Penagih Dadah Direbus Untuk Pulih Ketagihan

Masalah penyalahgunaan dadah sebenarnya adalah masalah sejagat dan sebagai sebuah rantau yang dikatakan banyak menerima perubahan serta pembangunan, rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia turut mengalami pelbagai gejala sosial. 
Penyalahgunaan dadah terutamanya dalam kalangan remaja amat membimbangkan dan ia berkait rapat dengan bermacam penyakit sosial seperti pelacuran, lepak, dan perjudian. Perkara inilah yang banyak menggugat dan memudaratkan keadaan sesebuah negara sama ada dalam bidang ekonomi, sosio-budaya, politik mahupun keselamatan.

Masalah ketagihan dadah sukar untuk dipulihkan sama seperti ketagihan rokok, arak dan menonton rancangan lawak tempatan yang tidak berapa lucu. Di Malaysia kita mempunyai pusat SERENTI yang cuba merawat penyalahgunaan dadah.

Ada juga pusat PENGASIH yang melakukan servis yang sama. Rawatan dilakukan dengan kombinasi rawatan moden dan kerohanian iaitu mendalami ilmu agama. Selain itu ada juga yang merawat masalah ketagihan ini dengan cara membaca surah-surah yang diberi oleh pusat rawatan Islam. 

Di Purbalinga, Jawa Tengah terdapat satu teknik pemulihan ketagihan dadah yang unik dan juga aneh. Rawatan ini dilakukan di Pondok Pesantren YPI Nurul Ichsan Al Islamianeh kerana penagih direbus hidup-hidup sebagai cara melakukan detoksifikasi. Proses merebus ini dilakukan selepas maghrib setiap hari selama 25 minit. 

Air herba khas dicambur dengan air doa yang dibacakan oleh guru pesantren digunakan. Selepas “masak” mereka dilarang dari mandi sehingglah tubuh berpeluh. Segala kotoron badan dan sisa dadah dikatakan akan keluar melalui peluh paska rebusan. Penagih heroin akan mengeluarkan peluh bewarna keputihan manakala penagih ganja mengeluarkan peluh bewaran kemerahan.

Penagih yang menerima rawatan di pondok pesantren ini juga diberi bimbingan agama selama 40 hari sebelum dibenarkan peluang. Menurut jurucakap Pondok Pesantren YPI Nurul Ichsan Al Islami , mereka telah menggunakan teknik ini untuk merawat penagih sejak 2007 dan majoriti penagih berjaya dipulihkan. 

Mungkin kaedah alternatif ini akan berkesan dalam memulihkan penagih dadah tegar supaya tidak kembali ke kancah penagihan dadah dan cuba memperbaiki kesilapan mereka yang lalu. 


Kereta Mewah Ini Tersadai, Anda Pasti Terkejut Kenapa

Emiriah Arab Bersatu atau UAE merupakan salah satu negara yang terkaya di Timur Tengah. Walaupun ekonomi dunia sekarang ini menghadapi krisis kewangan dan juga kejatuhan harga minyak, ekonomi negara tersebut masih lagi kukuh. Namun, seperti negara maju yang lain, UAE juga mempunyai masalah yang perlu dihadapi oleh mereka. Masalah ini termasuklah soal jurang antara miskin dan kaya, kos sara hidup sehinggalah masalah yang agak pelik. 

Antara masalah yang dihadapi UAE, terutamanya di Dubai adalah sejumlah kereta mewah yang sering ditinggalkan di tempat letak kereta lapangan terbang itu. Mengapakah ada orang yang sanggup meninggalkan sebuah kereta mewah yang masih berkeadaan elok? Alasannya mungkin agak munasabah apabila difikirkan kembali. 

Ini adalah pemandangan biasa apabila sekiranya anda berjalan di sekitar tempat letak kereta lapangan terbang di negara ini. 

Kereta yang telah lama ditinggalkan sehingga berhabuk, hanya memenuhkan tempat letak kereta. Bukan sahaja kereta jenis BMW dan Mercedes yang dibiarkan di bandar itu, malah kereta mewah terdiri dari pelbagai jenis antaranya Ferrari dan Porsche. Menurut laporan BBC, sebuah kereta Ferrari Enzo yang bernilai lebih USD$1 juta, pernah ditinggalkan di tempat berkenaan. 

