Kisah Dua Beranak Mampu Makan Nasi Putih Dan Kuah Kosong

Agak sedih bila baca kisah dua beranak ini. Bantulah sesama kita dan ingatlah jika diri ini rasa susah, masih lagi ada yang susah dari kita. Bersyukurlah. Kisah ini dipetik dari Info Ibu Hamil

Ni citer beberapa hari lepas masa cod barang, saya singgah di sebuah warung makan sebab anak saya ni dah menjerit2 dahaga nak minum air. Masa duduk dalam warung tu saya perasan ada seorang lelaki tua dengan sorang budak lelaki sebaya umur anak saya mungkin dalam 4 tahun gitu.


Lelaki tu nampak selekeh sangat , kaki tangan hitam berminyak , baju seluar kasut lusuh mungkin orang susah so nampak uzur je. Budak lelaki tu pun kurus sangat, nampak terketar2 mungkin lapar sangat agaknya.

Saya perhati je dua beranak tu, si ayah pegang pinggan berisi nasi putih bersama anak kehulu kehilir depan lauk2 atas tray makanan. Dua beranak tu memang menarik perhatian semua orang dalam kedai tu, tak kurang juga ada yang pandang sinis seolah2 geli tengok mereka yang kotor. Astaghfirullah.

Hati ni dah rasa semacam, air saya dah lama habis tapi masih melekat bontot saya nak duduk kat situ, leka saya duk perhati ayah lama berdiri depan lauk tapi tak jugak ambil2 lauknya. Anak pula duk tunjuk2 lauk sotong. Mungkin nak makan sotong agaknya.

Last2 si ayah ni ambik kuah je. Nasi putih dengan kuah kosong, jangankan lauk sotong, satu ketul lauk dia tak ambil pun, takde lauk langsung. Anak ni diam je tak cakap apapun bila ayah dia suruh duduk makan nasi kosong dengan kuah semata2.

Masa tu Allah je tahu camana perasaan saya bila tengok dua beranak tu makan nasi putih sepinggan dengan kuah kosong. Air memang takde. Lagi sedih si ayah ni tak jamah pun, duduk sebelah je tengok si anak ni makan. Ayahnya cuma kutip nasi yang tumpah tepi pinggan anak je suap ke mulut sendiri. Sayu hati tengok.

Ya Allah..

Time tu jugak mengalir air mata saya, sebaknya tak payah cakap la. Susahnya hidup mereka. Kita rasa hidup kita dah susah, rupanya ada lagi orang yang lebih susah dari kita.

Sedih tengok dua beranak tu, saya pun ke kaunter minta pembantu kedai letakkan nasi sepinggan dengan lauk2 sekali. Adalah sikit sotong, ikan bakar , sayur, telur mata dengan lauk lain. Kemudian saya minta pembantu kedai tu hantar nasi tu ke meja 2 beranak tadi.

Mulanya lelaki tu nampak terkejut, saya dengar dia kata tak nak sebab takde duit nak bayar , tapi pembantu kedai tu kata, ambil laa ada orang belanja. Si anak ni panjang leher2 duk tengokk je nasi penuh lauk, tapi sikit pun tak merengek kat ayah mintak nak makan. Last2 ayah tu amik jugak nasi tu.

Saya dah berjalan menuju ke kereta, dalam kereta saya perhati lagi 2 beranak tu dari jauh. Terkejut saya, bila tengok lelaki tu menangis. Kepala dia tunduk je ke meja. Tangan duk kesat2 air mata, sesekali dia gosok cium kepala anak yang tengah makan nasi tadi.

Ya Allah lagi la sebak dada tengok lelaki tu menangis sambil peluk anak dia. Bagi saya air mata lelaki kalau gugur membasahi pipi adalah air mata yang sangat2 jujur.

Bayangkan..

Sampai anak saya tanya, mama kenapa mama nangis, ayyad tak naughty lagi, soryy mama.
Saya terus peluk kedua2 anak saya sambil menangis.

