Tak Janji Akan Kekal Bertudung Ketika Berlakon

Pelakon Zarina Zainuddin yang sudah tampil dengan imej bertudung sebelum ini mengejutkan para peminat apabila menyatakan yang dia sanggup membuka tudungnya demi lakonan.
 
Dia juga tidak akan berjanji akan kekal dengan imej muslimah kerana mahu memenuhi kriteria watak lakonan walaupun pernah menolak dua tawaran yang perlu menampakkan rambut sebelum ini.
“Untuk drama akan datang, saya tidak tahu macam mana. Saya tidak janji apa-apa. Saya minta orang ramai doakan semoga saya kuat. Buat masa ini, masih lagi selamat. Alhamdulillah masih terjaga dan terpelihara. Doakanlah saya,”katanya 
Tambahnya, sebagai seorang pelakon sukar baginya untuk mengenakan tudung terutama apabila perlu memenuhi permintaan watak.
“Contohnya melakonkan watak wanita 1950-an. Pakai selendang, rambut terkeluar juga. Macam mana hendak buat? Pengarah tentu hendak jadikan babak itu logik.”
Tambahan pula, suaminya iaitu Datuk Seri Dr Abdul Raihan Wan Jaafar tidak kisah samada dia memakai tudung atau pun tidak.
“Jangan kata orang pakai tudung itu baik. Luaran saja yang kita nampak tetapi sebenarnya hati kena bersih.”
Alahai Zarina, kalau tuan empunya badan sudah berkata begitu, apa lagi yang peminat boleh katakan. Sama-samalah kita doakan sahaja supaya dia istiqamah ya?

“Tudung Tutup Aib” Dikecam Hebat, Nora Danish Tak Cepat Melatah

Industri fesyen Muslimah atau senang dipanggil sebagai fesyen hijabista memang sedang meningkat naik dari sehari ke sehari. Tuntutan dari permintaan wanita berhijab yang mahukan gaya moden namun masih menutup aurat membuatkan ramai pengusaha tampil dengan rekaan dan gaya yang unik.
Tidak mahu ketinggalan, pelakon cantik Nora Danish turut mengeluarkan tudung jenamanya sendiri iaitu OwlbyND.
Namun menurut laporan dari Astro Awani, tudung keluaran barunya yang dikenali sebagai OWl Ezip itu telah dikecam ramai pihak kerana disifat sebagai pelik dan ada juga yang memanggilnya sebagai ‘tudung menutup aib’.
Rekaannya mempunyai zip di bahagian tengah wajah dan fungsinya dipersoal orang ramai kerana disifatkan sangat pelik.
Kapsyen Nora di Instagram, ia direka bagi mereka yang mahukan kelainan, selain memudahkan mereka tidur di dalam kenderaan atau penerbangan.
Mengulas mengenai isu ini, Nora tampil membuat penjelasan. Tidak cepat melatah, pelakon ini malah berterima kasih kepada mereka yang menyebarkan video tersebut kerana secara tidak langsung membuatkan tempahan tudung itu meningkat.
Biasalah, akan ada sahaja yang akan mengutuk dan bercakap buruk tentang sesuatu perkara yang baru. Nora tetap selamba dan paling penting duit dan keuntungan tetap masuk kan, tak begitu? 

Datuk Vida Bosan Dengan Astro “Kedekut” Mikrofon

USAHAWAN produk kecantikan dan kesihatan, Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida mengakui berasa bosan dengan tindakan Astro yang tidak mahu memberikannya mikrofon dalam program tajaannya iaitu Gegarvaganza musim ketiga (GV3).


Bagi yang melihat konsert pengenalan GV3 Ahad lalu, pasti perasan kelibat Vida yang sentiasa berebutkan mikrofon daripada krew produksi selain daripada pasangan hos GV3, Jihan Muse dan Nabil Ahmad.

Mengulas mengenai hal itu, Vida berkata, “Saya rasa sudah bosan dengan Astro yang tidak mahu beri saya peluang untuk memegang mikrofon. Saya terpaksa malu muka untuk merampas mikrofon daripada mereka.”