Apakah yang menyebabkan pemilik kenderaan ini meninggalkan kereta mewah mereka? Kaya sangatkah mereka sampai kereta mewah ini dibiar tersadai begitu saja sehingga diliputi oleh debu? 

Jawapannya adalah senang sekali. Undang-undang! Mungkin jawapan ini tidak masuk akal. Namun bagi negara seperti UAE tidak membayar hutang boleh dianggap sebagai satu kesalahan jenayah. 

Jika di negara kita, sekiranya kita gagal atau lewat membayar hutang kereta kemungkinan kereta tersebut akan ditarik oleh pihak bank. Namun di UAE, jika mereka gagal membayar hutang sama ada hutang kereta, kredit kad ataupun loan rumah, mereka boleh dikenakan hukuman penjara. Tiada istilah bankrup di UAE. 

Ini bermakna, kereta-kereta mewah yang tersadai di parking lapangan terbang tersebut ditinggalkan oleh pemilik kenderaan dan melarikan diri ke negara lain supaya tidak dihantar ke penjara. 


Ramai orang mengambil pinjaman yang besar untuk membeli kereta mewah ketika ekonomi berkembang pesat sebagai cara untuk bersaing dan menunjuk-nunjuk antara rakan-rakan mereka. Apabila krisis melanda, ramai yang membuat keputusan untuk lari keluar negara daripada mengahadapi hukuman penjara. 

Rakyat tempatan serta warga asing yang bekerja di Dubai banyak dipersalahkan dalam hal ini kerana menyebabkan kereta-kereta mewah ini tersadai. Pihak polis yang menjumpai kereta tersadai ini akan mengeluarkan notis amaran dan sekiranya pemilik kenderaan mewah ini gagal muncul dalam masa 15 hari, kereta mewah ini akan disita. Malangnya hampir kesemua kereta mewah yang disita ini tidak akan dituntut oleh pemiliknya. Pihak polis akan melelong kereta mewah ini dengan harga yang amat murah. 


Trend kereta mewah ditinggalkan nampaknya masih tiada tanda akan berhenti. Secara purata polis Dubai menemui sejumlah 3,000 buah kereta mewah ini setiap tahun. Ini menunjukkan bahawa bak kata pepatah “biar papa asal kedana” boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kewangan yang teruk. Walaupun hukuman penjara mungkin agak “kejam” namun ini membuatkan kita bertanya, apakah sistem sekarang ini membuatkan orang ramai membuat hutang yang begitu besar? Ukurlah baju di badan sendiri agar kita tidak terjebak dengan hutang yang membebankan diri dan keluarga. 


Apakah pendapat anda setelah melihat kereta mewah ini tersadai tanpa tuan?  Jangan lupa tinggalkan komen anda dibawah. LIKE page kami untuk info menarik dan berita semasa serta SHARE entri ini sekali. 

Inilah Sebab Kenapa Kebersihan Pantai Harus Dijaga

Isu kebersihan pantai sering kali dipandang remeh oleh pengunjung. Sikap membuang sampah merata-rata selepas berkelah di tepi pantai sebenarnya boleh mengganggu pengunjung yang ingin turut sama ingin menikmati keindahan pantai. Seringkali kita mendengar pesanan khidmat awam agar sentiasa menjaga kebersihan pantai supaya ianya tidak terjejas pada masa akan datang.
Sudah pasti kita berasa jijik untuk ke pantai yang penuh dengan sampah. Namun jika anda pergi ke pantai di sebuah pantai yang popular di China anda akan mungkin terkejut dengan jumlah sampah yang berada di pantai tersebut. Ianya satu pemandangan yang amat mengejutkan serta menjijikkan. 
Pengunjung Pantai Dameisha disambut oleh bau dan pemandangan dari 362 tan sampah yang ditinggalkan oleh pelancong sempena sambutan festival yang diadakan di pantai tersebut. Persembahan selama 3 hari itu telah menukar sebuah pantai yang cantik kepada satu tapak pelupusan sampah. Proses membersihkan pantai ini mengambil masa berminggu lamanya. 
Cuba bayangkan jika pantai Port Dickson berubah seperti ini? Penuh dengan sampah sehingga tiada tempat untuk duduk. 


