Edisi Tudung: Komen Pedas dari Mawar Fareeda Fanpage

Fungsi tudung adalah untuk menutup aurat bagi perempuan. Tak tahulah pulak ada tudung ori dan tak ori. Biasalah benda bila dah popular mesti ada yang tak ori dijual dipasaran. Tapi pilihan di tangan masing-masing. Kalau dah berkemampuan, silakan. Yang tak berkemampuan, cukuplah ala kadar saja.

Tapi, jangan lah pula beli semata-mata nak “show off”, “Kau tengoklah aku beli tudung harga ratus-ratus ringgit. Kau hado?”. Last-last, tuhan tak tengok pun kau pakai tudung harga ratus-ratus or puluh ringgit. Kalau lah pakai tudung ratus-ratus ni dapat pahalanya pun ratus-ratus juga, mesti sales naik gamaknya.

Tempatan: Semalam kereta, hari ni lori pulak!

Seorang lelaki yang juga penarik lori, mati tersepit selepas lori yang cuba dimuatkan ke atas lorinya merempuh mangsa yang kebetulan berada di ruang muatan lorinya, di Mata Ayer, di sini, tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang tadi, mangsa yang berusia 40-an maut ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah akibat dirempuh lori tersebut dan tersepit di ruang muatan lorinya.

Bilik pensyarah terbakar?

Empat bilik pensyarah di bangunan Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan Universiti Utara Malaysia (UUM), mengalami kerosakan akibat dijilat api dalam kebakaran, sebentar tadi.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12.15 tengah hari, tetapi tiada kecederaan dilaporkan berikutan tiada orang di bilik berkenaan. 


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam M Pathmanathan berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.19 tengah hari sebelum tujuh anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi. 




Katanya, jentera bomba tiba 14 minit kemudian, dan mengambil tempoh lima minit untuk mengawal kebakaran.”Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

P/S: Ingatkan bilik pensyarah yang didakwa raba student tu yang terbakar.

Tempatan: Lagi pesawat MAS rosak

Pesawat Airbus A380,  milik MalaysianAirlines (MAS), MH004 dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Heathrow_Airport, United Kingdom terpaksa berpatah balik selepas sejam penerbangan yang berlepas pada jam 10.00 pagi.

Penerbangan kemudian ditangguhkan selama hampir 4 jam selepas pesawat selamat mendarat dan berlepas semula pada jam 1.30 tengahari setelah selesai penyelenggaraan kerosakan teknikal pada kipas paramotor di sebelah kiri sayap pesawat.
Doa untuk MH004 selamat sampai ke London pada jam 2.00 pagi nanti.


Jenayah: Penyamun Maut selepas Menyamun

Maklumat awal kejadian samun di alamat no 30 Jalan Warisan Indah 8/16.Suspek (3) lelaki bangsa melayu menaiki 2 buah m/sikal masuk ke rumah mangsa dan mengacukan parang kepada mangsa.


Semasa kejadian pagar dan pintu rumah dalam keadaan terbuka.Kerugian belum dapat dipastikan.Jiran mangsa telah nampak dan kejar saspek sehingga di lampu isyarat kilang Genting Sanyen Banting dan saspek telah terlibat kemalangan.


PSA: Sila kunci pintu pagar anda setelah anda tiba di rumah. Klik video dibawah.


Sambung Solat selepas bunuh kawan sendiri

Seorang lelaki yang mengelar leher rakannya sehingga mati ketika sama-sama menunaikan solat Maghrib berjemaah di sebuah masjid di Tampoi, di sini, sempat mencuci tangan berlumuran darah sebelum masuk semula ke saf dan meneruskan sembahyang bagi mengelak perbuatannya dikesan.


Dalam kejadian jam 7.15 malam kelmarin, Ahmad Syukri Abu Bakar @ Mohamed, 41, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di beranda masjid sebelum meninggal dunia beberapa minit kemudian. Difahamkan, kedua-dua lelaki itu bekas pesakit mental di Hospital Permai, di sini, dan hanya mereka berdua berada di saf paling belakang ketika solat, menyebabkan apa yang berlaku tidak disedari jemaah lain.

Seorang saksi berkata, mangsa dan suspek mula bergaduh ketika menunaikan solat Asar dan pertelingkahan mereka turut disedari jemaah lain.“Bagaimanapun, kami tidak menyangka ia berlarutan sehingga ke waktu solat Maghrib dan akhirnya menyebabkan kematian seorang daripada mereka,” katanya yang turut menunaikan solat Asar dan Maghrib berjemaah bersama suspek serta mangsa, sebelum kejadian.

