Lelaki Ditahan Polis Gara-gara Hina Kerabat Johor

Polis semalam, menahan seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai membuat kenyataan jelik terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Menurut BH Online, kejadian berlaku di Bayan Baru, Pulau Pinang, malam tadi di mana lelaki itu dipercayai membuat kenyataan jelik berkenaan menerusi laman web forum.lowyat.net.
Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata suspek ditahan pada jam kira-kira 8.45 malam selepas sebuah laporan diterima pada Isnin lalu berhubung penyalahgunaan laman web dengan menghina Kerabat Johor yang boleh meggugat keharmonian dan kesejahteraan negara.
“Suspek ditahan di Pejabat Komersil Balai Polis Bayan Baru dengan kerjasama anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang. 
 
“Polis juga merampas sekeping sim kad dan sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan suspek bagi membuat kenyataan jelik terhadap Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor,” katanya kepada BH Online.
Kes disiasat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sekiranya disabitkan kesalahan mengikut seksyen itu, suspek boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Pemuda Ini Sepak Kuali Minyak Panas Akibatnya Bayi Tidak Berdosa Jadi Mangsa

Nafsu amarah kadang-kadang membawa kepada perkara yang hanya akan menyusahkan orang lain. Begitulah terjadi kepada seorang bayi yang tidak berdosa akibat kemarahan seorang pemuda yang terkena minyak panas di kedai makan. 

Menurut laporan polis yang dibuat oleh bapa mangsa, salah seorang pekerjanya yang sedang memasak secara tidak sengaja tertumpahkan minyak masak yang panas lalu terkena pada kaki suspek. Pemilik itu kemudian memohon maaf di atas perkara tersebut, namun suspek terus beredar dari gerai tersebut sebelum kembali semula membawa dua lagi rakannya.
“Tiba-tiba datang dua lelaki yang tidak dikenali menyerang dan menumbuk badan saya. Salah seorang daripada mereka secara tidak sengaja tersepak kuali minyak panas lalu terkena pada saya, isteri dan anak. 
“Akibat dari pergaduhan itu, saya mengalami kecederaan melecur di kaki dan isteri saya melecur di badan serta anak saya juga melecur seluruh badan,” katanya. 
Adik Nor Arisha Jannah yang berumur 1 tahun 3 bulan melecur sluruh badan akibat perbuatan manusia yang tak berhati perut. Adik Nor Arisha sedang kritikal dan dirawat di ICU KHL.

Suspek dipercayai berasal dari Semporna, Sabah dan pernah bekerja di restoran makanan segera McDonalds di Ampang Point. Gambar mangsa dan suspek kini viral di media sosial. 





Netizen Doa Penyampai Berita TV3 Masuk Neraka, Patutkah?

Seperti sudah tiada pedoman, netizen hari ini semakin melampaui batas apabila lantang mengeji dan menjatuhkan hukum ke atas manusia lain. Lebih biadap apabila mereka sanggup mendoakan kecelakaan seseorang sehingga mendoakan saudara sesama Islam masuk ke Neraka.
Itulah kejadian menimpa pembaca berita TV3, Izwan Azir Salleh, apabila mendapat kecaman teruk daripada netizen yang menyifatkan kerjayanya sebagai suatu dosa. Difahamkan, selaran yang dilemparkan netizen itu adalah kerana mereka tidak berpuas hati dengan laporan Bersih 5 yang disifatkan hambar oleh Buletin Utama TV3 itu.
Malah, ada juga netizen yang menyifatkan pendapatan diterimanya adalah haram. Dalam masa sama, tidak semua netizen bersetuju dengan kritikan berkenaan, tetapi sebaliknya membela Izwan daripada terus dikecam netizen yang menurut mereka, Izwan hanya menjalankan tugas diberi.
Di zaman akhir zaman ini, tidak semua manusia terlepas dari melakukan dosa. Kalau betul sekalipun tohmahan netizen terhadap Izwan Azir, bagaimana pula dengan netizen yang sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum kepadanya? 
Ada baiknya berhenti daripada mencari ‘dosa’ dan aib orang lain. Sebaliknya, perbaikilah diri sendiri. Baca sendiri komen-komen netizen dibawah ini.




