Cara Simpan RM27,600 Selama 3 Tahun Untuk Kahwin

Bagi yang ingin merancang untuk berkahwin, apa kata praktikkan tips dari Amir Syahir. Dalam masa 3 tahun anda sudah cukup duit untuk berkahwin. Jika ada kemahuan di situ ada “hiway”. Eh!

Sapa tak nak kahwin kan. Kau hari-hari duk layan drama TV3 mesti teringin nak buat majlis kahwin yang gah, gempak dan ada kek setinggi menara.

Jangan begitu anak muda. Perkara penting dalam perkahwinan tu bila kau dah bergelar suami isteri. Perancangan lepas kahwin tu lagi penting. Ada yang ambil pinjaman peribadi RM30K untuk buat majlis kahwin ni. Alangkah ruginya. Nak bina hidup baharu tapi dah buat hutang. Pinjam RM30K habis dalam masa seminggu je.

Apa kau boleh buat;

Cara 1: Menyimpan Sendiri

Ya betul. Menyimpan. Kau graduan universiti gaji RM2000, dan masih bujang kalau tak mampu menyimpan RM300 sebulan memang kau dalam masalah pengurusan kewangan.

Katakan simpan RM300. Setahun dah RM3600. Dan jika kau rancang nak kahwin 3 tahun kau ada RM10,800.

RM10,800? Hantaran pun dah RM10,000. Nak buat belanja kahwin lagi takkan RM800 je??

Okay di sini kau bincang dengan bakal isteri / suami kau. Kata tulang rusuk kiri, tak boleh hidup tanpa awak bagai. Kongsi simpan RM300 sorang. Jadi lepas 3 tahun kau dah ada RM21,600. RM10,800 kau punya simpanan, RM10,800 bakal suami /isteri kau.

Terang baik-baik pada dia. Hutang untuk kahwin ni akan menyusahkan kau berdua juga nanti.

Senang bukan? Asasnya menyimpan. Kau bujang ikat perut sikit. Hidup biar dibawah kemampuan. Kurangkan belanja bukan-bukan.

Cara 2:
i. Kau buat ASB Financing RM50K. Bulanan RM300 bagi tempoh pinjaman 30 tahun dan kadar faedah bank 5.2%.

ii. Katakan dividen tahunan 7.25%. Dapat dividen simpan. Jangan guna langsung. Biarkan dividen dalam tu.

iii. Bayar ansuran bulanan RM300 guna gaji sendiri selama 3 tahun.
Lepas 3 tahun kau terminate, kau akan dapat;
Dividen kompounding: RM11,600
Pulangan prinsipal: RM2200
Jumlah kasar: RM13,800

Dan kalau kau bekerjasama dengan bakal jodoh kau, kau akan dapat RM27,600 (RM13,800 X dua orang).

Tak cukup lagi? Up lagi. Buat ASB Financing RM100K. Bulanan RM600. 

Berapa dapat lepas 3 tahun tu kira la sendiri. Kata nak buat majlis mewah, kena la simpan banyak sikit. Kakaka.

Alah, buat ASB Financing pun pinjaman jugak. Kau kena faham ASB Financing ni bukan hempok RM50K atas kepala kau. Kau langsung tak terbeban macam pinjaman peribadi.

Selain itu melalui pembiayaan ASB ni kau akan dapat;
i. Rekod CCRIS yang cun 
ii. Deposit rumah jika ada lebihan
iii. Deposit kereta jika ada lebihan 
iv. Lebihan tunai
v. Kebolehpercayaan pihak bank

Aku hanya kongsi idea, kau kena faham konsep je. Berapa jumlah, berapa lama tu kau kena bincang dengan bakal pasangan. Pelan dan tindakan tak sama. Tapi kau tahu cara, sudah bagus.

Sekali kau ambil pinjaman peribadi. Skor pemarkahan untuk pembiayaan perumahan jadi tak cun dah.

Banyak lagi caranya, seperti beli rumah bawah nilai semasa dan sebagainya. Asalkan jangan buat pinjaman peribadi untuk majlis perkahwinan. Buat biasa-biasa pun tak jadi masalah.
Kau tu bercinta dari zaman universiti lagi, lepas 5 tahun dah kerja, takkan la tak nak fikir tabung kahwin. Susah kalau otak kau sudah di-set-kan nak kahwin je, kena guna pinjaman peribadi. Ubah cara fikir kau. Kah!
***
Penafian:
1. Jangan jadi pembaris. Kalau kau mampu simpan RM200, buat pelan sendiri mengikut kemampuan ekonomi kau. Ini sebagai panduan sahaja. Kalau mampu simpan RM600 buat pelan lain. Konsep dia masih sama.
2. Andaikan dividen ASB 7.25% sepanjang tempoh 3 tahun tersebut.

