Lelaki Ini Bawa Buku Palsu Untuk Lihat Reaksi Orang Awam. Epik!

Pepatah orang putih ada berkata “don’t judge a book by it’s cover”. Bagaimana pula kalau kulit buku itu sangat pelik dan jelik? Bagi seorang komedian Scott Rogowsky telah membuat satu eksperimen sosial untuk melihat reaksi orang awam apabila melihat tajuk-tajuk buku yang boleh dikategorikan sebagai pelik dan kelakar. Sudah tentu kulit buku ini adalah palsu dan hanya direka-reka. 


Macam mana Scott boleh buat muka serius adalah kerana beliau sebenarnya sedang membaca autobiografi mengenai Madeleine Albright. Scott menambah antara buku yang mendapat reaksi yang paling banyak ialah Gay Garfield dan 10,000 Dick Pics.

Jom tonton video penuh dan lihat reaksi orang awam yang tersenyum simpul. LOL!

Kanak-kanak Melintas Jalan Melulu : Salah Siapa?

Seorang pemandu berjaya merakamkan visual seorang kanak-kanak dilanggar melalui kamera yang dipasang di kenderaannya.


Berdasarkan maklumat yang dikongsi di Facebook Friends of PDRM, kejadian berlaku di Permatang Pauh, Seberang Prai.

Di penghujung rakaman yang dimuat naik, ia menunjukkan mangsa yang secara tiba-tiba melintas jalan.

Rempuhan kuat menyebabkan kanak-kanak malang itu terpelanting dan berdasarkan status yang dikongsi, ia tidak menyatakan nasibnya.

ā€œVideo kanak-kanak dilanggar kerana melintas secara melulu. Siapa tak kuat semangat jangan tekan PLAY ya..Adakah pemandu kereta ni juga patut dipersalahkan? Mohon ibu bapa penjaga pastikan anak-anak anda selamat. Jangan biarkan mereka bermain dan melintas sendiri,ā€ tulis penggendali Friends of PDRM.



Video: Muhyiddin kata Najib akui RM2.6b dalam akaunnya

Sebuah video yang memaparkan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa wang jutaan ringgit disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini mula tersebar.


Video berkenaan dirakamkan ketika beberapa pengunjung menziarahi Muhyiddin di kediamannya di Bukut Damansara, Kuala Lumpur, malam semalam.

Berikut adalah video rakaman tersebut dari KiniTV: 


Aksi Pemandu Malaysia Dirakam DashCam

Rakyat Malaysia terkenal dengan sikap sopan santun dan mesra. Tetapi semua itu berubah apabila kita memasuki kenderaan masing-masing. Ya, memang kita terkenal dengan kemahiran memandu secara ‘berhemah’. 

Ramai pemandu di Malaysia mesti dan pernah berkata ‘bawak kereta macam pelesit’ bukan? Ada juga yang memotong ikut kira dan terus menyelit ke lane paling kanan sekali. Ada jugak pemandu yang suka buat ‘last minute decision’. Simpang dah dekat baru terhegeh-hegeh nak menyelit. Mujurlah kalau orang belakang sempat brake. 
Mengikut peraturan, laluan kecemasan memang tak boleh digunakan. Tapi mungkin sebab ungkapan ‘rules are made to be broken’ tersangatlah popular, maka ramailah pemandu yang ingin menyahut cabaran. Tidak kurang jugak yang memandu bertentangan arus. Selagi boleh guna shortcutlah katakan. 
Dan yang paling epic sekali ialah dengan selamba je berhentikan kereta di lorong paling kanan untuk turunkan penumpang. Tak tahu nak cakap apa. Pemandu Malaysia memang pentingkan diri sendiri bukan? Anda nilaikan sendiri. 