“Bukan hanya rancangan GV3 saja, malah rancangan lain juga sama.

“Pihak Astro selalu menyekat saya daripada memegang mikrofon sedangkan saya sudah menaja program mereka. Saya hanya mahu beberapa minit saja, bukannya lama.

“Kalau mahu harapkan iklan saja, mana cukup kerana cara saya lebih suka mempromosikan sendiri produk. Sepatutnya saya juga mempunyai hak untuk bercakap sama ada mengenai produk atau rancangan televisyen terbabit,” katanya dipetik Berita Harian.

Selain Qu Puteh, GV3 kali ini turut ditaja syarikat besar lain seperti KFC, Digi dan Adabi.

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Syarul Ridzwan

Syarul Ridzwan atau nama sebenar beliau adalah Mohd. Saharul Ridzwan Hashim. Beliau dilahirkan pada 26 Januari 1989 (27 tahun) dan berasal dari Kuantan, Pahang. Bekerja sebagai Aircraft Maintenance sebelum menceburkan diri dalam industri seni.
Syarul membuat penampilan pertama dalam pertandingan Hero Remaja 2012. Beliau memperoleh tempat ketiga dalam pertandingan tersebut di belakang Fattah Amin dan Syafiq Kyle.
Kemudian beliau menceburi bidang lakonan dengan memegang watak pembantu dalam beberapa buah telefilem dan drama. Lakonan beliau sebagai Faizal dalam drama Love You Mr Arrogant (2013) berjaya mendapat perhatian orang ramai. 

Susulan daripada kejayaan Syarul memegang watak psiko dalam drama tersebut, beliau diberi peluang memegang watak utama dalam drama Romi Cinta Julia (2014). Syarul telah mengembangkan lagi bakatnya di pentas teater melalui teater Tenggelamnya Kapal Van der Wicjk dan teater Bawang Putih Bawang Merah.
Di awal kemunculannya, Syarul dikatakan bercinta dengan Deena Emir yang juga seorang model. Memang sesuai sangat melihat Syarul Ridzwan bersama gadis ini yang boleh dikatakan cukup popular di laman sosial instagram. 

Memiliki pakej lengkap sebagai gadis muslimah memang tidak boleh dipertikaikan lagi jika mempunyai pengikut yang tersendiri. Entah apa silapnya, Syarul dikatakan putus cinta dengan Deena. Desas desus mengatakan Mia Ahmad, yang merupakan gandingannya dalam drama Hati Perempuan adalah punca hubungan cinta antara Syarul dan Deena putus. Syarul telah pun memadam gambar Deena di laman sosial miliknya.
Populariti Syarul semakin meningkat naik apabila beliau memegang watak Tengku Zaril dalam drama Hati Perempuan 2015 yang ditayangkan di slot Akasia TV3. Hati Perempuan merupakan sebuah drama adaptasi daripada novel Hati Perempuan karya Jue Abbas. Gandingan mantap antara Syarul dengan pelakon wanita baharu, Mia Ahmad berjaya menarik perhatian ramai pihak. 

Melalui drama ni, dikatakan pula Syarul dan Mia bercinta (cinta lokasi) sehinggakan Mia mengiakan perhubungan mereka dalam program masakan Ketuk-Ketuk Ramadhan. Gandingan ini berjaya mencipta fenomena dalam kalangan peminat sehinggakan heroin yang bergandingan dengan Syarul selepas drama Hati Perempuan akan dihentam oleh peminat fanatik Hati Perempuan. Sehingga kini, tidak dapat dipastikan sama ada mereka bercinta atau tidak.
Syarul sekali lagi terpalit dengan gosip percintaaan dengan Mira Filzah apabila peminat berjaya menjejaki perbualan mesra mereka di laman sosial milik mereka. Mira dituduh sebagai orang ketiga dalam percintaan Syarul dan Mia. Walau bagaimanapun Mira telah tampil untuk menafikan gosip tersebut. Syarul dan Mira mula berkenalan pada tahun 2011 dan pada waktu itu Mira masih lagi belum menjadi artis.
Terbaru, gandingannya bersama Janna Nick dalam drama adaptasi, Kau Aku Kita juga mendapat sambutan ramai. Membawakan watak Iman Firdaus, kedua-dua pelakon ini mencipta keserasian yang cukup mantap. Dapat dilihat sisi berbeza Syarul melalui watak ini. 

