Terima Kasih Kak Mah

Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Najib Razak mengucapkan tahniah kepada isterinya kerana “pengorbanannya” kepada negara. 


Najib berkata demikian dalam ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2013. Beliau juga memberi contoh pengorbanan isterinya itu. Kata beliau:

“Saya tak pernah berkongsi tentang ini sebelum ini. Apabila salah seorang pelajar kita ditahan di Mesir kerana dituduh sebagai perisik, isteri saya menelefon isteri Presiden Hosni Mubarak (Suzanne Mubarak) dan dalam masa dua jam pelajar itu dibebaskan. 

“Bukan itu sahaja, semasa Ops Piramid di mana pelajar kita tersekat di Mesir semasa kebangkitan Arab, melalui hubungannya, kerajaan Saudi menyediakan dua pesawat Jumbo dan bawa pelajar kita ke Riyadh, walaupun mereka tidak mempunyai visa ke Arab Saudi. 

“Mungkin malam ini akan dapat bayaran,” kata perdana menteri secara berselorohdan disambut dengan gelak tawa hadirin.

Rosmah pada bulan lalu dikritik hebat kerana menggunakan jet eksekutif kerajaan untuk lawatan peribadi beliau ke Timur Tengah.  

Perkara biasa bagi seorang suami untuk memuji isteri sendiri ye tak. Maklumlah nak jaga hati. Nanti kena marah pula. Isu semasa tidak dihirau. Apa pandangan anda pula? Sila komen dibawah.