Video Bongkah Batu Hampir Langgar Kereta

Penggunaan dash cam semakin mendapat perhatian. Ianya seakan satu keperluan pada masa ini sama ada di Russia ataupun di negara Asia untuk merakam kemalangan, pembuli jalanraya dan pelbagai insiden lagi. Namun seorang pemandu di Taiwan tidak menyangka dengan apa yang berjaya dirakam oleh alat tersebut yang dipasang dalam kereta beliau. 
Dalam video berkenaan, sebuah kereta berwarna putih sedang memandu dalam ribut hujan di daerah Keelung, utara Taiwan. Tanpa diduga, tanah dan batu mula dari bukit bersebelahan telah jatuh ke atas jalan. Apa yang amat menakutkan ialah sebongkah batu besar turut jatuh dari bukit tersebut dan hampir mengenai kenderaan putih tersebut. 
Agaknya apa akan terjadi jika bongkah batu besar itu bergolek sedikit ke hadapan dan mungkin kereta putih itu akan menjadi mangsa.

Aksi Berani Mati Remaja Itali

Video Remaja Itali ‘Stuntman’ Sebenarnya Palsu


Seorang remaja Itali membuak aksi berani mati dengan membaringkan diri di atas landasan keretapi sementara sebuah keretapi laju melintas di atas beliau. Adakah ianya betul atau palsu? 



Dalam video Youtube yang berdurasi selama 26 saat itu menunjukkan keberanian seorang remaja Itali yang membaringkan diri dan ketika sebuah keretapi melintas. Video yang menjadi viral di media sosial itu namun telah dipastikan sebagai palsu. 


Dalam gambar diatas menunjukkan kaki remaja itu ‘hilang’ beberapa saat sebelum keretapi melintas diatas beliau. Dengan menggunakan kesan khas seperti Hollywood remaja tersebut meng’edit’ video berkenaan. Untuk pengetahuan umum, perisian kesan khas seperti HitFilm membolehkan pengguna perisian tersebut menggunakan kesan khas seperti dalam filem Hollywood. 

Jika anda belum pernah lihat video ini, sila saksikan video berkenaan di bawah. 

Adakah anda seorang yang jujur?

Adakah anda seorang yang jujur?


Jika anda menjumpai sebuah beg yang dipenuhi dengan hadiah dan bunga yang ditinggalkan dalam tren apakah yang anda akan buat? Apakah reaksi anda? Adakah anda akan ambil atau anda akan pulangkan kembali barang tersebut?


Dalam satu video youtube yang dimuat naik pada 7 October lalu, sejumlah 100 beg kertas berisi hadiah dan bunga ditinggalkan dalam sebuah tren. 


Beg tersebut dilengkapi dengan GPS dan tren tersebut dipasang dengan CCTV, tida semua tren di Seoul mempunyai CCTV. 

Rakaman CCTV menunjukkan penumpang yang terlihat dan mengambil beg tersebut kemudian tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan beg tersebut. 
Dari 100 beg yang ditinggalkan dalam tren tersebut, hanya 6 beg tidak diambil apabila tren tersebut tiba di destinasi terakhir tren itu. 
Tetapi apa yang terjadi pada keesokan harinya adalah paling penting. Lihat video dibawah apakah kesudahan eksperimen sosial ini. 

DBKL dan Peniaga Jalanan Bergaduh

Peniaga dan Penguatkuasa DBKL bergaduh

Rakaman antara peniaga & penguatkuasa DBKL petang tadi jelas menunjukkan peniaga terlebih dahulu mengasari anggota DBKL.
Kejadian seperti ini boleh dielakkan jika DBKL menggunakan budi bicara dengan mengarahkan peniaga terbabit menyimpan segala kelengkapan perniagaan dalam tempoh yang ditetapkan & jika masih berdegil cukuplah sekadar mengeluarkan saman.

Dalam bahasa mudah faham tak salah bagi muka kepada peniaga kecil yang untung tak banyak mana pun.

Kepada anggota DBKL yang maha hebat apa kata kita pergi ambush premis judi yang tumbuh bak cendawan di Lembah Klang.

Sorotan Konsert Minggu Pertama AF2014

Sorotan Konsert Minggu 1 AF 2014

Sorotan Konsert Minggu 1 AF 2014. Tiada penyingkiran untuk minggu 1. Kejutan yang diterima ialah Jihan ‘disingkir’ dari mengacara Konsert AF 2014 dan digantikan oleh Faisal Ismail atau FBI.