Seorang yang suka mengusik dan ceria berlainan dengan watak serius yang ditampilkan melalui watak Tengku Zaril. Di awal tayangan drama ini, timbul sedikit kekecohan apabila peminat Mia Ahmad tidak berpuas hati apabila pelakon kesayangan mereka tidak dipilih untuk memegang watak Iman Firdaus sehinggakan pengarah Sheila Rusly ada memerli Mia Ahmad melalui dialog pelakon dalam drama tersebut.
Syarul dijangkan sekali lagi menggegarkan industri seni melalui drama Seindah Takdir Cinta. Bakal bergandingan dengan Amyra Rosli, Syarul akan memegang watak sebagai Shariman. Drama ini akan mengisi slot akasia TV3 kelak.

Ainul Aishah Takut Jadi Andartu

Melihat rakan sebaya sudah berumah tangga dan menimang cahaya mata, Ainul Aishah, 30, mengaku diri tertekan kerana masih solo tanpa teman hidup, memetik. 
“Sejak menginjak usia 30 tahun, hati tersentuh setiap kali melihat teman sebaya bertemu jodoh dan dikurniakan cahaya mata dan terfikir betapa bertuahnya mereka dapat melalui pengalaman itu sedangkan saya masih belum pasti dengan apa yang menanti,” aku dirinya kepada Berita Harian.
Walaubagaimanapun, dia terima dengan ujian itu dan yakin Allah adalah sebaik-baik perancang. 
“Mungkin belum masanya untuk saya lalui semua itu dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik. Saya serahkan semua urusan itu kepada Allah tanpa terlalu membebankan diri memikirkan soal jodoh,” katanya. 
Faktor usia juga membuatkan dia lebih berhati-hati dalam soal jodoh. Biasalah, bila dah cantik, pasti ramai yang terpikat. Apabila sering dipikat suami orang, Ainul mengaku dia pening dan rimas.

Sumber foto: IG Ainul Aishah
Sebagai wanita, Ainul juga dahagakan kasih sayang seorang lelaki yang tidak materialistik dan mampu membimbingnya ke arah kebaikan.
“Saya tidak mahu berkahwin hanya kerana memikirkan usia sudah meningkat. Pastinya, saya mengharapkan yang terbaik kerana mahu perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. 
“Saya juga berharap lelaki tidak salah anggap atau takut untuk mendekati kerana saya juga sama seperti wanita lain, walaupun aktif dengan kerjaya seni dan membina perniagaan sendiri,” katanya.

12 Peserta Gegar Vaganza Musim Ke 3

Pertanyaan siapakah 12 orang peserta yang terlibat dalam Gegar Vaganza musim ketiga kali ini berakhir apabila kesemua mereka diumumkan oleh pihak produksi Astro pada Rabu.


Astro pada Rabu mengumumkan 12 penyanyi yang bakal berentap pada program berkenaan bermula pada 16 Oktober depan.

12 peserta tersebut ialah Ameng (Spring), Gmie (Screen), Razis Ismail, Rem, Shidee (Data) dan Zarul Husin (Umbrella).

Turut serta ialah Intan Sarafina, Azharina, Elly Mazlein, Siti Sarah, Zur Eda dan Nora.

Ketua Saluran Malayu Astro, Raqim Ahmad berkata, kesemua peserta kali ini mempunyai portfolio yang membanggakan ketika zaman kegemilangan mereka. 