Sedih,

Bersyukurla dengan apa yang kita ada sebab bukan semua orang dapat rasa nikmat kesenangan. Kita susah, ingat.. ada lagi insan lain yang jauh lebih susah dari kita. Semoga Allah memelihara kedua beranak itu.

Mangsa Langgar Lari Perlukan Bantuan Perubatan RM5,000

Seorang lelaki dan anaknya berusia tiga tahun cedera parah dalam kejadian langgar lari di Ulu Tiram pada malam semalam.


Facebook Daily Traffic Report (DTR) melaporkan, dalam kejadian yang berlaku di Pasir Gudang itu, mangsa, Nirman, cedera teruk di bahagian muka dan badan, manakala anaknya, Nazireul Asraf, cedera di kepala dan calar di bahagian tangan kanan.

Kedua-dua mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail.

Menurut DTR, mangsa yang bukan berasal dari keluarga berada itu perlu menanggung kos rawatan dan perbelanjaan pesakit sebanyak RM5,000.

“Dua anak beranak ini memerlukan deposit sebanyak RM3,000 untuk membuat pembedahan. Kos keseluruhan pula adalah sebanyak RM4,000 dan belum termasuk pembayaran bil semasa di hospital.

“Jumlah keseluruhan setakat ini yang perlu ditanggung keluarga mangsa adalah sebanyak RM5,000. Kami mengharapkan bantuan dari anda semua,” kata DTR.
Bagi mereka yang ingin membantu, bolehlah menghubungi Mohd Noor di talian 010-7780480 untuk pertanyaan lanjut.


“Saya benci suami saya! Saya benci perempuan tu!”

Tawar. Saya cakap dekat suami. Abg buat la apa abg nak. Suami diam. Pegang tangan saya..dan bawa saya balik. Dia tak nak cerai kan saya. Dia sayang saya. 


Tapi kalau sayang kenapa curang???? Balik rumah tu, saya meroyan teruk. Perempuan tu hantar gambar mereka bercuti,berpeluk. Saya yang lemah iman ni. Rasa mcm nak mati je dah.

Saya benci suami saya! Saya benci perempuan tu! 

Dipendekkan cerita. Perempuan tu sebenarnya xpernah mengandung atau gugur pun. Dia tipu saja untuk buat suami saya stay dengan dia. Dan saya yang bencikan suami saya ni. yg mengandung masa tu.

Dan sebenci² sy dkt suami sy pun.. Sy bagi dia peluang. Namun tak mudah.

Setiap malam sy menangis..sy merayu dkt Allah.untuk beri sy kekuatan. Kerana memang telah hancur binasa hati ini.

Dan setiap malam suami sy peluk kaki sy.menangis merayu memaafkan dia.

Sy dah maafkan. Cuma sy tak boleh lupa.

Dan sepanjang tempoh sy mengandung tu..dia jaga sy. Urut blkng sy ketika sy muntah. Picit kaki sy yg sakit. Belikn makanan yg sy nk makan. Peluk dan lap air mata sy bila sy menangis. Bagi sy tumbuk dia bila sy marah. 

Alhamdulillah anak kami pun dah berumur setahun dah sekarang. Sy berjaya memaafkan dan melupakan kesalahan dia. Suami sy seorang suami yg baik. 

Baik bukan bermakna tak pernah melakukan kesalahan. Lelaki hanya manusia biasa. Baik macam mana pun buat salah juga. Usaha dia untuk mencuri hati sy semula membuahkan hasil. Alhamdulillah sekarang kami bahagia sangat2.

Allah anugerahkan kami anak yg menjadi kekuatan kami berdua. Org luar yg tgk kami semua cakap “Cemburu lah korang ni bahagia betul..best kalau jadi korang ni tau.” Sy senyum je. Dalam hati..ko tak tau apa aku dh lalu.huhu.

