11 Golongan Ahli Neraka dan Ahli Syurga

11 GOLONGAN AHLI NERAKA SATU GOLONGAN AHLI SYURGA

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

“iaitu… hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok.”

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya,

“Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?” Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:

“Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-


1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.

5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

1.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat.

Semoga kita bukanlah tergolong dalam 11 golongan ini,sama-sama kita kearah golongan yang mana berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat.

10 Surah Al Quran Yang Mujarab

10 Surah Al Quran Yang Mujarab


Al-Quran merupakan kalamullah yang diturunkan kepada Rasulullah pada 17Ramadhan di gua Hira’ ketika rasulullah beruzlah dari kepompong kejahilan masyarakat Arab jahiliyyah. Proses penurunan al-Quran berlaku melalui penyimpanan kalamullah di Luh Mahfuz, diturunkan baitul ‘Izzah, seterusnya ke BaitulHaram dan akhirnya diturunkan secara tadarruj (berperingkat) kepada Rasulullah SAW. Berikut adalah 10 surah yang amat baik untuk di amalkan. 

1. Surah Al- Fatihah 


Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
2. Surah Yaasin

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari Kiamat.

3. Surah At-Dhuhan


Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. Sural Al-Waqi’ah

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. Surah Al-Khauthar


Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. Surah Al-Khaafirun


Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. Surah Al-Mulk 


Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur.

8. Surah Al-Ikhlas


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
9.  Surah Al-Falaq


Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. Surah An-Nas

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Teori Cahaya Diceritakan Lebih Awal Oleh Rasulullah s.a.w

Teori Elektrik Thomas Edison Diceritakan Lebih Awal Oleh Rasulullah s.a.w


Sebelum Michael Faraday bercerita mengenai tenaga elektrik pada tahun 1820 dan diikuti oleh Thomas Edison pada tahun 1879, Rasulullah s.a.w telah pun menceritakan prinsip fundamental tenaga berkenaan cahaya ini lebih 1,400 tahun dahulu (lebih 1,000 tahun awal daripada Faraday dan Edison) menerusi firman Allah dalam Al-Quran,
“Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah adalah sebagai sebuah ‘misykaat’ yang berisi sebuah lampu.
Lampu itu dalam geluk kaca, geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang. Lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari) hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api, (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda), cahaya berlapis cahaya.
Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
An-Nuur 24:35

Penyakit Umat Terdahulu Berjangkit Umat Islam Sekarang

Penyakit Umat Terdahulu Berjangkit Dengan Umat Islam Sekarang


Dunia umat Islam pada hari ini terus-menerus dilanda krisis demi krisis sama ada dalam semua segi baik dari aspek politik, ekonomi, pendidikan, sosial kemasyarakatan yang sangat kritikal dan meruncing.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu berkata: “Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu. Sahabat bertanya, “ Apakah penyakit-penyakit umat–umat terdahulu itu? Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab : “Penyakit-penyakit itu adalah terlalu banyak berseronok, terlalu bermewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam usaha merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi antara satu sama lain”. (Hadith riwayat al-Hakim)

Penyakit Umat Islam 
Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam di dalam hadith tersebut bukanlah satu perkara yang baru kerana telah banyak kita lihat berlaku di kalangan kaum Muslimin pada hari ini. Bahangnya telah mula dirasai sejak zaman dahulu lagi. Ini jelas kita dapati, di sana sini penyakit ini sudah mula merebak dan menjalar dalam masyarakat Islam dengan begitu parah sekali. 

Inilah antara kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan Allah kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam yang dapat mengetahui peristiwa  yang akan berlaku pada masa akan datang ke atas umatnya. Apabila manusia menolak sistem hidup yang disyariatkan dalam Islam, lantas mengambil dan memilih sistem cara hidup rekaan manusia maka inilah padahnya.

Islam Pada Mulut

Umat Islam pada hari ini tidak ada pilihan lain melainkan dengan hanya kembali mengambil Islam sebagai satu cara hidup yang syamil dan kamil. Ini kerana umat Islam yang ada pada hari ini hanya ada Islam pada nama sahaja. 

Mereka mengambil Islam hanya dengan membasahi bibir mengucap dua kalimah syahadah, berzikir, beribadat di atas tikar sejadah di dalam masjid, berpuasa pada bulan Ramadhan dan pergi menunaikan haji sahaja. Bagi mereka sudah memadai Islam yang mereka fahami dengan hanya melakukan ibadat-ibadat tersebut. Di dalam kamus pemikiran mereka tidak ada istilah untuk beribadah kepada Allah setelah melangkah keluar dari masjid, setelah bulan Ramadhan berlalu dan setelah pulang dari mengerjakan ibadah haji.
Harta Dunia
Tidak kurang juga sifat ego manusia pada hari ini mengatasi segala-galanya. Inilah natijahnya apabila menolak apa yang disyariatkan oleh Allah dan berbangga dengan sistem rekaan manusia. 

Justeru tidak hairanlah fenomena yang Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam gambarkan kepada kita telah banyak berlaku seperti manusia yang terlalu banyak berseronok, terlalu bermewah-mewahan, berlumba-lumba menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam usaha merebut harta benda dunia, sikap saling memarahi, umpat-mengumpat, hasut menghasut sudah menjadi amalan sehingga sikap  zalim menzalimi antara satu sama lain dan amalan rasuah, pecah amanah  sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan mereka

Musuh Islam

Kita perlu berhati-hati dengan musuh-musuh Islam yang tidak jemu-jemu berusaha untuk menghancurkan umat Islam. Sejarah telah merakamkan, mereka sudah lama merancang untuk menghapuskan umat Islam dengan cara mengasingkan Islam dalam kehidupan umat Islam, memisahkan Islam dengan politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.


Ia juga berpunca dari salah faham di kalangan orang Islam terhadap Islam sendiri dan meluapnya sentimen politik yang saling bertentangan. Selain itu, rasa tidak puas hati ini mengheret sebilangan kaum yang bertelingkah ke dalam kancah pertikaian dan prasangka yang akhirnya membawa kepada perselisihan pendapat umat Islam.

Bagi kita yang kasih dan sayang kepada Nabi Muhammad  Sallallahu ‘alaihi wasallam tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh mengamalkan apa yang disarankan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam.

sumber: FB