“Ikan Busuk Ini Untuk Anak, Bukan Kucing”

Gugur air mata, sebak rasa di dada bila mengenangkan betapa mewah dan bertuahnya hidup kita yang cukup makan dan pakai sedangkan di luar sana ramai lagi yang masih serba kekurangan. 


Ramai yang tidak bersyukur dengan nikmat yang telah dilimpahkan oleh-Nya namun perkongsian dari seorang pengguna Facebook yang bernama Hazaruddin Abdullah (Azhar) ini mungkin bakal membuatkan diri berasa insaf.
Petang itu, dia pergi ke sebuah pelantar ikan bersama keluarga dan si isteri meminta dibelikan udang segar harganya RM70 untuk dua kilo. Di sebelah mereka ada seorang pakcik yang di sebelahnya ikan yang agak berbau dipanggil ikan baja. 
Si anak yang melihat pakcik bekenaan bayar RM2 untuk ikan itu bertanya, “Pakcik hendak bagi makan kucing ke? Ikan tu tak berapa elok, anjing kebun ayah pun tak nak makan, berbau.”
Orang tua itu terus menggosok kepala anak kecik itu sambil berkata, “Anak bertuah, ayah anak orang kaya. Boleh beli udang besar, ikan elok. Pakcik anak ramai, sekarang pakcik tak toreh getah lagi, tak larat, ikan ini bau sikit saja. Pakcik bukan beli untuk kucing. Pakcik beli untuk keluarga pakcik”.
Sejurus pakcik itu menjelaskannya, si ayah tergamam lalu cepat-cepat meminta maaf dan orang di sekeliling pelantar terdiam. Anak kecil yang tidak mengerti terus menangis. “Iqram minta maaf ayah, Iqram ingat pakcik hendak bagi kucing.” Lalu Hazaruddin terus belikan ketam dan udang buat pakcik tersebut yang pada mulanya keberatan untuk menerimanya.
Malam itu selepas balik, isteri Hazaruddin masak ikan stim dan udang goreng dan pada ketika itu air matanya berderai. “Emak makan apa dekat kampung malam ini?” Hari ini dia terkenang sewaktu kecil dulu di mana ibunya juga mengutip ikan yang tidak sesuai dibuat keropok dalam tong ikan untk dijadikan santapan mereka sekeluarga.
Rata-rata netizen yang membaca tentang kisah ini terkesan dengannya dan meluahkan rasa sedih mereka. Pada zaman serba canggih dan moden ini masih lagi ada insan yang menjalani hidup penderitaan dan kepayahan hidup seumpama ini.

Merintih sedih dalam jiwa tatkala mendengar kisah yang benar berlaku di dunia realiti seperti ini. Bagaimana pula yang korang rasakan?

Bayar Beribu-ribu, Namun Benarkah Terapi ‘Mencuci Darah’ Hanyalah Satu Penipuan?

Rawatan ‘mencuci darah’ yang dikenali dengan nama terapi Ozone kini semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat yang pentingkan kesihatan. Meskipun perlu mengeluarkan bajet yang agak tinggi, namun atas kesedaran terhadap kesihatan mereka ini dilihat tanpa ragu-ragu membuat rawatan tersebut. 


Satu perkembangan yang baik, untuk jangka masa panjang kan! Namun, seorang netizen telah mendedahkan penipuan dan juga perkara sebenar yang didapati daripada melakukan rawatan mencuci darah tersebut. 
“Kita tengok artis buat kita buat. Itu masalah orang kita, ikut tanpa buat research. Percaya bulat-bulat. Pendapat saya banyak buruk dari baik.”
Anda boleh melihat sendiri penerangan yang diberikan. Katanya, sumber kajian didapati daripada laman Psuedoscience Watch


Buat anda yang tidak pernah mendengarnya, laman tersebut biasanya mendedahkan banyak penipuan yang dilakukan oleh pengusaha tempatan khususnya dalam memasarkan produk mereka dengan terma-terma saintifik.
Sebagai pengguna, seharusnya kita mengkaji terlebih dahulu keberkesanan sesuatu rawatan terutama ia bukan datang daripada pihak pakar di hospital. Tak salah keluarkan duit untuk kesihatan, namun lebih baik memilih jalan yang sewajarnya daripada menjadi sia-sia sahaja. 
Namun, bagi anda yang masih mahu melakukan terapi ‘mencuci darah’ ini tiada siapa yang melarang. Mungkin banyak juga testimoni yang berjaya sebelum ini kan. Tepuk dada tanya selera.

