Inilah Punca Kenapa Kita Dilarang Guna Telefon Ketika Memandu

Kebanyakan pemandu  yang berhemah tidak akan  menghantar mesej sambil memandu. Mengikut statistik, fenomena ini agak tidak menyenangkan. Saban tahun, banyak kes-kes kematian kemalangan jalanraya akibat pemanduan yang terganggu. Namun, pengguna jalan raya masih lagi menghantar pesanan dan minta tanpa ada peratus


Untuk membuktikan kebenaran ini, sekumpulan penyelidik telah membuat satu kajian dimana mereka meminta orang ramai untuk menghantar pesanan sambil memandu. Eksperimen itu dibuat seperti ujian memandu di mana mereka hendaklah menggunakan telefon sambil memandu untuk mendapatkan lesen mereka. Kedengaran macam mudah tapi lihat hasilnya selepas ini.

Jika selepas ini anda masih tidak sedar akan bahaya menggunakan telefon semasa memandu, maka teruskanlah dengan tabiat anda itu. Anda mungkin mempertaruhkan nyawa anda dan juga nyawa orang lain yang terancam. Share entri ini jika anda rasa ianya bermanfaat.

Bila Nak Guna Ayat “Eh Mamposlah Kau” ?

Memang ayat ini kasar digunakan, tetapi dalam sepanjang hidup ini pasti ada ketikanya ayat ini meluncur laju sahaja.

“Eh mamposlah kau..” biasanya ayat ini dilontarkan mengikut vokal gaya tertentu untuk kes-kes bangang dan termasuk juga kategori bangang abadi.

Sama ada korang sedar ataupun tidak, pasti situasi berikut menyumbang anda menggunakan ayat tersebut.

1. Apabila kawan lama mesej kau sebab nak ajak kau masuk MLM


Memang minta je kes sebegini untuk dimaki. Bukan tak tahu perangai gila duit kawan tu. Tanpa sedar,’eh…mampos la kau..!’

2. Kau ada kawan yang berlagak dia tahap dewa kerajaan langit


Nak berlagak boleh, tapi setiap kali jumpa setiap kali nak berlagak memang….kau boleh delete kawan macam ni.

3. Pergi kedai.. kedai tutup


Memang mencabar je! Dah jauh-jauh kau jalan kaki, lintas longkang, kene kejar anjing semata-mata mak suruh beli sos. Sampai kedai. Kedai Tutup! bertabahlah. Nasib baik ada 7E

4. Perempuan jual mahal


Banyak kali berlaku di mall. Biasa kan kalau brader-brader nak test market, mula lah bunyi cengkerik. Bila kita tak layan.. hujung-hujung dia keluar pulak ayat tu… (eh..!!)

5. Tengah syok makan, sekali member selambe cakap kau dah gemok


Ok pedih. Tapi gemuk kan awesome!

6. Kawan datang mengadu masalah, bila kita nasihat dia tak dengar


Sama macam mencurah air ke daun keladi. Kawan beria minta nasihat, apabila sebakul curahan nasihat, tak satu pun dipakai. Balik-balik buat kesilapan yang sama. Eh.. pergi mampos la kau.

7. Duit Kena telan dengan vending machine


Time dahaga, gigih korek balance duit dalam poket, masuk dalam mesin, tekan -tekan tak keluar. Tapi duit kena telan. Sabar je la!

Dah Tolong Jiran, Jiran Maki Hamun

Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan kerana ia adalah salah satu daripada cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam berkewajiban mengekalkan hubungan baik dan mesra sesama mereka. Ini kerana ia memainkan peranan penting dalam menjana satu kehidupan setempat yang aman dan harmoni yang boleh memberi kemudahan, kelapangan dan jalan keluar bagi satu-satu kesulitan atau masalah. Tuntutan supaya menjalinkan hubungan baik sesama jiran dijelaskan di dalam firman Allah swt yang bermaksud:


‘..dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki’.
(An-Nisaa’ : 36)

Namun, walaupun rambut sama hitam, hati mungkin lain. Begitulah kisah yang terjadi kepada Ana (bukan nama sebenar) yang mendapat jiran yang berhati busuk walaupun telah banyak kali menolong jirannya yang dalam kesusahan. 