Apa2 pun. Semoga kita semua dilindungi dari perosak2 hubungan yg memang suka mencari peluang ni. Dan hargai lah pasangan masing2. Isteri. Hargai lah suamimu yg bekerja keras untukmu. Suami. Hargai lah isterimu yg sanggup meninggalkan keluarga untuk berkahwin denganmu.

sumber: KRT

Staf HR Ini Dedah Realiti Gelagat Pemohon Kerja Yang Mengejutkan

Aku bekerja sebagai HR di sebuah company, tak lama mana pun (hanya 3-4 tahun je baru).


Sedih dengan gelagat sesetengah manusia yang mohon kerja nowadays, dengan ekonomi yang agak bermasalah sekarang. Pada aku, SESETENGAH golongan yang memilih ni betul-betul membawa masalah. Aku list kan. 

1. Resume / CV
  • Tak complete. Kau letak je kerja mana, tahun 2016 (dari bulan mana sampai mana??). Bulan 11 pun tak wujud lagi dalam 2016 ni, nak aku assume sampai bulan mana??
  • kau tak brief betul-betul “job description” . contoh :kau letak as a Sales Marketing, then JD kau letak seketul je which is “doing sales”. Oiiii!! Kau ingat sales ni buat HR ka apa?
  • worst part yang aku paling tak boleh terima, kau letak gamba selfie sambal duck smile. Itu ke delete items aku tahu tak?sebelum hiring manager yang masuk delete items diorang, aku tolong amal jariah diorang sikit.
  • first impression comes from your CV guys. Walaupun nampak remeh, tapi hiring manager ni la tapis bab-bab ni. Kalau yang remeh tu pun kau perlekehkan, macam mana kau nak buat task yang besar? Faham? Dekat sini la mana-mana hiring manager yang ada extra 6th sense tu buat kerja diorang. Dari CV anda wahai pencari kerja.

2. Benefits / faedah

Let say CV kau ok semua. GREAT!!TAHNIAH aku ucapkan. We are welcome you here!! Tapi…masa kau sign offer letter, semua ok… bile aku terang kan part by part…OK!!PAHAM!! Lepas tu… datang lah kau dekat HR in private bertanyakan soalan yang mungkin kau dah susun dalam otak 2 hari sebelum kau bertemu HR which are:
  • Takde parking allowance ke? Oiii…kau ni bertuah betul …dah aku terangkan awal-awal masa ko sign offer letter.
  • Takde entertainment allowance ke? Lagi sekali oiiii!!! Kau kerja IT nak entertainment mana??? Apa kau ingat kau jumpa client kahkahkah??
Kau ni baca ke tak masa kau sign offer letter? Ke kau main taram sign je? See, surat pun kau main sign je apatah lagi surat-surat yang maha dasyat punye terms.

3. Resign

Yang ni lagi serabut aku fikir, yang boleh menaikkan darah tinggi aku naik mendadak. 2 hari kerja dah nak resign dengan alasan, “im not suitable for this” OR “ini bukan life saya”.

Ayat yang memang mohon surat berhenti kerja tu ku lemparkan ke muka mu wahai pekerja. Baru 2 hari kau duduk kat sini….2 hari oiiiii….apa yang kau expect dua hari??? 

Orang baru masuk 2 hari tu…tengah baca SOP yang bersimpang – siur berselirat bagai tu. Yang paling aku geram, kau Missing in Action (MIA)…ohoi!!!kau ingat kau MIA dapat gaji… sila mimpi sampai ke bintang…

Pesan aku, kau kerja untuk build experience..untuk bina portfolio kau..untuk orang-orang atasan mahupun orang luar nampak keupayaan kau walaupun jerit-perih kau tu kadang tak dihargai pun. 

Untuk kau bina portfolio kau, ini lah yang perlu di telan…yang di maki-hamun, yang gaji kau complaint tak setaraf dengan usaha keras kau. Ini lah yang kau wajib telan untuk jadikan experience pada masa depan. Aku sendiri merangkak lagi. 

