10 Resipi Sedap Dengan Sardin Dalam Tin

Kebiasaannya, sardin dalam tin akan menjadi makanan pilihan terakhir jika anda malas nak beli barang dapur tapi terpaksa juga memasak ataupun ketika waktu poket semakin menipis. 


Sebenarnya sardin dalam tin ini kaya dengan omega-3 yang mencegah serangan sakit jantung, menggalakkan aktiviti saraf, meningkatkan penyerapan vitamin, mengekalkan sistem imun yang sihat dan membantu dalam pertumbuhan sel.
Omega-3 juga penting dalam perkembangan daya penglihatan dan otak untuk kanak-kanak. Malah, terdapat banyak variasi masakan menggunakan sardin sebenarnya. Tak percaya? Cuba lihat di bawah:

Para Saintis Temui Tasik Dalam Laut Yang Sangat Menakjubkan

Keajaiban Allah itu ada dimana-mana sahaja. Sebagai contoh, para saintis berjaya menemukan sebuah tasih dalam laut di Teluk Mexico dan apa yang menghairankan, haiwan-haiwan yang melalui kawasan tasik itu pasti akan mati.


Tasik yang dinamakan Jacuzzi of Despair itu merupakan antara salah satu benda yang sangat menarik di laut dalam. Bukan sebarang tasik, air juga turut mengalir seperti mana kita lihat air sungai mengalir ketika berada atas dunia ini.

Menurut saintis, air tasik ini mengandungi toksik merana dan hydrogen sulfide yang akan menyebabkan haiwan, manusia atau benda hidup yang cuba berenang di tasik ini akan menyebabkan maut. Hanya bakteria, cacing tiub dan udang sahaja yang mampu hidup di tasik itu.


Kalau korang tengok video dekat bawah ni, kita boleh lihat pelbagai hidupan laut yang mati dalam tasik tersebut. Bukan itu sahaja, air tasik ini juga turut mengalir keluar dari tasik ini. 

Jangan Cuci Cawan Anda Di Pejabat, Ini Sebabnya!

Agaknya kalau anda di pejabat anda jenis yang mana: sentiasa pastikan mug di pejabat sentiasa dicuci atau suka ‘peram’ mug anda dan dibiarkan tak bercuci? Kalau bagi saya pula memang akan peram mug kemudian basuh dengan air panas dan lap pakai tisu. 
Fakta ini mungkin menyebabkan anda terkejut dan rasa ‘annoying’ namun itulah kebenarannya. Menurut satu laporan dalam Wall Street Journal, sebenarnya tidak mencuci mug bukan satu kesalahan atau menampakkan anda pengotor. Malah ia dianggap satu perbuatan yang wajar dan juga OK! Mengapa pula?
Sebenarnya, mencuci mug di pejabat adalah satu tindakan yang paling tidak bersih. Ini kerana anda akan berkongsi span pencuci dengan ramai pengguna lain di situ. 
“Span di pantri pejabat adalah benda yang paling banyak kuman, berbanding barangan lain di pejabat,” yang dipetik dari Nymag. 
Malah, mencuci dan menggosok mug anda menggunakan span di pejabat, boleh menyebabkan kuman daripada orang lain berjangkit kepada anda!
Oleh itu, anda tak perlu mencuci mug anda sekiranya:
1. Asalkan anda tidak berkongsi mug tersebut dengan orang lain di pejabat
2. Asalkan mug anda tidak berkulat dan berbau busuk.
Bagaimanapun, masih sukar terima fakta mug tak perlu dicuci kan? Jika anda masih ingin mencuci mug anda di pejabat, cukup dengan membilasnya dengan air panas. 
Atau jika masih mahu juga mencucinya, gunakan span pencuci anda sendiri atau ‘panaskan’ seketika span dalam ketuhar gelombang mikro!

Minyak Terpakai, Patut Dibuang Atau Masih Boleh Diguna?