Assalamualaikum
Hari ini, kesabaran saya diuji. Saya dan jiran saya ini memang baik. Kalau dia tiada di rumah, saya tolong angkatkan jemuran dia. Ambilkan anak dia di sekolah. Kalau anak dia tiada duit belanja, saya berikan juga tanpa berkira sebab manalah tahu kalau saya ditimpa kesusahan nati, orang akan tolong kita balik. 
Lagi satu tentang jiran saya ini, saya sudah banyak kali dengar cerita dari jiran-jiran yang lain yang dia bercakap buruk tentang saya. Namun, saya anggap, jiran yang lain dengki dengan hubungan baik kami. 
Jiran saya ini amat gemar meminjam duit dari saya. Sekali dua, saya izinkan. Hari ini saja dia datang pinjam dah dekat RM50. Malam tadi dia datang pinjam RM20, nak buat duit minyak kereta suami untuk pergi kerja. Saya beri pinjam sebab, kalau suami dia tak bekerja, macam mana anak-anak dia nak makan?
Pagi tadi jam 6 pagi, dia ketuk pintu rumah. Nak pinjam RM10 buat belanja 5 orang anaknya. Saya pun beri pinjam lagi. Jam 11 pagi, dia masuk rumah tanpa memberi salam. Datang buat cerita sedih, tak ada lauk nak makan dan dia nak pinjam RM30 lagi. Saya cakap, dah tak ada duit nak beri pinjam, lagipun suami belum gaji lagi. Tambahan pula saya surirumah saja, bukannya bekerja. 
Mendengar jawapan saya itu, wajahnya berubah masam mencuka. Tak sampai hati melihat dia begitu, saya bagi pinjam RM20 lagi. Totalnya dah RM50. Tadi pergi ke kedai nak beli lauk untuk masak tengah hari, tauke kedai itu tanya saya. 
“Na, atok kenal kau dah lama. Tak pernah dengar cerita buruk pasal kau,” katanya. Saya pun peliklah dan tanya kenapa. “Tadi, si ***** datang kedai atok. Dia suruh atok nasihatkan kau. Dia tak suka kau berhutang dengan dia sebab kau tak reti bayar,” katanya.
Punyalah berapi hati saya. Saya tak balas apa-apa. Saya terus bayar dan balik ke rumah, masak makanan tengah hari. Selepas itu saya datang ke rumah jiran, saya slow talk dengan dia. Dia? Bermati-matian tak mengaku. Saya dah malas nak melayan dia sebab dia dah nak junjung al-quran bagai. Ingatkan tak nak panjangkan hal ini, saya balik rumah nak relaks, tiba-tiba jiran saya hantar mesej melalui WhatsApp. Saya rasa macam dah malas nak buat baik. Nilaikanlah sendiri. Dahlah, penat nak taip.




Tandas Awan Di China, Sanggupkah Anda?

Tandas tidak mempunyai pintu pastinya suatu perkara baru buat para pelancong dari luar China. Kisah benar yang dikongsikan oleh blogserius mengenai tandas awam tidak berpintu di Forbidden City, China mungkin membuatkan kita rasa lebih bersyukur.

True story. Last year kami ke China lebih dari tiga kali atas sebab pekerjaan. Tiga kali juga terpaksa menggunakan tandas awam kerana when you gotta go you gotta go. Pergi ke tandas awam di Forbidden City. Belum masuk lagi dah dapat bau yang awesome gila babs. Masuk kedalam dan perasan warga China berak tanpa menutup pintu. Selamba berak taik panjang keluar sambil hisap rokok. What is seen cannot be unseen sial. Ini koleksi gambar tandas awam di China yang paling epik sehingga membuatkan tandas awam Malaysia rasa bersih macam hotel 3 bintang.


Sangat menjijikkan dan langsung tiada rasa malu. Bayangkan anda berada dalam situasi ini, perut anda sedang memulas teramat sangat. Hanya ada tandas ini sahaja, mahukah anda berak disini sambil dilihat pengguna tandas lain yang sedang lalu lalang? 

Bersyukurlah tandas di Malaysia jauh lebih bersih dan yang penting, ada pintu.