Bukan tak boleh memilih, tapi dengan ekonomi sekarang, apa pilihan kau ada?? Aku sendiri usahakan mana-mana CV yang aku boleh tolong, tapi kau sendiri tak datang interview lepas aku call. Macam mana??

Usahlah kau di momokkan dengan drama-drama acah2 CEO tu…meja diorang tu kosong…DUSTA semata…kau tengok meja aku aku dan officemate lain ataupun si pekerja di office mana-mana pun..berlambak files..proposal tunggu turn nak aku kerjakan…even meja MD tu pun bertimbun files nak tunggu approve!!

Wake up wahai si pencari kerja.

sumber: IIUM Confession

“Aku Menyesal Ceraikan Isteri Aku Dulu Sebab Perempuan Cantik Itu”

“Dengar cerita, kau nak kahwin. Betul ke?” soal seorang lelaki berusia 40-an kepada pemuda itu. 

“A’ah pakcik, tengah cuba adjust tapi belum dapat lagi,” jawabnya. 


“Aku nak nasihatkan kau beberapa perkara. Kau ingat apa yang aku nak cakap ini,” katanya sambil menghirup kopi panasnya.

“Okay kejap, nak tulis,” lalu dikeluarkan segala pen dan kertas.
“Di waktu kau tengah bujang ini, kau rasa tak ada perempuan nak pada kau. Yang kau nak, semuanya sudah berpunya,” sesekali berpaling ke arah pasangan yang sedang menikmati sarapan pagi mereka di gerai yang sama.

“A’ah, betul bang. Semuanya dah kena kebas lebih awal. Yang single pula asyik reject saya saja,” keluh pemuda itu. 

“Tetapi bila kau dah berkahwin nanti, kau akan dapat lihat rupa-rupanya ramai lagi perempuan yang masih bujang dan kau akan terfikir kenapalah tak jumpa mereka lebih awal. Itu semua ujian dalam rumahtangga. Kau akan nampak ramai gadis putih melepak, ramai janda cun melecun dan kau akan nampak isteri kau selekeh di rumah,” jelasnya. 

“Err…? Kenapa jadi camtu bang?” soal pemuda itu lagi.

“Sebab gadis-gadis dan janda-janda itu kuat bersolek. Mereka sanggup habiskan duit agar nampak cantik. Isteri di rumah pula, bermacam-macam kerja yang dia buat. Dia basuh boxer kau, cuci lantai, memasak, siram pokok bunga, basuh berak anak bagai. Mana tak selekeh jadinya? 

“Kau pula kedekut nak belikan alat solek untuk dia. Padahal sebelum dia kahwin dengan kau, dia ratu kebaya di kampung,” katanya. 

“Jadi, apa yang saya perlu buat agar saya mampu menghadapi ujian-ujian ini?” soal pemuda itu. 

“Tundukkan pandangan. Segalanya bermula dari mata. Dari mata, turun ke nafsu. Kalau kau boleh mengawal mata kau, nafsu kau, inshaAllah rumahtangga kau akan selamat,” nasihatnya pakcik yang sudah punyai pengalaman itu. 

“Terima kasih pakcik,” angguk si pemuda faham benar dengan maksudnya.
“Aku cakap dengan kau ni bukan apa. Aku tak nak apa yang berlaku pada aku, berlaku pula pada kau,” teringat kembali kisah silam.

“Apa yang berlaku?” dia perbetulkan kedudukannya, menanti si tua itu membuka kisah yang mungkin menarik di halwa telinganya. 

“Akhirnya aku ceraikan isteri aku dan kahwin dengan perempuan cantik itu. Selepas dapat anak dengan isteri baru ini, aku lihat dia semakin selekeh. Tak seperti mula-mula berkahwin dulu. Langsung tak sama seperti gambar dirinya yang dimuat naik di laman Instagram,” terbit rasa kesal di wajahnya.