“Bagi memastikan penganjuran program Gegar Vaganza terus berbekas di hati peminat setia, pebagai kelainan bakal ditampilkan supaya lebih segar dan relevan.

“Saingan kali ini lebih sengit dan ini merupakan cabaran besar kepada pihak produksi Astro sendiri untuk menyenarai pendek barisan peserta pada musim ini,” ujarnya.

Gegar Vaganza musim ketiga akan bersiaran selama lapan minggu bermula 12 Oktober ini secara langsung dari Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ia turut disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Dalam pada itu, Raqim berkata, format program berkenaan masih dikekalkan selain masih menggunakan juri profesional untuk menilai para peserta.

Malah katanya, persembahan para peserta akan berdasarkan tema mingguan.

Pada program musim ketiga ini masih menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap. 

Nabil Ahmad dan Jihan Muse pula masih mengalas tanggungjawab sebagai pengacara.

Juara Gegar Vaganza musim ketiga ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara.

Manakala tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000 dan RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi dan hadiah.

Pada Gegar Vaganza musim pertama, penyanyi Ayai (Ilusi) diumukan sebagai pemenang manakala Siti Nordiana ialah pemenang musim kedua.

Elizabeth Tan Mengaku Suka Lelaki Melayu Yang Kelakar Dan ‘Macho

Penyanyi dan model, Elizabeth Tan, 23, mengakui meminati lelaki Melayu kerana menganggap lelaki Melayu pandai membuat lawak.
Mesra dengan panggilan Lizzie, penyanyi yang popular dengan lagu “Knock Knock” itu juga tidak menolak kemungkinan akan menerima cinta dari lelaki Melayu.
Saya suka lelaki Melayu sebab biasanya mereka pandai buat lawak, mereka ‘macho’ dan yang saya tahu mereka baik hati dan tidak pentingkan diri sendiri,” katanya.
“Ciri-ciri lelaki idaman saya, lelaki itu mesti kena lebih tinggi daripada saya, rajin bekerja, jujur dan baik hati.”
Memetik dari ProjekMMO, meskipun sering anak kelahiran Hulu Kelang ini didekati lelaki Melayu berbanding bangsa lain, namun tiada artis kaum itu yang cuba memikatnya.
“Dulu yang minat saya semua Melayu, sewaktu di sekolah menengah dan sampai sekarang,” kata penyanyi “Setia”. “Sekarang ini memang adalah lelaki [memikat] tetapi artis Melayu memang tiada.”

Lizzie turut mengakui suka perwatakan pelawak Zizan Razak dan selesa apabila bergandingan dengan bekas teman lelaki pelakon Emma Maembong itu.
Mereka mula berkenalan selepas dilantik menjadi duta pasar dalam talian 11Street.

Anuar Zain Kembali Dengan Album Ke 5

Walaupun telah lebih 30 tahun perjalanan seniAnuar Zain tidak pernah berhenti , momentumuntuk kerjaya seni beliau sentiasa pantas . Tidakmemandang ke belakang atau mengeluh , AnuarZain terus kukuh didunia seni apabila terusmengeluarkan album terbaru beliau pada bulanOktober ini .


Album studio ke-5 ini masih mengekalkan namaAnuar Zain , tanpa sebarang tajuk album .Pengukuhan jenama yang terus dikekalkan olehbeliau . Album ini mengandungi 8 buah lagu , yangjelasnya menterjemahkan muzik Anuar Zain itu sendiri dan lebih menarik lagi menurut Anuar Zain yang ditemui ketika pelancaran album beliau ini , album ini adalah lambang kematangan beliau selepas 5 tahun tidak mengeluarkan album , dan buat para peminat ia pastinya lagi baik dan berkualiti daripada album sebelumnya .