Apa Yang Dilakukan Oleh Lelaki Ini Menyentuh Hati Netizen

Sememangnya rakyat Malaysia sangat baik hati. Sebuah video yang viral di laman Twitter yang di muat naik oleh @ynrazak telah menyentuh hati setiap netizen. 
Mengikut kisah dari wanita tersebut singgah sebentar di Shell Ampang dan budak tersebut telah menunggu disitu. Teman lelaki wanita tersebut kemudian menyuruh budak tersebut untuk tunggu sebentar sementara beliau masuk ke kedai serbaneka tanpa mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya.

Rata-rata netizen memuji sikap lelaki tersebut dan sedih melihat keadaan remaja lelaki tersebut. Video tersebut yang viral di laman Facebook dan hampir ditonton sebanyak 800,000 kali. 

“Allahuakbar, berlinang sekejap. Sebak pagi-pagi tengok video ini. Manusia yang mulia hati budinya. Semoga Allah memberkati lelaki itu dan keluarganya,” kata netizen.

“Ayahku Seorang Security Guard Dan Berkorban Untuk Aku Masuk Uni”

Mungkin bagi sesetengah orang, konvokesyen hanya dianggap sebagai sebuah majlis keraian bagi mahasiswa yang telah tamat pengajian di universiti. Namun, bagi sesetengah individu, konvokesyen dianggap begitu penting sekali dan merupakan detik sekali seumur hidup yang tidak boleh dilepaskan. 

Inilah masanya untuk ibu bapa dengan bangganya menyaksikan anak mereka naik ke pentas untuk menerima segulung ijazah, hasil daripada penat lelah dan usaha selama bertahun-tahun sepanjang melanjutkan pelajaran di universiti. 

Seorang graduan UTP, Nizam Mustapha melalui Instagram menceritakan sebuah kisah sebak di mana ibu bapanya sanggup bersusah payah membiayai pelajarannya selama ini walaupun hidup susah. Sediakan tisu bebanyak…
My family’s background bukanlah drpd golongan berharta & berduit. Since I was kid, hidup hujung bulan beras habis, ataupun kasut @ baju sekolah pakai sampai lusuh sbb tak mampu nak beli baru. Teringin nak join pengawas or librarian, tp letak tepi ja hasrat tu sbb tak cukup nak beli uniform baru. 
Even when I received my offer letter to pursue my studies in UTP, fikir banyak kali sampai gaduh dgn Abah sbb last minute buat decision masuk UTP instead of IIUM. Some even asking my mum either our family capable enough to pay my fees in private university. Kekadang Mak sanggup tebalkan muka meminjam semata untuk anak..
When I was in Foundation 2nd Semester, I need to pay almost RM5,000 to pass and take my examination slip. I need to pay by at least 50%. Cuba bayangkan dalam masa dua minggu, Aban kena cari RM2,500. Masa tu Abah suruh extend satu lagi semester sebab tak mampu nak bayar.



Masa tu jugak, Mak ada tanya some of her siblings nak pinjam RM2,500, my sister also ada tanya her boss if she can borrow RM2,000. Deep down saya stress sangat waktu tu, sedih tengok Mak mintak duit sana sini.

So as a conclusion, I ada mintak tolong my friend, her name is Alia Shahrudin. Abah dia sanggup bagi pinjam duit dia dulu. Jujurnya, I rasa malu gila sebab terpaksa pinjam daripada kawan.
Masa join UTP dulu pun waktu orientation ada berborak dengan senior, even senior tu pun terkejut mcm mana seorang Security Guard boleh decide utk anak dia sambung study dekat private university. Ada jugak gtau abah benda ni, tp Abah rilex ja, katanya selagi dia mampu, jgn fikir pasal duit..
Saya tak pernah kisah pun nak masuk UTP, sebab saya tahu UTP tu universiti swasta dan yurannya mahal. Tapi Abah tetap suruh saya apply. Alhamdulillah, saya dapat panggilan dari UTP. Sebelum masuk, saya kena pergi interview dulu. Masa tu Abah sanggup sewa kereta dan dan hantar saya ke Tronoh pada pukul 12 malam.