Jadi, jika anda pergi berkelah di pantai pilihan anda, pastikan anda mengemas sampah-sampah dan buangnya ke dalam tong sampah. Jagalah kebersihan pantai kita. 

Jangan Pergi Kampung Ini Kalau Anda Penakut

Tiga belas tahun lalu, Tsukimi Ayano membuat orang-orangan pertamanya untuk menghalau burung yang sering memakan benih tanaman di tamannya. Orang-orangan daripada jerami dan mempunyai saiz manusia itu dibuat menyerupai mendiang ayahnya.


Sejak itu dia mula membuat beberapa lagi orang-orangan dan terus membuat lebih banyak lagi sehingga tidak berhenti menghasilkannya. Hari ini, Nagoro, desa kecil di Jepun selatan, dipenuhi boneka jerami hasil tangan Ayano.

Orang-orangan itu diletakkan di rumah, padang, pokok, jalan raya dan perhentian bas – seolah-olah pemandangan ketika masa dipegunkan. “Penduduk di kampung ini hanya tinggal 35 orang tetapi ada 150 orang-orangan, tiga kali ganda lebih ramai,” kata Ayano.

Seperti kebanyakan kampung lain di Jepun, jumlah penduduk Nagoro susut teruk selepas ramai berhijrah ke bandar untuk bekerja, yang tinggal hanya warga emas. Pada usia 65 tahun Ayano adalah penduduk paling muda di Nagoro.

Sekolah di kampung itu sudah ditutup pada 2012 selepas dua pelajarnya tamat pengajian dan berhij­rah ke bandar. Bangunan itu kini dihuni orang-orangan ciptaan Ayano, ada yang duduk di meja dan di koridor sebagai pelajar atau guru.

Setiap satu daripada 350 orang-orangan dihasilkan Ayano berasaskan kayu dan surat khabar yang kemudian disumbat dalam pakaian terpakai. Orang-orangan yang diletak di luar akan dibalut dengan plastik supaya ia kekal kering.

Bagaimanapun, Ayano sering menukar orang-orangan yang diletak di luar bangunan kerana mudah rosak akibat terdedah kepada unsur cuaca. Kadangkala, dia membuat orang-orangan baru kerana diminta penduduk dan biasanya orang-orangan itu menyerupai muda-mudi Nagoro yang berhijrah atau mereka yang sudah meninggal dunia.


“Orang-orangan ini dibuat atas permintaan penduduk yang kehila­ngan datuk atau nenek mereka. “Orang-orangan itu mengembalikan semula kenangan terhadap mereka yang sudah meninggal dunia,” kata penduduk yang berusia 68 tahun, Osamu Suzuki.

Pelancong juga sudah mula datang kerana tertarik dengan orang-orangan yang seolah menjadi duta kampung itu. Dua orang-orangan diletak di jalan masuk ke kampung itu ibarat pengawal di sebelah papan tanda yang memperkenal kampung itu sebagai ‘Kampung Orang-orangan.’

Ayano gembira dapat menunjukkan hasil kerjanya kepada pelancong yang datang asalkan mereka tidak mengganggunya ketika menonton drama televisyen kegemarannya. Setiap hari dia berjalan di sekitar kampung dan tunduk tanda hormat serta mengucapkan selamat pagi kepada orang-orangannya.


10 Base Clash of Clan Paling Gempak

Bagi para pemain tegar Clash of Clans, mereka pasti akan menjumpai pelbagai bentuk base atau markas yang gempak. Rekaan base ini sememangnya sangat kreatif dan anda pasti teruja melihat markas-markas ini yang mempunyai pelbagai bentuk ataupun mesej-mesej tersendiri. Bagi pemain tegar Clash of Clans apa kata keluarkan kekreatifan anda untuk reka markas yang sempoi. Berikut adalah 10 markas Clash of Clans yang paling gempak. Support kami dengan share entri ini dan like page Terhot Ternow Thorbaik


10 Pekerjaan Pelik Di Dunia, #4 Pasti Impian Semua Orang.

Setiap pagi kita semua sudah tentu akan bangun pagi dan bersiap untuk pergi bekerja. Berapa ramaikah dari kita yang “benci” akan pekerjaan mereka? Namun, untuk kelangsungan hidup kita terpaksa bekerja. Tapi tahukah anda, kita patut rasa bersyukur kerana tidak mempunyai pekerjaan yang pelik seperti “penghidu kentut”. Anda pasti tidak mahu menghidu kentut orang lain walaupun dengan gaji tahunan RM150,000. Tapi yang pasti kita semua ingin pekerjaan #4. Berikut kami senaraikan 10 pekerjaan pelik di dunia. Jangan lupa share entri ini.