Di kala industri muzik yang terumbang ambing dengan pasaran muzik yang makin menjunam , Anuar Zain dengan penuh berani kembali tampil dengan album terbaru , Anuar Zain mengakui tapi beliau enggan mengalah

“Ramai kata industri muzik merudum , tapi sebagai pemain kita tak patut juga turut merudum , saya mengambil tanggungjawab besar sebagai artis , kita perlu jujur , kelahiran album terbaru ini adalah untuk peminat saya”

Sambung beliau lagi “Ramai yang keluar single , dengan satu lagu takde lagu untuk diputarkan , bagi saya jangan fikir rugi buat album , tanggungjawab sangat penting , rezeki akan datang tempat lain , ia tanggungjawab untuk peminat dan industri hiburan , dengan pendedahan untuk album terbaru ini pastinya rezeki akan datang juga”

8 buah lagu didalam album terbaru ini juga turut diperdengarkan buat pertama kali dikalangan wartawan , masih mengekalkan gaya Anuar Zaindan lebih menyeluruh dengan muzik Balada , Anuar Zain menjelaskan lagi

“Saya tak boleh elakkan , ada saya minta untuk lagu yang berentak laju tapi lagu-lagu yang diterima tetap slow , jadi inilah apa yang diperdengarkan hasilnya , album ini tidak terlalu perlahan , ia ada dinamik kira tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju”

Penghasilan muzik beberapa lagu didalam album ini juga berada di kelasnya yang tersendiri apabila beberapa lagu turut di iringi oleh Budapest Scoring Orchestra dan City Of Prague Philharmonic Orchestra , mengakui sangat mementingkan kualiti , Anuar Zain sendiri mengakui album ini sememangnya dihasilkan dengan teliti .

“Lagu ‘Belahan Hati’ agak operatic ia diolah begitu untuk mencapai kepuasan , saya seperti terbang bila menyanyikannya , begitu juga lagu ‘Kembali Padamu Ilahi’ ia mempunyai European feel , dan saya juga gunakan khidmat tempatan untuk memberikan nusantara string . Sebab saya gunakan orchestra ialah untuk menjadi lebih baik dari album sebelumnya ”

Menceritakan kembali mengenai proses untuk membuat album baru , Anuar Zain menyatakan ianya bukan mudah dengan proses yang sangat tertekan , tapi semua ini perlu dilalui jua

“Terlalu banyak susah senang , proses yang susah ialah cari lagu . Proses mixing dan mastering adalah sesuatu yang sangat tertekan , bayangkan terpaksa buat beberapa kali kerana nak bunyi yang diinginkan , selepas 5 kali melalui proses tersebut baru dapat hasilnya . Sebenarnya benda ni kita tak perlu stress , hanya perlu tenang dan relax dan kita akan tahu mastering mana yang kita nak”

Beliau menyambung “Proses buat album baru ini memang passion saya , selepas 4-5 tahun saya nak lagu baru , ia satu cabaran , bukan mudah untuk membuat dan mencari lagu baru . Dengan segala kerja untuk cari lagu , mastering , pergi ke Indonesia dan Sydney , ia memang stress tapi kita perlu tenang . Walau apapun yang dilalui saya akan terus membuat album”

Anuar Zain juga turut menyumbang sebuah lirik didalam album ini , dengan lagu “Selamat Malam”ia dihasilkan dengan cantik sekali

“Saya cuba menulis tapi tak boleh , berbulan-bulan sampai buntu . Semasa di Verona saya dapat ilham dan menyiapkannya dalam masa 15 minit ”

Lagu Hujan nyanyian Allahyarham Sudirmanturut dimuatkan didalam album Anuar Zain , Syed Haron Ahmad yang juga pencipta dan penulis lagu Hujan sebenarnya sangat dekat dengan Anuar Zain , menceritakan kembali sebelum Syed Haron meninggal dunia pada 2015

“Saya sangat meminati lagu ciptaannya , beliau pernah mengatakan lagu Hujan sebenarnya adalah perasaan marah . Didalam album ini saya letakkan dua perasaan , saya campurkan kesedihan dan marah”

Single untuk album ini , “Andainya Takdir” telah berkumandang diradio tempatan , malah video clip bakal menyusul hujung minggu ini . Video Klip yang diberi sentuhan oleh pengarah Amor Rizansebenarnya memberikan kesan yang mendalam , lebih menarik lagi ia sebenarnya adalah idea asalAnuar Zain sendiri yang kemudiannya dihalusi dan direalisasikan olehAmor Rizan .