Selepas interview pada pagi tersebut, kami terus pulang ke rumah. Abah tak mampu nak sewa bilik hotel. Abah suruh saya masuk UTP sebab katanya UTP ni bagus, dan bukan semua orang boleh masuk.


Tapi pada masa yang sama, saya dapat tawaran dari UIAM. Ikutkan hati, saya memang nak masuk UTP, tapi disebabkan duit, saya cakap kat Abah yang saya nak masuk UIAM. Bergaduh juga saya dengan Abah waktu tu. Abah cakap jangan risau pasal duit sebab dia mampu nak tanggung segala kos saya di UTP.
Tapi saya tahu Abah mesti akan struggle nak cari duit sebab sejak kecil pun, saya nak masuk sekolah pun susah, inikan pula private university. Nak tahu apa Abah buat? Abah ada ambil pinjaman bank sebab nak renovate rumah, but you know what, he gave me half of the money untuk saya bayar yuran di UTP.

Saya masih ingat lagi macam mana orang kecam Mak saya. Sampai ada yang cakap “Ada harta ke nak gadai untuk tanggung yuran kat UTP tu?”
Last Sunday during my convocation, after i received my scroll, Mak text aku tanya: “Abang nak bunga ke? Mak dah tanya dah tp RM 100, Mak tak mampu Bang”. Sebak sungguh bila Mak masih lagi fikir nak belikan bunga during my convocation. That moment when both of your Abah & Mak berjaya tanggung kau sampai ke Menara Gading..
To all students out there, either you’re rich or sebaliknya, make both of your parent proud of you. Dont you even try to flip around during your student life, strive as you can. Tak semua mampu berada dgn apa yg kita ada skrg, so be grateful and ingat abah & mak So i dedicated this Degree to Mak & Abah

Jamal “Baju Merah” Ditumbuk Ketika Cuba Rempuh Polis

Pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos berdarah pada hidungnya selepas dia didakwa diserang dan ditumbuk dalam kejadian di Ampang pada Ahad.
Kejadian berlaku ketika Jamal bersama pengikutnya mengekori Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang sedang mempromosikan perhimpunan BERSIH5 di pusat beli-belah Ampang Point.
Sejurus kemudian berlaku pergelutan dan ketika itulah muka Jamal didakwa ditumbuk pihak tidak diketahui.

Dalam video itu Jamal dilihat menjerit “Polis tumbuk saya!” berkali-kali. Akan tetapi ketika ditemui media selepas itu Jamal berkata seorang daripada “budak Zuraida” telah memukulnya.

Lelaki Ugut Hantar Santau Jika Tidak Ikut Kehendak Nafsu

Seorang lelaki muda sanggup mengugut mahu menyihir seorang gadis jika kemahuannya tidak dituruti.


Lelaki yang menggunakan nama Man Eni Tan di laman Facebook sebelum itu telah meminta mangsa, Bear Bear, melayani nafsunya.

Mangsa pada awalnya berpura-pura melayani lelaki terbabit yang menyuruhnya masuk ke dalam bilik dan dipercayai meminta gambar bogelnya.

Namun, mangsa yang juga pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) enggan berbuat demikian, menyebabkan lelaki itu mula berang dan mengugut mahu menyihirnya dengan bantuan seorang dukun.

“Awak tunggu, saya santau awak malam ini. Dukun itu dah dapat gambar awak. Nanti kira berapa ekor ulat bulu dalam perut awak.

“Saya dah minta bagus-bagus, layan saya dan tunjukkan pada saya apa yang saya nak dalam (Facebook Messenger) ini sahaja. Habis layan saya, saya padam akan padam kesemuanya dan cakap awak nak apa dan saya akan pos ke alamat rumah awak.