Kaki Pancing Tangkap Ikan ‘Pontianak’

Menjadi seorang kaki pancing sudah pasti banyak pengalaman “seram” yang pernah dilalui. Kalau tidak percaya tanya sahaja kaki-kaki pancing yang anda kenal. Pasti mereka ada satu dua cerita yang pernah mereka lalui. 

Bagi seorang bapa dan anaknya, Mike dan Lochlainn Kelly perkara terakhir yang mereka sangka ialah untuk menangkap seekor ikan yang jarang ditemui. Mereka berjaya menangkap seekor ikan jerung “vampire”. Ikan jenis ini amat jarang ditangkap oleh manusia. Ini kerana spesis ikan ini tidak menyukai pancaran matahari dan biasanya akan berada 4000 kaki di dasar lautan dimana cahaya matahari tidak dapat ditembusi. Sama seperti makhluk “vampire” bukan? 

Ikan ini dipercayai ditangkap sekitar 2000 kaki dari permukaan laut dan para saintis menganggarkan usia ikan ini sekitar 2-3 tahun. Spesis ikan ini juga dikenali sebagai dinosour hidup disebabkan tiada evolusi yang dialami oleh ikan tersebut selama 125 juta tahun. 
Lochlainn ketika ditemu ramah berkata beliau tidak terkejut apabila berjaya menangkap ikan tersebut kerana pernah melihat gambar spesis ikan terbabit namun beliau tidak pernah menjumpai ikan jerung tersebut secara dekat. Namun ikan ini telah dihantar ke sebuah muzium di Sydney, Australia untuk pemeriksaan lanjut oleh para saintis tempatan. 

Ribuan Kucing Selamat Dari Jadi Hidangan

Ribuan kucing yang diseludup dari China untuk dijadikan hidangan berjaya diselamatkan, kata polis semalam. Hidangan daging kucing dianggap istimewa di Vietnam dan penduduk setempat menggelarnya sebagai “harimau kecil.”
Jurucakap polis semalam berkata, mereka menahan sebuah lori sedang dalam perjalanan ke ibu negara Vietnam pada Selasa lalu. “Ketika diperiksa kami mendapati bahagian belakang lori berkenaan penuh dengan kucing. “Secara keseluruhan kucing itu seberat 3,000 kilogram,” katanya.
Kerajaan sudah mengharamkan daging kucing untuk dijadikan hidangan di Vietnam, namun ia masih disajikan dengan meluas di beberapa restoran tertentu. Kata jurucakap itu, pemandu lori mengaku dia membawa kucing itu dari wilayah Quang Ninh yang bersempadan dengan China.
“Menurut undang-undang, semua kucing ini sepatutnya dilupuskan tetapi kami masih memikirkannya kerana jumlah yang terbabit adalah sangat banyak,” katanya dalam satu kenyataan. Imej yang didedahkan media tempatan menunjukkan kucing itu berada dalam keadaan amat menyedihkan. Ia dikurung dalam sangkar buluh yang sempit dan disusun berhimpit-himpit antara satu sama lain.

PELIK! Tong Sampah Kena Saman

Seorang pegawai trafik telah mengeluarkan saman berjumlah RM270 ke atas sebuah tong sampah!
Pegawai tersebut kini sedang disoal siasat kerana berperangai pelik apabila beliau mengeluarkan saman ke atas tong sampah yang ditinggalkan di atas garisan kuning berkembar. 


Mike Jones, seorang jurujual yang menyaksikan kejadian tersebut berasa amat hairan apabila pegawai tersebut melekatkan saman tersebut ke atas tong sampah tersebut. Beliau berkata “Ianya amat pelik – Saya tidak percaya yang pegawai tersebut menyaman tong sampah kerana salah parking”. 

Pegawai tersebut berbuat demikian setelah beberapa pengguna jalan raya membuat aduan bahawa tong sampah tersebut diletakkan di garisan kuning dan telah menghalang lalu lintas. 
Harap pegawai trafik DBKL tidak buat kerja pelik macam ni!