MH370: Satu Lagi Serpihan Ditemui

Satu lagi serpihan pesawat dipercayai milik pesawat Malaysia Airlines MH370 dijumpai di Afrika Selatan semalam, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata, serpihan itu sedang diteliti sama ada mempunyai kaitan dengan mana-mana bahagian pesawat jenis Boeing 777 sebelum diambil tindakan selanjutnya.


“Satu lagi serpihan telah dijumpai, kami perlu terlebih dahulu tentukan sama ada ia daripada pesawat Boeing 777. “Jika ia daripada Boeing 777 kami perlu pertimbangkan untuk bawanya ke Australia untuk pengesahan lebih lanjut,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Teguh Bersama MCA di Wisma MCA di sini, hari ini.

Beliau berkata, dua serpihan yang dihantar sebelum ini ke Australia telah dikenal pasti berkemungkinan besar daripada pesawat malang itu. “Satu lagi serpihan akan dihantar ke Australia dalam minggu ini,” katanya.

Sehingga kini sebanyak enam serpihan pesawat ditemukan dipercayai mempunyai kaitan dengan MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 239 penumpang dan anak kapal. Pesawat itu kemudiannya diumumkan berakhir di selatan Lautan Hindi dengan usaha pencarian di kawasan seluas 120,000 kolimeter persegi dijangka selesai Jun ini

Hari 110: Lokasi Pencarian Baru DiUmum

Lokasi pencarian untuk mengesan pesawat MH370 yang baru akan diumumkan Khamis ini. Pemangku Menteri Pengangkutan memetik sebagai berkata, pengumuman akan dibuat oleh Australia.

Keputusan dibuat setelah perbincangan dibuat bersama dengan pakar dari seluruh dunia. Keputusan mencari di lokasi baru ini telah dibuat atas persetujuan tiga negara; Australia, China dan Malaysia.


Semalam, Ketua JACC, Angus Houston dan ketua Biro Keselamatan Pengangkutan Australia menolak untuk berbincang mengenai radar tentera Malaysia, tapi mereka berdua bersetuju yang ianya tidak boleh diharap.

Misi Mencari MH370 Tamat 7 Hari Lagi?

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam kenyataan semalam, berkata misi mencari MH370 yang hilang pada 8 March lalu dijangka akan selesai 5-7 hari lagi. Pihak JACC berkata, dalam email kepada Reuters, misi mencari MH370 dilakukan dikawasan radius 10km di selatan Lautan Hindi. Kawasan itu terletak disekitar salah satu isyarat dipercayai kotak hitam pesawat berkenaan. 

Namun, isyarat itu tidak lagi dikesan dan dikhuatiri bateri kotak hitam itu telah pun kehabisan kuasa. Beberapa pegawai JACC tidak memberikan petunjuk sama ada mereka yakin pencarian disekitar kawasan tersebut akan membuahkan hasil dalam memberi petunjuk baru tentang pesawat MH370. 

Pencarian pesawat MH370 menggunakan kenderaan dalam air yang dikenali sebagai Bluefin-21 berharga US$4 Juta (RM12.95 Juta). Ianya boleh menyelam pada kedalam 4.5km tetapi diubahsuai pada 4.7km.

Bluefin-21 adalah milik sebuah syarikat yang melakukan kerja-kerja penyelamatan dalam laut iaitu Phoenix International Holdings Inc.