. Azizan Osman yang tidak pernah beliau akui.

Sebagai sebuah organisasi, kami amat khuatir dengan keadaan serius ini dan kami telah pun melaksanakan satu pelan komprehensif untuk membetulkan situasi ini dengan kadar yang segera. Kami berkomited terhadap menegakkan integriti organisasi kami dan berdedikasi untuk meningkatkan prosedur kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami.

Pada masa ini, kami ingin menjelaskan bahawa profil media sosial Dr. Azizan Osman yang benar boleh didapati di Facebookwww.facebook.com/azizanosmanofficialpage dan LinkedInwww.linkedin.com/in/drazizanosman. Laman web rasmi syarikat adalahwww.richworks.com.my.

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau aduan mengenai akaun media sosial atau laman web yang berkaitan dengan Dr. Azizan Osman, sila hubungi kami di [email protected]

– TAMAT –


Gadis Cantik Tebar Roti Canai Jadi Viral, Perniagaan Ibunya Kini Makin Laris

Sebut sahaja penebar roti canai, selalunya first impression kita macam mana? Adakah dia: Seorang mamak yang sememangnya begitu sinonim dengan title ‘penebar roti canai’? Seorang brader otai yang memang pro dalam bab tebar-menebar? Ataupun seorang makcik? Ini memang biasa dan ada di kebanyakan kedai. 

Tetapi berbeza dengan sebuah gerai ini di mana penebar roti canainya merupakan seorang gadis belasan tahun yang sungguh ayu dan cantik.


Inilah orangnya. Bila lihatkan pada gambar ini, pasti ramai yang tak percaya gadis ini adalah seorang penebar roti canai di sebuah gerai di Bidor, Perak yang diberi nama ‘Kak Ita Corner’. Tuan empunya badan, Fatin Farhana Mohd Suad yang berusia 17 tahun ini mula viral sejak beberapa hari lepas apabila videonya menebar roti canai mendapat lebih 300,000 tontonan dan lebih 1,200 bilangan shares.
Manakala di Instagram pula, video Fatin menebar mendapat tontonan lebih 22,000! Fatin juga telah mengumpul followers sebanyak 31K. Fatin yang pernah putus asa sebelum ini berkata dia mengambil masa beberapa hari untuk belajar teknik yang betul agar roti yang ditebar menjadi lembut sama seperti yang ditebar ibunya. 
A video posted by Fatin Kecik (@fatin744) on
Perniagaan roti canai ibunya semakin maju dan semakin laris sejak videonya mendapat perhatian ramai. “Kami hanya menumpang berniaga di gerai kawan ibu sebab gerai kami dirobohkan bulan lalu.

“Alhamdulillah, berniaga di gerai baru dapat sambutan apatah lagi selepas gambar dan video saya menebar roti canai ‘viral’,” kata Fatin lagi.

Kawan Zukieee Dedah Kisah Sebenar Zukieee Sailang Awek Member..Terkejut Beb!

Semalam kecoh dan menjadi bualan hangat ramai netizen mengenai peserta Super Spontan Superstar, iaitu zukieee yang dikatakan ‘sailang’ teman wanita ‘kawan baik’ sendiri, betul tak? 


Ramai yang mengkritik zukieee kaw-kaw sampaikan laman sosial Instagram miliknya pun diserang netizen dan dilempar dengan komen-komen ‘pedas’ susulan kontroversi tersebut..

Belum reda dengan kontroversi panas semalam, hari ini timbul pulak seorang kawan zukieee yang dikenali sebagai Suhail telah membongkarkan kisah sebenar yang berlaku..