Album ke 5 Anuar Zain ini akan dijual semua outlet Mydin bermula bulan Oktober ini , buat peminat yang tidak sabar boleh juga pre order di www.lazada.com mulai 23 September sehingga 30 September , dengan 100 pre order pertama akan menerima CD dan tandangan Anuar Zain .

Along Cham & Zila AF4 Bercerai Talak Satu

Pelakon dan pelawak Along (Cham) melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, penyanyi Zila (AF4) kira-kira pukul 10.40 pagi Isnin.


Lafaz berkenaan dibuat Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, di hadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini.

Along selaku plaintif kes berkenaan memfailkan permohonan perceraian itu pada Isnin mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Terdahulu, Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, yang hadir bersama peguam syarie, Nurul Aini Yusoff dilihat cuba bersalaman dengan suaminya namun ditolak lelaki itu.

Along pula yang tiba sejak 8.40 pagi di mahkamah dilihat tenang bersama peguamnya, Roshdan Sujak Rafie. Pasangan selebriti itu berkahwin pada Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Danial yang kini berusia lima tahun.

Media sebelum ini melaporkan, isteri seorang pelawak ditangkap oleh sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam kejadian pada 13 Ogos 2016 selepas dipercayai berkhalwat dengan seorang lelaki di Bukti Jalil, dekat sini.

Semasa serbuan dibuat, wanita berkenaan ditemui bersembunyi di belakang almari dalam sebuah bilik.

Jualan Cecah 50 Juta Setahun, Peluang Neelofa Tunai Haji Awal

Beberapa hari ini agak kecoh di media sosial mengenai artis popular ini. Cerita Neelofa yang akan pergi menunaikan ibadah haji agak trending kerana orang awam mendakwa Neelofa mendapat peluang tersebut sebulan selepas membuat pendaftaran haji. 

Dan seperti biasa, bila sesuatu perkara menjadi viral, ramai lah manusia berpusu-pusu menjadi hakim. Ini satu pandangan dari Syahril A. Kadir yang boleh buat kita berfikir secara positif. Mungkin sudah tiba masanya untuk kita mengubah kepada mentaliti yang lebih positif serta memberikan lebih banyak peluang usahawan muda untuk berjaya.


Ko cakaplah apa pun kat Noor Neelofa Mohd Noor, tetapi The Star hari ini melaporkan dia dan keluarganya NH Prima International Sdn Bhd yang menjual pelbagai jenis tudung telah membawa pulang hasil jualan menghampiri RM50 juta pada tahun lalu! Daripada jumlah itu, sebanyak 10 peratus atau RM5 juta darinya disumbangkan melalui jualan online di peringkat antarabangsa.

Ko cakaplah apa pun kat Noor Neelofa Mohd Noor, yang pasti beliau yang juga Pengarah syarikat tersebut akan buka satu lagi cawangan…bukan di Wakaf Che Yeh, bukan di Cheruk Tok Kun, tetapi di Chelsea, UK bulan depan!

Ko cakaplah apa pun kat Noor Neelofa Mohd Noor, Malaysia External Trade Development Corp (Matrade) kini sedang berusaha bagi memastikan usahawan tempatan seperti beliau terus cemerlang di peringkat global setelah syarikat itu berjaya dalam memasarkan produk mereka di 37 negara seperti Perancis, United Kingdom, United States, Australia, Arab Saudi, Norway, UAE, Singapura dan Brunei.

Dan kita kat sini masih sibuk nak pertikai camner dia leh cepat dapat giliran gi haji….adoyyyy….toksah sembang besaq la bro, lu nak buka kedai rokok pun masih dok terhegeh-hegeh nak lawan ngan mamat Aceh, kah kah kah!