Difahamkan suspek dan mangsa bekerja di bengkel motor di tempat yang sama. Dari info diterima, mangsa ditikam di bahagian rusuk. 

Dunia: Jadi Zombi selepas dibelasah

Model Alexandra Sereda, 27, dibelasah teruk oleh teman lelaki rakyat Russia, Pavel Ushanov. Alexandra hampir tidak dapat dipasti selepas serangan itu.

Mengikut laporan AsiaOne dan media lain, serangan itu terjadi selepas Sereda memutuskan hubungan selama 2 tahun bersama Pavel, taikun telekomunikasi Russia.

Model itu memberitahu media dari hospital, beliau sedang bersiap untuk ke tempat kerja tepat 7 pagi bila loceng pintu dibunyi dan “Saya terdengar suara dia”.

“Saya tahu dia kedengaran seperti sakit hati dan saya tidak mahu membuka pintu, tapi dia tidak mahu pergi lalu saya terpaksa buka pintu dan tanpa banyak soal dia meluru masuk ke dalam dan menumbuk saya di kepala” lapor Daily Mail.

Menurut Sereda, Ushanov dengan ganas menendang dan menumbuk beliau selama 10 minit. Sereda berjaya meloloskan diri selepas berjaya membuka pintu dan melarikan diri.

Selepas dimasukkan hospital, Sereda berkata beliau tidak mengenali dirinya sendiri selepas gambar beliau dirakam sejurus selepas kejadian ganas itu.

Menurut beliau :”Bila saya lihat gambar tersebut saya terasa seperti zombie”

Menurut laporan pollis, Ushanov, 33, CEO Devino Telecom, dalam pelarian dan waran tangkap
telah dikeluarkan untuk menahan beliau.

Laporan asal: http://www.lollipop.sg/content/m … aten-millionaire-bf

Info : Terkini dari TV2 – MH370 Sah dirampas

Kecoh di dalam media sosial apabila gambar skrin dari TV2 yang melaporkan berita tergempar bahawa MH370 dirampas. Walau bagaimanapun, perkara ini belum masih dapat disahkan. Adakah TV2 nak jadi macam CNN dan FoxNews yang melaporkan berita berita tidak tepat. Tiada ke suara-suara sumbang yang mahu boikot TV2?

 Berikut adalah gambar tersebut.

Tumpahan Minyak di Jalan Duta

Tumpahan minyak yang berlaku di Jalan Duta semalam yang mengakibatkan tiga kereta dan 20 motosikal terbabas membawa kepada penemuan yang mengejutkan. Pemeriksaan pihak berkuasa membongkar satu sindiket penyeludupan diesel.
Ini berikutan pemeriksaan pada lori itu menemui enam tong dianggarkan mengandungi kira-kira 6,000 liter minyak dipercayai untuk diseludup.


Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat paip disambung dari tangki lori ke setiap tong yang ditutup dengan kanvas di belakang kenderaan terbabit. Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Penguasa Kanan Bomba 1 Azizan Ismail berkata, pemeriksaan anggotanya itu tidak menolak kemungkinan lelaki berusia 30-an itu ada kaitan dengan sindiket penyeludupan diesel berikutan muatannya yang melebihi had dibenarkan.
“Berikutan keadaan kenderaan yang mencurigakan itu, pemandu terbabit diserahkan kepada anggota polis untuk tindakan dan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Dalam kejadian jam 2.20 petang itu, seorang wanita cedera parah selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan manakala lebih 20 penunggang motosikal cedera ringan selepas terjatuh di jalan raya.
Foto
KONTRAKTOR membersihkan tumpahan minyak di Jalan Duta, semalam.
Kejadian dipercayai berpunca daripada klip penyambungan utama pada tong dibawa lori berkenaan tercabut menyebabkan muatan diesel dianggarkan sebanyak 2,000 liter tumpah dan mengalir sepanjang satu kilometer tanpa disedari pemandu.

Azizan berkata, terdapat tiga kereta yang melalui jalan berkenaan terbabas dan merempuh penghadang jalan.
“Seorang pemandu cedera parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut manakala penunggang motosikal hanya mengalami cedera ringan,” katanya.