Mana Satu Yang Utama, Kahwin Atau Beli Rumah?


Banyak benda yang perlu anda fikirkan sebelum mendirikan rumah tangga. Termasuklah nak beli rumah dulu ke, nak kahwin dulu. Yelah, rumah makin lama makin mahal, tak tahu nak menyimpan untuk kahwin atau beli rumah.

Mana satu yang patut diutamakan. Kahwin dulu atau beli je rumah dulu? Meh baca ni:

BUAT SIMPANAN BERSAMA


MULA MENYIMPAN DARI MASA BUJANG LAGI


BELILAH RUMAH JIKA ADA PELUANG

Tips Simpan Duit Untuk Beli Rumah

Tips Menyimpan Duit Untuk Beli Rumah


Memilik rumah merupakan impian setiap manusia untuk menyediakan satu tempat untuk berlindung bagi keluarga. Namun, harga rumah yang agak tinggi hampir membuatkan impian tersebut cuma satu impian yang tidak tahu bila akan tercapai. Tapi mungkin dengan tips menyimpan duit untuk beli rumah ini anda (termasuk saya) bolehlah berusaha ke arah rumah impian anda. Hanya perlu ada disiplin dan semangat!!


1. Buat satu Tabung Rumah Impian


2. Lebih hebat jika kita boleh buat potongan RM500 sebulan jika bujang

3. Jika dah kawin suami RM250 dan isteri RM250


4. Supaya lebih disiplin dan konsisten isi borang arahan tetap simpanan Tabung Haji atau ASB


5. Setahun kita telah ada RM6000 simpanan


6. Setelah 3 tahun simpanan tersebut akan jadi RM18 000 sahaja


7. Jika kita ada bonus atau tutup Astro kita boleh tambah lagi RM2000. Jumlah terkumpul RM20000


8. Ishh…geramnya rasa macam nak beli kereta baru (jangan jadi dungu)


9. Sasaran kita rumah yang harga RM150 000


10. Rumah kecil dan sederhana saja, lebih baik dari menyewa


11. Bayaran deposit sekitar RM15000 (10%). Baki yang ada bayar lawyer, duti setem, jurunilai dan sebagainya


12. Duit tak cukup KWSP akauan 2 ada. Amacam? Ada berani?


13. Oh lupa, semak rumah subsale di mudah.my

14. Jangan beli rumah dari pemaju, tengok harga dah bebulu

15. Jika berilmu deposit itu boleh dapat rendah dari jumlah itu

Cara Memakai Skirt Labuh

Cara Memakai Skirt Labuh

Perasan atau tidak ramai gadis sekarang ini gemar memakai skirt labuh? Kalau dulu di Malaysia pemakaian skirt labuh agak jarang penggunaannya.

Mungkin salah satu sebab kerana rasa janggal atau malu kerana takut akan komen rakan yang seperti memerli pemakaian skirt labuh. Pasti ketika pertama kali anda memakai skirt akan kedengaran ungkapan “Fuyoo! Pakai skirt ni kau nak pergi mana?” 
Namun, seiring dengan perkembangan semasa fesyen, pemakaian skirt nampaknya semakin mendapat perhatian bagi golongan muslimah yang ingin berfesyen dan tampak anggun. 
Pemakaian skirt labuh kini lebih terbuka dan tidak terhad kepada mana-mana tahap umur. Tetapi, apabila membuat keputusan untuk memakai skirt labuh bagi yang ingin mencuba buat pertama kali pasti tidak tahu untuk menyesuaikan pakaian itu bersama skirt labuh dan kena dengan umur serta tempat yang ingin kita tuju. 
Di sini beberapa tip akan kami kongsi dan contoh cadangan padanan skirt bagi mereka yang ingin mencuba memakai skirt labuh.


Padankan dengan T-shirt, blouse mahupun chiffon (top) bersama skirt. Tak kisah samada anda ingin tight in atau tight out baju. Kedua-dua gaya ini memang kemas & comel.


Boleh juga melengkapkan pemakaian skirt labuh dengan memakai cardigan atau jaket. 


Gabungkan warna-warna yang ceria mengikut tempat & acara agar penampilan kelihatan tendy & sweet.

Skirt labuh bercorak flora berwarna pastel, berpotongan kembang, dipadankan dengan blouse kosong mampu mmbuatkan pemakai kelihatan anggun.