Apa akan jadi jika anda menggunakan minyak yang sama untuk menggoreng berulang kali? Pendek kata, nak jimat punya pasal, sanggup menggunakan minyak yang sama sehingga hitam pun ada!
Masalah yang terjadi pastinya melibatkan kesihatan badan. Ini kerana kajian mendapati minyak yang diguna berulang kali menyebabkan kehadiran radikal bebas. Bahanyanya radikal bebas ini bila ia akan bergabung dengan sel yang sihat dan akhirnya menyebabkan pelbagai penyakit. 
Ini termasuklah peningkatan kolestrol jahat dalam saluran darah, sakit jantung dan tak terkecuali kanser!
Berikut merupakan antara kesan sampingan lain menggunakan minyak terpakai:


1. Asid dalam badan
2. Sakit jantung
3. Alzheimer dan Parkinson
4. Sakit tekak
Jadi, persoalannya berapa kali sahaja minyak yang sama boleh digunakan?

Pakar nutrisi Priya Kathpal berkata, tiada angka tertentu untuk memastikan minyak itu boleh digunakan berulang kali. Ini kerana ia bergantung kepada jenis minyak, berapa lama ia dipanaskan, adakah ia digunakan untuk gorengan sedikit atau bagaimana, jenis makanan yang digoreng dan sebagainya.
Walaupun menggunakan minyak baharu setiap kali adalah sangat baik, namun ia dilihat kurang praktikal. Ini bermaksud, minyak masih boleh digunakan berulang kali namun haruslah berpada-pada.
Priya memberi tips untuk anda yang ingin menyimpan dan menggunakan minyak terpakai:
1. Pastikan minyak benar-benar telah sejuk dan masukkan ke dalam bekas yang bertutup rapat. Cara ini akan mengasingkan sisa makanan daripada minyak dengan lebih berkesan.
2. Pastikan minyak yang diguna semula tidak berwarna gelap dan tesktur yang pekat. Jika ia telah berwarna gelap dan menjadi pekat, merupakan petanda minyak tersebut harus dibuang. 
3. Jika minyak yang dipanaskan mengeluarkan asap dengan banyak lebih daripada biasa, hentikan segera penggunaannya. Ia mungkin telah mengandungi toksin yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti strok, penyakit hati dan sebagainya

Cara Beza Mamak Ori Atau Tiruan

Lepak di kedai mamak merupakan akitivit yang digemari rakyat Malaysia. Namun bagi umat Islam sudah pasti mencari kedai mamak yang betul betul ori. Nak tahu caranya ikuti tips mudah ini. 


1. Hari Deepavali sebegini adalah waktu paling sesuai untuk membezakan antara restoran mamak ori atau tidak. Restoran mamak tiruan semestinya akan bercuti di waktu-waktu sebegini. Cuma cara ini hanya boleh dibuat setahun sekali.

2. Ada lagi cara lain yang boleh dilakukan waktu biasa. Periksa sama ada makanan mereka ada masakan lembu atau tidak. Restoran mamak Muslim akan ada masakan daging lembu. Jika mamak tiruan, selalunya tidak menghidangkan masakan daripada haiwan suci mereka.

Saya pernah test satu restoran “mamak”.

“Mamak, daging ada?”

“Kambing ada. Lembu tak ada”

“Kenapa lembu tak ada?”

Jika dia jawab tergagap-gagap, berhati-hati.

3. Cara paling ampuh, berikan salam dengan lafaz “Assalamualaikum”. Jika jawab salam tergagap-gagap, lari jauh-jauh. Cara ini boleh diuji kepada tauke dan pekerja mereka. Ada juga kadang-kadang tauke Muslim tapi pekerja non-Muslim.

4. Restoran mamak Muslim akan ditutup waktu solat Jumaat. Malah ada yang menyediakan tempat solat atau surau untuk pelanggan. Jika restoran Mamak palsu tidak ada.

5. Jangan mudah terpengaruh dengan poster-poster dan frame gambar tulisan-tulisan jawi yang nampak seperti ayat-ayat suci Al-Quran, gambar masjid, gambar Mekah dan sebagainya. Ia selalunya dijadikan hiasan untuk menarik pelanggan Muslim datang ke restoran.