“Bekas isteri pakcik macam mana?” soal pemuda itu.
“Selepas dia menjadi janda, dia bersolek sakan. Banyak kali aku terserempak dengan dia. Lawa bukan main, menyesal pula aku menceraikan dia dahulu,” perit hati bila terkenang kisah lalu. 

“Kenapa pakcik tak rujuk balik dengan dia?” soalnya lagi. 

“Dia dah kahwin lain. Lelaki dia yang baru pandai menjaga dia. Setiap tiga bulan bawa keluar masturat. Setiap minggu bawa pergi taklim. Rumah mereka hidup dengan amalan yang soleh,” katanya.
sumber: KRT

Lelaki Ini Tergamam Dengan Tindakan Pemandu Kereta Ini

Bila kali terakhir kita berbuat baik kepada orang yang kita tak kenal? Sebernanya bukanlah susah pun nak buat baik sesama kita. Samalah apa yang terjadi kepada Naqib Nadhir Shamsuri yang dikongsikan di Facebooknya sejak semalam mendapat perhatian dunia netizen. 


Ketika beliau sedang berjalan kaki dalam keadaan hujan lebat sebuah kereta berhenti dan menghalang laluannya. Agak pelik dan hampir nak memarahi pemandu tersebut tiba-tiba seorang wanita menghulurkan payung kepadanya. Tanpa sempat untuk mengucapkan terima kasih wanita tersebut berlalu pergi. 

Samalah macam kisah Naqib Nadhir Shamsuri yang dikongsikan di Facebooknya semalam, ketika sedang berjalan kaki dalam keadaan hujan lebat untuk pulang ke pejabat, secara tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapan dan menghalang perjalanannya. Timbul sedikit rasa marah dan pelik, buat apa orang nak turunkan tingkap dalam keadaan hujan lebat tanpa sebab kan? Rupa-rupanya pemandu wanita tersebut mahu menghulurkan payung kepadanya.

Naqib menambah dalam statusnya, payung itu akan disimpan di dalam keretanya untuk diberikan kepada orang lain yang terkandas dalam hujan. Baca kisah beliau yang mendapat lebih 2 ribu perkongsian ini.

Satu kebaikan yang kecil boleh memberi impak yang sangat besar dan positif ke atas kehidupan orang lain tidak kira apa jua yang anda lakukan. Nampak tak?
Diharap dengan perkongsian Naqib Nadhir Shamsuri ini dapat membuka hati kita untuk menjadi seseorang yang lebih prihatin.

Sikap Penting Lelaki Berkahwin Yang Gagal Diamalkan

Alam perkahwinan sememangnya indah. Namun, asam garam kehidupan berumah tangga amatlah mencabar setiap pasangan. Kami ingin kongsikan satu kisah khas dari Khalid Pattali buat para suami dalam menempuh alam perkahwinan agar kekal hingga ke akhir hayat. Jangan lupa kongsikan kisah ini buat insan tersayang! 

Ini adalah tahun ketiga aku menetap di Turki. Sudah bermacam-macam orang aku pernah bawa berjalan di sini. Tapi aku baru perasan satu perkara yang aku rasa menarik untuk dikongsi.

Selalu juga aku dapat pelanggan/peserta trip yang berjaya dalam hidup, kaya & mempunyai pengaruh dalam masyarakat. Mereka ini bermusafir dari jauh untuk bercuti di Turki. Kebiasaannya paling sedikit, 3 hari aku akan bersama-sama mereka.

Saidina Umar pernah mengajarkan jika hendak mengenali seseorang kita hendaklah bermusafir dengan orang itu. Kerana bermusafir ini memerlukan seseorang itu meninggalkan zon selesanya. Berada dalam keadaan zon tidak selesa selalunya kita boleh melihat karakter sebenar seseorang.

BERSIKAP BAIK / LEMBUT TERHADAP IBU & ISTERI SENDIRI.