Sekiranya uols nak menggayakan skirt labuh ke pejabat, pilih skirt corak kosong dengan warna-warna pastel dan juga warna gelap seperti hitam, coklat mahupun biru. Sesuaikan blouse, kemeja mahupun blazer. Baru tampak profesional. Ingat, elakkan skirt yang beropol ke pejabat.


Untuk penampilan yang sopan dan muslimah, pakailah blouse menutupi pinggul dan skirt labuh yang longgar 🙂 
Seterusnya, uols lengkapkan penampilan dengan shawl mahupun tudung bawal. Untuk menambah keanggunan anda boleh memakai kasut wedges bersama skirt kerana ianya amat cantik serta bergaya. 

Tips Untuk Online Shopping

Tips Online Shopping Yang Selamat



Pengguna di Malaysia dilihat semakin terdedah dan ‘berani’ dengan pembelian dalam talian, yang merangkumi pelbagai jenis barangan.

Sebagai pengguna, anda perlu tahu cara untuk melindungi diri daripada pelbagai penipuan sekaligus meningkatkan sekuriti bagi membolehkan pembelian dalam talian anda berjalan dengan lancar. Perkara asas yang perlu anda miliki ialah berkenaan perisian sekuriti serta pelayar dan sistem operasi yang sentiasa dikemas kini, dari masa ke semasa.

Bagi tujuan tersebut, 10 tip ini anda perlu tahu untuk perlindungan semasa membuat online shopping. 

1. Penggunaan antimalware


Setiap peranti yang digunakan untuk melakukan pembelian dalam talian perlu dilengkapi dengan pelindungan antimalware. Ini bagi mengelakkan setiap transaksi yang berlaku tidak dirakam oleh pihak ketiga.

2. Laman web yang sah


Periksa kesahihan laman web yang anda sedang layari, atau laman sosial yang ingin anda melakukan urusan. Ada kes yang mana penjual cuba mencipta laman web palsu bagi ‘mengarahkan’ pengguna untuk melakukan pembelian palsu.

3. Lindungi maklumat peribadi


Maklumat peribadi anda ialah aset yang paling penting dan perlu untuk dilindungi. Jangan dedahkan terlalu banyak maklumat peribadi bagi mengurangkan risiko anda menjadi mangsa kepada penipuan dalam talian.

4. Pilihan pembayaran yang selamat

Guna kad kredit berbanding pembayaran debit. Ini bagi meminimumkan sebarang kesan jika berlakukan gejala ingin ditipu oleh penjual. Anda dapat melakukan pemantauan caj pengeluaran yang lebih berkesan.

5. Pengesahan penjual


Pengguna perlu meneliti kesahihan pihak yang menjalankan urusan beli belah dalam talian dengan anda, samada individu atau perseorangan. Ini untuk mengelakkan penipuan.

6. Simpan penyata tranksasi


Urusan pembelian perlu memiliki penyata transaksi yang sah, merangkumi semua aspek. Setiap pembayaran, penerimaan atau pun transaksi perlu memiliki dokumentasi dan perlu disimpan untuk sebarang urusan kelak.

7. Sekuriti laman


Jika ingin membeli-belah di laman-laman web biasa, perhatikan kepada penyulitan Secure Sockets Layer (SSL) yang dipasang pada laman tersebut. Ini dapat dikesan di alamat URL, jika ia memiliki alamat yang bermula dengan HTTPS:// (biasanya hanya HTTP://), ia ternyata selamat. Kebanyakan laman web dalam talian akan ‘memaksa’ anda untuk mendaftar akaun sendiri sebelum melakukan sebarang transasksi barangan. Jadi, pastikan setiap kata laluan yang digunakan kukuh serta sukar untuk dicerobohi.

8. Berhati-hati dengan tawaran


Tawaran potongan harga yang sangat mustahil jika dinilai dengan logik akal patut diberikan lebih penelitian. Berbanding harga pasaran, tawaran ini boleh menjadi api dalam sekam jika tidak dinilai dengan teliti terlebih dahulu.

9. Polisi laman


Anda perlu mengkaji polisi laman web pembelian dalam talian terutamanya berkaitan dasar pengembalian barangan. Laman web yang berkredibiliti akan memiliki Polisi Peribadi sendiri untuk memberikan perlindungan sekuriti pada penguna.

10. Testimoni


Jika anda ingin membeli secara dalam talian melalui Facebook, serta laman web yang membolehkan komen daripada pembeli sebelumnya, anda perlu semak komen pengguna atau testimoni terlebih dahulu.