Gaji Baru Terima Tapi Dah Hampir Susut? Yang Bujang Boleh Ikut Tips Jimat Ini

Ramainya yang juga sudah menjadi negatif dan ini bukanlah satu omongan kosong. Mungkin ada yang menyalahkan pihak lain seperti kerajaan mahupun syarikat bekerja dengan gaji rendah dan kos sara hidup makin meningkat. Ditambah pula dengan kenaikan kos sara hidup akhir-akhir ini.
Tak dinafikan itu juga menjadi faktor duit poket atau gaji mengalir bak air sungai! Namun, bagaimana ia keluar dan mengalir itu sudah tentu bertitik tolak daripada diri sendiri juga, benar?

Seorang netizen telah berkongsi cara-cara bagaimana mengelakkan kewangan menjadi negatif atau dalam bahasa mudahnya ‘pokai’ sebelum sampai hujung bulan. 
“Tips kewangan cara saya,” tulis Syafiqah A’lya. Dia menyenaraikan 7 langkah untuk menjaga kewangan atau pun gaji yang memang nampaknya sangat ‘ketat’ dan perlukan displin yang tinggi. 
“Saya bukannya kedekut, inilah cara saya berjimat. Sampai pernah over bajet sebelum gaji,” ujarnya. Mungkin kalau anda masih bujang boleh dipraktikkan. 
Bagaimana pula dengan anda? Lain orang, lain pula caranya. Namun sedikit sebanyak dengan perkongsian ini dapat membantu anda atau memberi inspirasi agar lebih berjimat cermat!


Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel November 2016

Berita harga terkini minyak RON95 RON97 dan Diesel mulai 1 November 2016. Seperti sedia maklum, penyelerasan harga siling bagi bahan api di Malaysia akan dikemaskini pada setiap awal bulan berikutnya.


Berdasarkan pekeliling rasmi yang diedarkan sebentar tadi, RON95 dan RON97 naik 15 sen menjadikan harga baharu RM1.95 Sen Seliter, manakala RON97, RM2.30 Sen Seliter. Begitu juga diesel naik 15 Sen menjadikan harga baharu Diesel RM1.90 Seliter berkuatkuasa mulai 1 November 2016
Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Oktober 2016 (Rasmi)

RON95: RM1.95 Sen Seliter (Terdahulu Oktober: RM1.80 seliter)
RON97: RM2.30 Sen Seliter (Terdahulu Oktober: RM2.15 seliter)
Diesel: RM1.90 Sen Seliter (Terdahulu Oktober: RM1.75 Seliter)

Tarikh Bayaran Khas Bonus Penjawat Awam 2017

Tarikh rasmi pembayaran bonus Kakitangan atau Penjawat Awam pada Januari 2017. Seperti yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak dalam bajet 2017, kerajaan bersetuju untuk memberi bonus atau bayaran khas imbuhan sebanyak RM500 kepada seluruh penjawat awam manakala RM250 kepada seluruh pesara kerajaan. Menerusi makluman rasmi Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, pembayaran imbuhan tersebut akan dibuat pada awal bulan Januari 2017 bagi menghargai jasa seluruh kakitangan awam di Malaysia
Berikut diantara pengumuman PM mengenai pembayaran bayaran khas kakitangan awam/ kerajaan 2017.

“Kepada kakitangan awam, saya tahu kamu tak tidur lena jika saya tidak mengumumkan perkara ini. Saya ada berita baik, sebagai tanda penghargaan atas perkhidmatan yang terpuji oleh penjawat awam, saya dengan sukacitanya mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM250 untuk pesara kerajaan”


Berikut adalah jumlah dan tarikh bayaran bonus kakitangan awam atau pemberian khas kakitangan kerajaan seperti diumumkan dalam Bajet 2017 yang diumumkan pada Jumaat, 21 Oktober 2016. Pemberian khas kepada Kakitangan Awam melibatkan pembayaran RM500 kepada seramai 1.6 juta kakitangan awam dan bayaran RM250 kepada 1 juta pesara.

Tarikh Pembayaran
Awal Januari 2017 (Tahun lepas pada 4 Januari 2016 – Isnin)

Jumlah Bayaran Khas
Kakitangan awam : RM500
Pesara : RM250
Semoga dengan pembayaran Bayaran Khas Kakitangan Awam 2017 ini mampu meningkatkan tahap kualiti dan produktiviti sektor perkhidmatan awam.

