Kenderaan Rasmi JPJ Baru Dapat Kritikan

Kenderaan Rasmi Baru JPJ Lebih Garang Dan Mantap Tapi Orang Tetap Tak Puas Hati. Kenapa?

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara rasmi melancarkan imej dan wajah baru kenderaan rasmi mereka 7 Ogos lalu di Putrajaya.

Pelancaran dilakukan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai.
 
 
Kenderaan Rasmi JPJ Ini Menggunakan Model MPV Edisi Terbaru Toyota Fortuner 2014.
 
 
Kenderaan Rasmi JPJ Ini Memang Nampak Lebih Garang. Cuba Anda Bandingkan Kenderaan Baru Dengan Yang Lama. Lihatlah Perbezaannya.
 
 
Walaupun Imej JPJ Ditukar Kepada Sesuatu Yang Lebih Baik, Respon Rakyat Di Laman Sosial Kebanyakan Negatif. Masing-Masing Mengaitkan Hal Ini Dengan Isu Pembaziran, Korupsi Dan Banyak Lagi.
 
 
Dan ada juga yang mempertikaikan kenapa tindakan kerajaan yang tidak menyokong produk automotif tempatan sebaliknya lebih sukakan produk luar negara.
 
Rakyat berharap dengan perubahan imej ini, kakitangan JPJ juga akan meningkatkan mutu pekerjaan yang lebih efektif. Apa pendapat anda? Komen dan kongsi cerita ini.