Tolong Jangan Parking Ikut Suka Hati

Akibat Parking Ikut Suka Hati, Jalan Sesak Susahkan Pengguna Lain

Seperti mana yang kita tahu, esok kita seluruh rakyat Malaysia akan menyambut hari Malaysia. Tetapi ada satu pekara yang ingin diketengahkan adalah tabiat orang Malaysia kita, tidak kira sama ada bangsa Melayu, China, India dan lain-lain. Tabiatnya ialah parking sesuka hati tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain.

Tabiat ini telah lama diperhatikan, dimana-mana sahaja boleh belaku, sangat mementingkan diri sendiri. Tabiat parking ditepi jalan begini boleh dilihat dikawasan-kawasan kedai makan, warung tepi jalan, pusat ramalan nombor ekor, pasar malam/tani, uptown/downtown dan lain-lain. 

Seperti gambar dibawah terdapat dua MPV yang meletakakan kenderaan di dua belah jalan, salah satu kereta itu betul telah menghalang jalan, dan menyebabkan 3 biji bas dan deretan kereta dan motor teperangkap.
Pemandu bus rapid tersebut terpaksa turun dan lihat samaada jalan itu boleh lepas atau tidak, cermin sisi MPV tersebut turut dilipat namun masih tidak muat untuk sebuah bas melaluinya.