Jumlah Bayaran BR1M Tahun 2017

Jumlah Bayaran BR1M Tahun 2017. Berita baik buat penerima BR1M. Menerusi pengumuman Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 21 Oktober 2016, jumlah bayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan dinaikkan untuk semua kategori penerima. Kenaikan jumlah bantuan adalah dari RM50 sehingga RM200 termasuk kategori e-kasih.
Jumlah pembayaran BR1M untuk tahun 2017 selepas pembentangan Bajet 2017 akan dinaikkan seperti berikut:

Tarikh pembayaran BR1M 

1. Kategori e-Kasih
Kategori yang diperkenalkan pada tahun 2016 bagi penerima dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan bawah RM1k akan menerima BR1M sebanyak RM1200 (Naik RM150 dari RM1050)

2. Kategori Pendapatan Bawah RM3k
Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM1000 kepada RM1200 (Kenaikan RM200);

3. Kategori Pendapatan RM3k Hingga RM4k
Isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM800 kepada RM900 (Kenaikan RM100);

4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k
Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, bantuan ditingkatkan daripada RM400 kepada RM450 (Naik RM50).
Secara ringkasnya, berikut adalah jadual jumlah pembayaran BR1M 2017 :-


KATEGORI JUMLAH BANTUAN
  • Kategori e-Kasih – RM1200
  • Kategori Pendapatan Bawah RM3k – RM1200
  • Kategori Pendapatan RM3k Hingga RM4k – RM900
  • Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k – RM450

Semoga dengan kenaikan Jumlah Bayaran BR1M Tahun 2017 ini, penerima dapat menggunakan bantuan dengan berhemah.

“Suamiku Mr. Merajuk!” 6 Cara Ini Untuk Pujuk Suami

“Macam mana ni, suami saya merajuk lagilah kak! Pening saya dibuatnya..,” ujar Siti kepada kakaknya. “Lelaki ini pun ada perasaan sensitif, nak dibelai, dijaga dan dimanjakan..Jangan sesekali kecilkan hatinya, berdosa!,”nasihat kak Bee kepada adiknya.
Itu merupakan salah satu dialog yang terjadi bila pasangan suami isteri bergaduh, dan teka siapa yang akan merajuk? Isteri? SALAH!
Suami masa ini sudah pandai terasa hati, cepat sensitif dan cemburu bila isterinya dirasakan tak pandai menjaga hati dan mula mengabaikannya. Tambah-tambah lagi jika isterinya mempunyai jawatan yang lebih besar dari segi kerjaya, atau datang dari keluarga yang kaya.
Tunggu dulu, jangan fikirkan yang bukan-bukan pula tentang suami anda. Ada pula yang mula ingat suaminya ini “Encik Sotong” kah? Iyalah, sikit-sikit merajuk mengalahkan perempuan!
Sebagai isteri, jom lihat tip-tip ini untuk menawan dan memujuk semula suami anda!
1. Berikan sedikit ruang kepada suami apabila dia pulang ke rumah. Mungkin dia mengalami tekanan di tempat kerja, dimarahi bos dan sebagainya. Biarkan dia reda barulah dengar apa katanya. 

2. Tiada suami yang suka apabila pelawaan hubungan intim ditolak. Anda boleh mencuba ‘cara’ yang lain untuk bersama jika ketika itu anda tidak bersedia. 

3. Bila suami keletihan, pekalah dengan keadaannya. Janganlah ketika ini anda meminta yang bukan-bukan, mengajaknya keluar dan sebagainya. Biarkan sebentar, bila dia dah okay, boleh teruskan ‘plan’ anda. 

4. Anda pura-puralah tak perasan yang si dia sedang merajuk. Teruskan berbuat ‘baik’ seperti mengelap peluhnya, memicit bahunya dan macam-macam lagi.

5. Dia cepat cemburu? Anda lihat kembali apakah perbuatan yang membuatkan si dia cemburu. Atau ajaklah berbincang dengan baik. Jangan pula anda ‘gatal’ nak bercerita tentang bekas kekasih anda depan si dia. 

6. Buatlah ‘surpise’ seperti menyediakan makanan kegemarannya, membelikan barangan kegemarannya dan pelbagai lagi.

Jangan cepat putus asa atau anda sekali turut meroyan bila suami merajuk. Merajuk itu kan comel?