Itulah karakter yang aku selalu lihat ada pada pelanggan-pelanggan aku yang aku kira sebagai seorang berjaya, kaya atau mempunyai jawatan baik dalam kerjaya atau masyarakat.

Walaupun pangkat mereka besar seperti GM Petronas, pengarah syarikat, Dato’ tetapi apabila bercakap dengan ibu atau isteri sendiri, mereka amat berlembut. Tidak pernah lagi aku bawa orang-orang besar yang bersikap kasar dengan ibu atau isteri mereka.

Ada yang isterinya agak cerewet tetapi sang suami tetap bersikap tenang dan menurut sahaja kehendak isteri.

Itulah juga sikap abah aku sepanjang 32 tahun aku hidup tidak pernah aku tengok abah berlaku kasar terhadap mak aku malah bergaduh mulut pernah sekali sahaja aku lihat sewaktu kecil dahulu.

Abah aku ini hanya imam kampung biasa, pencen kerja kerani gaji terakhir tidak lebih RM1,500 tetapi dicukupkan rezeki dari segala hal.

Mungkin berkat kesabaran dan kelembutan melayan ibu dan isteri menambah pintu-pimtu rezeki untuk suami.

Namun realitinya, bagi aku sendiri bukan mudah nak jadi suami yang baik dan penyabar. Mungkin lebih mudah nak meratakan gunung dari menjadi suami yang baik. Perjalanan menjadi suami atau isteri sumpah sangat panjang.

Pada adik-adik yang belum berkahwin jangan mudah terpedaya dengan post-post manis bergula dari orang yang baru berkahwin setahun dua. Tips-tips kahwin yang bajet-bajet ‘deep’ bajet ‘islamik’ dari pasangan yang baru berkawin di instagram tu bolehlah diabaikan.

Percayalah mereka masih lagi di fasa menanam tebu di tepi bibir.

Kuali Tidak Berfungsi Macam Dalam Iklan TV

Baru baru ini terbaca kisah Paksu Hj Saad yang membeli kuali berharga RM359 jenama Coocan buatan Korea. Beliau membeli kuali tersebut setelah melihat iklan Wowshop di TV9 namun ianya tidak berfungsi seperti di dalam televisyen. 
 
Perkara yang sama turut berlaku kepada Alyieen Awek yang telah membeli set kuali buatan Korea yang juga tidak berfungsi sama seperti apa yang diiklankan. Status wanita tersebut telah menjadi viral sehingga dikongsi lebih 3,000 pengguna Facebook. 
Ternyata aku pn kne tipuu huawaaa!! Termakan dek iklan media shop di TV2, aku pun mmbeli Set Pro Diamond Frying Pan Set dgn harge RM279 krana goreng telur tanpa minyak, tanpa melekat dikuali…adoiii…apakah??? Nk niage or lariskn brg, xperlu la menipu…

“Janji Hanya Tinggal Janji”

Anak yang istimewa, Ainaa Amanda Shahzali, menerima perhatian warga Malaysia. Beliau yang petah berkata-kata, bercerita kepada ibunya tentang pengalaman hari pertama persekolahan di darjah satu di Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh Tobiar Pendang, Kedah. Dalam 3 minit sahaja, beliau telah menyentuh hati ramai rakyat Malaysia. Satu perkongsian terbaru dari fanpage Ainaa Amanda Ghazali amat menyentuh hati. 