“Tetapi awak menolak dan memerli saya. Awak tunggu,” katanya.
Mangsa bagaimanapun tidak takut dengan ancaman lelaki itu, lalu memuat naik beberapa gambar perbualan mereka di laman Facebooknya sebagai peringatan kepada netizen khususnya kaum hawa agar berhati-hati dengan lelaki berkenaan.

“Subhanallah, jahilnya seorang lelaki ini menggunakan dukun untuk mengugut saya untuk melayani kehendak seksnya. Hidup dan mati hanya Allah yang tentukan. Hati-hati dengan lelaki ini ya bagi kaum hawa,” katanya.
Sementara itu netizen juga menasihatkan agar mangsa membuang segala gambar selfienya di laman Facebook dan tidak lagi memuat naik gambar-gambar seumpama itu bagi tujuan keselamatan diri.

“Itulah, lain kali jangan upload gambar kita. Senang-senang saja orang nak buat benda syirik ini dengan gambar kita. Tetapi kaum hawa ini nak juga upload konon-konon cantik bagai. Bila dah kena, mulalah takut,” kata Radin Nor Izham.

Meskipun ugutan Man Eni Tan itu nampak tidak realistik, selain nampak kesanggapan yang melampau serta kebudak-budakkan, kaum hawa perlu berhati-hati bagi menghindari perkara yang tidak diingini berlaku.


Wanita Ini Kongsi Pengalaman Melucukan Kahwin Ketika Belajar

Kahwin muda macam dah jadi ‘trend’ pula sekarang ini, dan pastinya ada di kalangan kawan-kawan kita ada yang masih belajar lagi sudah pun mendirikan rumah tangga.
Banyak antara kita yang memang mempunyai impian untuk segera berkahwin dengan cinta hati masing-masing bila melihat kebahagian yang dipamerkan pasangan muda ini. Dalam hati mesti terdetik, “Wah, seronoknya dapat buat segala-galanya berdua”, kan?
Namun, perkongsian dari seorang wanita yang menggunakan nama sebagai Imanabdulrahim di Instagram ini mampu mengubah persepsi anda dan angan-angan mahu mendirikan rumah tangga ketika masih menuntut di universiti.
Paling kelakar bila dia menyenaraikan benda yang tidak seronok tentang berkahwin ketika masih belajar.

Pertama, dia kena buat “assignment” dua kali ganda, termasuk “assignment” suaminya sekali. Biasalah, dalam rumah tangga mestilah memerlukan kerjasama dan saling tolong-menolong.
Seterusnya, wanita ini merasakan dia kena selalu bersaing dengan suami untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang dari pasangannya. Perkara ini sebenarnya boleh menjadi sesuatu yang positif kerana ia merupakan sebuah persaingan yang sihat untuk lebih berusaha memajukan diri sendiri.
Tambahnya lagi, masing-masing perlu berkorban dan berjaga malam untuk menemani pasangan melengkapkan projek tahun akhir mereka. Lagi kelakar, bila wanita ini terpaksa pergi juga ke dalam kampus walaupun kelasnya batal untuk menjemput suami pulang dari kelas.
Kena jadi pembantu peribadi dalam memastikan suaminya tidak tertinggal barang-barang seperti buku nota, bekas pensel, slip peperiksaan dan lain-lain lagi. Iman kata lagi yang dia dan suami tidak boleh berpegangan tangan dan bermesra di dalam kampus sebab kena ‘cover’, takut orang kata berlebih-lebih pula.
Apa yang paling melucukan bila Iman meluahkan yang, “Bila bergaduh, suami lagi suka pergi belajar, sebab katanya belajar lagi senang dari pujuk isteri.” Antara komen dari rakan-rakan yang mengucapkan tahniah dan menyukai kapsyen tentang rumah tangga yang ditulisnya. 


Macam-macam ragam dapat dilihat dari pasangan muda yang sudah berkahwin. Apa-apa pun pasti ada manis dan pahitnya dalam perjalanan dalam alam rumah tangga.
Yang penting, kena saling bertolak ansur dan jadilah suami atau isteri yang sentiasa memahami pasangannya, okay?