Hala Tuju Negara Melalui Mata Marina Mahathir

8 Mesej Penting Tentang Hala Tuju Negara Di Mata Marina Mahathir

Pada 18 Disember 2014, satu kumpulan rakyat Malaysia menulis surat terbuka dengan judul #KamiJuga25 bagi memperjuangkan perpaduan kaum serta menjaga kepentingan dan kehormatan bersama.

Datin Paduka Marina Mahathir memberi pendapatnya tentang isu kebangkitan rakyat di negara. Berikut adalah lapan perkara penting yang rakyat Malaysia perlu tahu mengikut pandangan beliau. 
1. “Ada kalanya kita memang memerlukan seseorang untuk mengetuai sesuatu gerakan. Ia benar-benar memberi inspirasi dan harapan kepada ramai orang.

2. “Zaman sekarang, rakyat tidak lagi takut untuk menyuarakan pendapat. Jadi, ruang untuk bersuara perlu sentiasa dikembangkan, bukan dihadkan. Kita tidak boleh lagi berada di takuk lama.”

3. “Pemimpin seharusnya bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah. Apa yang rakyat lakukan setiap hari ialah berjuang. Tetapi apa gunanya berjuang sekiranya tiada jalan penyelesaian?”
4. “Sebelum ini, kita pernah menjadi normal dan sederhana. Saya rasa apa yang kita mahukan sekarang ialah untuk kembali ke keadaan normal dan berkelakuan seperti manusia biasa di mana kita melayani satu sama lain dengan penuh rasa hormat.”
5. “Ketua Polis Negara berkata jika anda menghina polis, mereka akan mendakwa anda di bawah Akta Hasutan, tetapi perkara-perkara sebegitu sebenarnya tidak termaktub pun dalam Akta Hasutan.”
6. “Kita masih mempunyai peluang untuk menyuarakan sesuatu, kita bernasib baik kita berada pada tahap ini.Kita juga masih mempunyai masa dan peluang untuk berfikir dengan jelas tentang strategi supaya kita tidak menjadi seperti Mesir dan Tunisia.
7. “Negara Arab mungkin mempunyai banyak wang dan hasil minyak yang besar. Tetapi saya tak faham kenapa kita perlu memandang tinggi kepada mereka. Lihat sahaja pada kadar celik huruf di kebanyakan negara Arab. Mereka adalah lebih teruk daripada Malaysia.
8. “Sekurang-kurangnya sekarang, rakyat sudah bangun dari tidur. Apa yang mereka lakukan adalah meletakkan batu bata. Ia seperti banjir, anda meletakkan batu bata untuk memperlahankannya.Dan itulah yang kita perlu lakukan. Teruskan meletak batu bata seperti itu.”