Wallahi tiada niat nak jatuhkan sesiapa…cuma nak curahkan sesuatu terpendam selama ini…

Amanda pernah dijanji n janji tinggal janji….. dulu depa ajak p Ipoh…. kata nak bg tangan 3D yg pakai bateri .(note: amanda dah dpt sebelum tu tgn mekanikal tp x byk leh fungsi)….siap panggil reporter… tp…sudahnya majlis tak bg bg juga..asik.tanya lah si kecik, ni..maklumlah.nak cuba tangan baru yg lebih canggih…waktu tu.muka amanda n muqri penuh poster di booth depa laa buat promosi….sampai kini dah bertahun x nampak nampak…janji tinggal janji…

Yelah x de black n white..semua leh guna air liur jer…Tak apalah…hak org…kita nak wat camna..cuma ralat sebab berjanji pd budak…Kami.balik dr Ipoh dgn perasaan hampa. Sesen pun kami x minta duit perjalanan walhal ada peruntukan disitu…ada sponsor dr org…kita ingatkan org tlg kita dgn ikhlas…tak perlulah nk berkira…

Pastu..kawan Amanda pula ..Muqri…lepas sehari sehari tunggu..dah setahun…tangan yg dijanji bayang pun x nmpk..dunia ooh dunia… penderma pun terang terang dah bayar depa…siap panggil press keluar di paper lagi…hmmm… mungkin nak jadikan anak anak istimewa ini stepping stone utk dikenali.. Semoga yg menderma sumbangan berhati hatilah lepas ni. .kesianlah anak kami…populariti n keistimewaan mereka diguna org utk meraih nama..

Siapa kita utk menidakkan rezeki Allah tetapi hati hatilah rezeki yg dpt tu…. apa ada perjanjian disebaliknya?…apa ada hak org diantaranya??…
Maafkan saya yg khilaf…

Gerai Peniaga Melayu PPR Wahyu Bakal Roboh

Peniaga Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wahyu yang berdepan dengan risiko gerai mereka dirobohkan turut dibelenggu dengan masalah bebanan hutang. Seramai lapan peniaga berdepan dengan masalah ini selepas menerima notis daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuala Lumpur untuk mengosongkan tapak perniagaan mereka awal Mac lalu.


Perkara ini berlaku susulan memberi ruang kepada projek pembangunan di kawasan berdekatan PPR Wahyu sejak akhir tahun lalu. Peniaga, Johra Gulam Hussain, 51, mula berniaga sejak 2004 bagi menampung perbelanjaan keluarga dan meminjam daripada Amanah Ikthiar Malaysia (AIM), Tekun dan Koperasi untuk memajukan premis perniagaannya.

Menurutnya, setiap bulan dia harus membayar semula pinjaman RM3,400 sebulan dan sekiranya gerainya dirobohkan, perniagaanya akan terjejas. “Saya bukan daripada keluarga yang ‘senang’ dan perniagan ini adalah sumber pendapatan utama keluarga saya.


“Saya berharap pihak berkuasa bersimpati dengan nasib kami kerana sekiranya dirobohkan, di mana kami mahu mencari wang bagi membayar pinjaman yang dibuat,” katanya. Johra berkata, pinjaman tersebut dibuat sejak awal berniaga dan ada di antaranya akan tamat dalam tempoh tiga tahun lagi.

Zaiton Dollah, 55, merupakan seorang ibu tunggal kepada enam orang anak berkata, dia sudah berniaga sejak 11 tahun lalu. Menurutnya, bagi membina perniagaanya, dia membuat pinjaman dengan AIM sebanyak RM10 ribu dan perlu dibayar setiap minggu.

“Kami minta pihak berkuasa untuk menangguhkan tindakan mereka untuk meroboh gerai sebelum projek memindahkan gerai ke kawasan yang lebih sesuai dibuat nanti,” katanya.


Sementara itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya bersedia berbincang dengan PTG dan DBKL untuk berbincang masalah ini.

Menurutnya, dalam perlembangaan Malaysia fasal 153 ada mengatakan mengenai hak keistimewaan orang Melayu dan jabatan kerajaan perlu peka dengan perkara ini. “Peniaga Melayu boleh mendapatkan lesen dengan bersyarat dan jabatan kerajaan dilihat kurang menggunakan hak keistimewaan ini kepada orang Melayu.

“Kami akan membawa perkara ini kepada Perdana Menteri supaya hak keistimewaan orang Melayu diguanakn dengan sebaiknya,” katanya.